30 Januari, 2010

Kawin-Kawin

Salam.....



Kali ni ibu nak tepek gambar-gambar masa kawin anak sedara ibu. Pengantin perempuan di Perak, Pengantin lelaki of cos lah Ganu Kita. Kedua-duanya kerja di KL





Saat di Ijab Kabul



Posing-Posing





Pelamin Raja Sehari



Pengantin sedang Menjadi Raja





Yang hijau-hijau ni time bertandang ke Ganu. Satu bas kau datang yeop!!!!

Dalam Kamar Pengantin




Makan Time!!!




View yang mendamaikan - di snap dari bilik Resort




Pool Time !!!!




Merah sangatlah Mak Ngah!!!




Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....InsyaAllah
Terima kasih, kerana mengunjungi rumah ibu.



27 Januari, 2010

Tradisional vs Moden

Salam....


Hari ini ibu nak cerita pasal makan-makan ya. Oleh kerana semenjak dua menjak ni asyik hujan dan berangin je. Oh ya mungkin ini yang dikatakan hujan angin CNY. Jadi makanan paling sesuai ialah ubi.


Maka ibu pun rebuslah 2 jenis ubi, untuk dihidangkan petang ni. Lawan yang paling sesuai air kopi "o". Ini ibu nak tepek gambar-gambar ubi tu!!!!




Tiba-tiba......adli pulak wak balik ni hah!!!

Maka...jadilah hidangan petang hari ni tradisional vs moden.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....InsyaAllah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Anak Bertambah ~ Rezeki Kurniaan Allah

Salam....


Hari ni suami ibu buat balik 4 ekor anak kura-kura comel. Katanya dia beli di kedai ikan area depan SM Bukit Mentok. Maka bertambahlah family ibu.


Suami ibu kata, kura-kura ini baik, dengar kata dan agak pemalu sikit. Patut lah masa ibu nak snap gambor....cepat-cepat dia menyorok di celah-celah batu. Tapi bila tuan dia panggil nok ajak bergambor, pandai pulok dia posing atas batu. Apa-apa pun dan jugak ibu amik gambor dia.


Nah ni tengok.....


Nama saya Jum'a dan Jum'e


Nama saya pulak Jum'i dan Jum'o

Nama-nama ni diberi oleh tuan saya sempena saya di lahirkan pada hari Jumaat.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi....Insyaallah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

26 Januari, 2010

Hidup yang Sia-Sia

Salam Tazkirah ....


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia iaitu:-


1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri sahaja tapi tidak berdoa untuk kedua ibu bapanya dan kaum muslimin.

2. Orang yang membaca al quran seratus ayat setiap hari, tapi tidak dibaca secara tertib.

3. Lelaki yang masuk ke masjid, kemudian ia keluar dari masjid itu tanpa mengerjakan solat Tahiyatul Masjid

4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan khabar tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang tetamunya, tapi tidak di acuhkan dan tidak di layani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya




Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

18 Januari, 2010

Petang Yang Boringgggg!!!!

Salam......

Petang kelmarin....tiba-tiba rasa boring...tak ada apa nak buat. Duduk tak kena...berdiri pun tak kena. Pergi dapur...bukak peti.....ambik air.....minum......kemudian tengok tv (yang kebetulan Adli dah buka). Lah.....cerita tv pun boring (Perlu di ingat bila Adli ada kat rumah channel 811, 812, 813 je yang dibuka). Then.....

"jom kita ambik angin"......

terdengar suara sayup-sayup ...

"nak ikut"















Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

17 Januari, 2010

2 Cerita dalam 1 Hari

Salam.....

Cerita 1

Hari khamis lepas 14/01/2010. Opis ibu bergotong royong membuat bubur as syura. Masak punyalah lama...lam 5 jam gitu....


Kalu nak tau cara masak as syura, jom layan ni...




Rebus dulu air mengikut sukatan beras...bila dah mendidih....




Nah...masukkan ini..... (beras hendaklah direndam dulu dalam 5 jam)


Bila beras dah hancur...ala-ala nasi himpit gitu.....



Nah ....masukkan rempah pulak.....
(dalam rempah ni terkandung, rempah masak, bawang merah, besar, putih, halia, lengkuas, serai, kerisek dll)



Bila rempah dah betul-betul masak tu...






Masukkan ini pulak.....






Jangan lupa santan......




Aksesori....labu kuning......




Kacang hitam....




Sweet corn.......




Kacang putih.....



Sehingga jadi begini.....

Lepas tu....rasa gula dan garamnya ...bila dah confirm sedap....boleh di angkat dan di masukkan ke dalam acuan atau bekas-bekas. Bila nak makan di taburkan aksesori tambahan seperti di bawah ni....





terus dihidangkan......


Yummy!!!!....yummy!!!!....

Ni beberapa gambar semasa gotong royong berlangsung....

Jejaka-jejaka kacak sedang menunggu giliran untuk mengacau.....




Habis cerita 1.
Cerita 2
Hari ini, adalah hari ulang tahun kelahiran ibu yang ke ....?. Banyak ibu dapat ucapan tahniah hari lahir terutamaya melalui sms. Terima kasih kepada yang tidak melupakan ibu dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan ibu.
Oleh kerana di rumah, tidak ada anak-anak yang balik, ya habibi kata minggu depan kita akan celebrate. Aik!!! Celebrate birthday pun boleh di pos pung...apa-apa aje awak ni!!!!

Habis cerita 2
Sekian dulu, nanti jumpa lagi..
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

11 Januari, 2010

Cuti-Cuti Malaysia

Salam....





Ni nak citer pasal baru-baru ni, ibu gi jalan-jalan ke Kedah dan Perlis. Hajat sebenar nak gi Kulim Hi-Tech je nak hantar Aizul sambung belajar di UniKL untuk Sem 4. Tapi ntah macam mana tersampai lah pulak ke Langkawi.



Dalam perjalanan ke Kulim tu... singgah sebentar di Kawasan Rehat Titiwangsa tuk melepaskan penat.



Ni dia gambar yang sempat di snap semasa berada di puncak titiwangsa tuh!!!!



Adusssss serammmnnyyyaa......kecut perut ibu....










Tasik Banding.....



Sampai di Kuala Perlis, terus beli tiket feri untuk ke Pulau Langkawi.


Ini dia tiket......




Sabar menunggu feri....bila nak sampai ni???? .....





Dalam feri...semasa feri nak mulakan pelayaran.....





Dah sampai....keluar dari feri......






Ini pintu masuk jetty......





Tempat helang besar....












Ni tempat ibu melepak......









Ni beberapa gambor yang sejuk mata memandang...














Dalam perjalanan ke Kulim...lalu di kawasan jelapang padi... cantik sangat...




Di tengah-tengah lebuharaya jumpa kereta terbakar....sempat ibu amik gambor.... tapi lupa lak nak amik gambar keter yang berderet-deret jem.....




Sampai di Kulim....bermalam di sini



Esok-esok pagi selepas bersarapan, hantar Aizul ke UniKL... terus pulang ke rumah.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Related Posts with Thumbnails