28 April, 2010

Singgang Terengganu Ori

Salam....



Hari ini ibu nak tunjukkan resepi lauk kegemaran keluarga ibu. Lauk ni paling kerap di masak iaitu dua kali dalam seminggu. Resepi ori lauk singgang ini di ambil dari bonda ibu, yang masih lagi tinggal di Dungun. Kalau ibu dan keluarga balik ke rumah bonda, memang lauk inilah yang menjadi hidangan. Tambahan lagi lebih enak di makan jika adanya sambal belacan mangga muda ataupun budu tempoyak. Carilah ulam-ulaman segar dibelakang rumah. Wow betul-betul kaw!!! Selalunya Aizul dan Adli boleh tambah-tambah. Terima kasih kepada bondaku kerana mengajar ibu memasak lauk yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Kalau orang Terengganu ori memang suka sangatlah laut ni. Sekarang pun majlis kenduri kahwin dah ada di hidangkan lauk ni siap dengan ulam-ulaman dan sambal belacan lagi.
Boleh mencuba memasak lauk ini dengan mengikuti resepi di bawah:
Bahan:
3 Ketul ikan tongkol (Aye) /tenggiri
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit - dihiris nipis
5 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1 liter air
Cili api/lada kecil
Cara Memasak:
Campurkan kesemua sekali bahan-bahan diatas dan dimasukkan kedalam periuk.
Masukkan air kosong dan jerang sehingga mendidih.
Masukkan garam dan rasa
Akhir sekali masukkan lada kecil dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.
Tips:
Kalau hendak rasa singgang yang betul-betul kaw, perlu dijerang bahan-bahan tu lebih lama @ sehingga sukatan air tinggal setengah daripada asal.
Selamat Mencuba
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

27 April, 2010

Khasiat Durian Belanda

Salam.....






Ini info terbaik untuk di kongsi bersama. Sebelum itu ibu mintak izin tuan punya rumah Chef Norzailina Nordin untuk CP ke rumah ibu. Mekasih ya!!

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Sekian dulu, nanti jumpa lagi..InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Jutaan terima kasih sekali lagi kepada chef dengan perkongsian info yang boleh memberi manafaat kepada semua.

25 April, 2010

Hari Minggu

Salam....

Dah lama tak makan kacang tanah yang direbus sendiri. Kebetulan masa hubby pergi pasar pagi khamis ada seorang mak cik yang menjual kacang tanah mentah ni. Dia pun membelinya. Beli tak banyak mana cuma dua cupak sahaja. Cukup untuk makan anak beranak yang tinggal beberapa kerat ni. Balik terus dibasuh dan direndam semalaman. Pagi Jumaat tu lepas solat subuh ibu langsung ke dapur merebus kacang. Dalam satu jam siap dah!!





Selepas solat Jumaat, hubby suka beli ais krim pesyen lama ni. Sekarang ni susah nak dapat ais krim jenis ni. Tapi masa ibu kecik-kecik dulu inilah ais krim yang ada di pasaran. Sangat famouslah tu dengan pelbagai perasa. La ni cuma ada dijual di perkarangan Masjid Pasir Minal je, pulak tu hari jumaat je. Lain-lain hari tarak. So, boleh dikatakan setiap minggulah hubby belikan. Sekali beli tu cukuplah bekalan untuk satu minggu. Adli dan hubby sangat suka ais krim pesyen lama ni. Walaupun ada pelbagai perasa tapi yang paling menjadi pojaan hati ais krim asam masinlah. Petang ke Bukit Kuang hajat dihati nak tengok Karnival Juara Rakyat, tapi bila sampai di tapak tak jadi masuk. Nampak orang tak ramai mana yang datang. Tak meriah langsung!!! Terus balik.





Balik rumah ambik camera terus snap gambar ni:



Buah Durian Belanda yang hanya tunggu nak masak !!!



Buah Mempelam boleh dibuat sambal belacan, sapa nak meh lah....


Ini pulak gambar-gambar yang diambil pada hujung minggu lepas, saja nak tayang.



Bunga di belakang rumah


Ni bunga depan rumah, kalau ke sini mesti kena lalu bawah dia ala-ala pintu gerbang gitu



Ni tak tau bunga apa, pokok dia berduri-duri...bahaya!!


Hari Sabtu 24 April, 2010, ibu dengan hubby ke Kuala Terengganu ada kawan kahwin. Dalam perjalanan tiba-tiba Maklang Kerteh - Kak Harlina sms


Salam. Akak ada d library Kemaman. Meh join demo masak Kak Lieza.
Memang dah tau pun Chef celeb Kak Liza akan membuat demo masakan melalui iklan yang di buat oleh penganjur.


Terus ibu call kakak ibu yang juga tinggal di Kemaman, supaya mengadiri demo masakan tu. Jangan lepaskan peluang menyaksikan chef celeb kita beraksi. Pergi jangan tak pergi rugi kalau tak pergi. Bila balik siap beli buku resepi lagi. Berbaloi lah tu!!




Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

21 April, 2010

Masing-Masing Punya Hobi

Salam....










Ini antara hobi buruk yang ada pada ibu. Suka sangat ibu buat collection benda ini. MasyaAllah tak ku sedar selama ini. Ya Allah!! kau ampunkan dosa-dosaku. Terasa buruk sangat hobi ibu ni. Bila duk office ada je yang gatal-gatal tangan hulur katalog. Dah tu lepas baca katalog je langsung order. Sudahnya ginilah jadinya....susun dalam lemari jelah. Kalau nak tau ada lagi yang tak sempat snap tu... lagi satu rahsia...oppsssss ... hubby tak tau tu!!. Balik dari office terus simpan. Duk diam-diam dalam lemari. Ber`tapa'lah dikau di situ. Yang sebenarnya ibu ni memang lemah dengan godaan. Kat office ni, MACAM-MACAM ADA. Bak kata orang, mak bapak je yang tak ada. Kadang-kadang tu lebih dari pasar malam. Ramai sangat yang bercita-cita nak jadi jutawan. Antara barangan yang sangat pupular di beli ialah kain tudung, baju-baju termasuk baju sutera, alat solek, hand bag, selimut, cadar, kopi, telur itik, telur ayam kampung sampai ke kuih muih. Senang sesangat, kalau nak ORDER JE!!!. Rasa-rasa kat office lain ada tak macam ni?? Tolong jawab sikit......



Aik!!!! ni kenapa keluar gambar ni.....
Itu maknanya......
Itu membawa maksud......
Itu bererti......
KITA MINUM DULU.....



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...Insya Allah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.




19 April, 2010

Kereta Oh Kereta.....

Salam...


Malam tadi ibu bermimpi tidak sempat mandi pagi masa nak pergi kerja. Tak tahulah macammana, sampai kat office pagi ni, tiba-tiba kereta buat hal. Aik....nak buat guana ni....Nasib baik dah sampai office. Call hubby beritahu kereta ni tak boleh start. Hubby kata cuba start sekali lagi. Ternyata dah tak boleh start. Suruh hubby datang tengok. Hubby setuju. Dalam dia nak bersiap ke mari, datang Keri office-mate offer kan diri. Bila dia check bateri dia dapati bateri kong. Call hubby tanya berapa usia bateri ni, hubby kata dah lima (5) tahun. La...patut pun....dah sampai masa nak kena tukar. Tak apa Kak saya akan tolong bawak kete ni ke workshop. Buat sementara tu saya usahalah macam mana. Kak jangan bimbang!!!




Tidak lama kemudian oklah dia. Terima kasih Keri kerana tolong ibu hari ini. Esok-esok mungkin ibu pulak kena tolong Keri ya..InsyaAllah.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

15 April, 2010

Good Luck For Alya Nadhirah



Salam.......




Ini gambar anak buah ibu, Alya Nadhirah namanya. Hari ini ibu meneman dia pergi interview untuk Program Ijazah Luar Negara. Dia berminat untuk mengambil Ijazah Kedoktoran Perubatan. Cita-cita dia hendak menjadi seorang doktor dari darjah enam lagi. Ibu doakan insya Allah dia akan berjaya memperoleh apa yang dihajati. Dia bersekolah di Kolej Tunku Kursiah Seremban sejak 2005 hingga 2009.




Slip keputusan SPM yang diperolehi


Hanya Subjek Fizik mendapat A

Alya sedang beratur masa mendaftar nama.




GOOD LUCK FOR ALYA



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...Insya Allah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.





Hutan Lipur Cemerong

Salam......


Kita lihat gambar dulu...





Wakaf Berehat
Air Terjun yang menyamankan




Salah satu menara tinjau yang ada











Keindahan pokok-pokok





Air Terjun yang mendamaikan







Kanak-kanak riang bermain air (gambar kecil)



kanak-kanak riang bermain air (gambar besar)



Terletak lebih kurang 42 kilometer dari bandar Dungun. Air terjunnya yang sangat cantik dan mengasyikkan. Keadaan sekeliling yang sejuk di bawah rimbunan pokok-pokok besar dan mendamaikan dengan bunyian deruan air terjun. Terpesona melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Juga terdapat pokok cengal tertua dan terbesar yang telah di gazetkan sebagai warisan sejarah. Ibu tak sampai ke situ kerana ia berada di tempat yang tinggi dan perlu mendaki naik dalam 4 kilometer. Di gambarkan saiz besar pokok itu dalam tujuh orang yang berdiri dan mendepa tangan sehingga bertaut antara satu sama lain. Cuba bayangkan. Dilengkapi dengan banyak wakaf-wakaf untuk berehat, bilik air, bilik persalinan, tempat solat, kantin yang telah disediakan oleh pihak Perhutanan Negeri.



Jemputlah berkunjung ke sini kalau hendak melihat keindahan dalam jarak dekat. Ibupun first time sampai ke sini, itu pun bila office hendak buat survey. Rasa nak bawaklah anak-anak lepak kat sini. Tapi bila????


Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima aksih kerana mengunjungi rumah ibu.

13 April, 2010

Sayur Lemak Telur Tebu

Salam....

Ini lauk hari sabtu lepas yang sibuk. Oleh kerana nak cepat dan senang masak je lauk ni. Kebetulan pulak sekarang ni musim tebu bertelur dengan galaknya.





Sayur Lemak Telur Tebu

Bahan-Bahan:
5 batang telur tebu

Bila di siat kulit - tinggal isi, begini rupanya



Setengah batang lobak merah - di potong dan dicelur sedikit




1 biji bawang besar - dipotong




2 ekor sotong - di hiris halus

(Boleh ganti dengan ikan @ udang)


Bahan tiada dalam gambar:
1 mangkuk santan
1 biji lada besar - di hiris
Garam secukup rasa
Cara:
Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu periuk. Panaskan api. Masak sehingga mengelegak. Bubuh garam dan rasa. Sedap di makan masa panas-panas bersama nasi putih. Telur tebu yang baru (fresh) pasti akan berbau wangi dan menyelerakan
Inilah hasilnya.


Selamat mencuba
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

11 April, 2010

Rezeki Kurniaan Allah Taala

Salam.....





Petang Jumaat lepas ibu dan hubby ke Binjai Souq. Dalam perjalanan singgah kebun di Pulau Tempurung sekejap. Masya Allah...terkejut betul....banyak sungguh bunga-bunga menjadi. Bukan bunga-bunga cinta tapi bunga-bunga durian dan duku. Insya Allah beberapa purnama lagi dapatlah hasilnya jika diizinkan Allah SWT. Harap-harap menjadilah sepeti tahun-tahun sudah.



Bunga-bunga durian.





Bunga-bunga Duku


Nanti bila menjadi, jemputlah ke kebun ibu ya, Kak Zai, Kak Erna, Cikgu Fa, Puan Silver, Mama Sue, Tuan Haji, K.Nor67, Maklang Kerteh dan sesiapa yang membaca blog ini. Jemput Semua . Boleh kita makan-makan buah fresh dari kebun. Suka terutama saat menunggu durian gugur.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

07 April, 2010

Masyaallah .....Rindunya....

Salam...


Tiba-tiba ibu terasa rindu pada tempat ini. Rindu untuk melihat Rumah Allah. Rindu untuk melihat Kaabah. Rindu untuk berdoa di hadapan Multazam. Rindu untuk bersolat di Masjidil Haram. Rindu nak buat umrah. Rindu nak Tawaf di Baitillah. Rindu nak bersa'i. Rindu pada air zam zam. Rindu nak bersedekah pada pekerja cleaner Masjidil Haram. Rindu....rindu...rindu... kesemuanya. Bilalah agaknya dapat ibu jejaki tempat ini lagi. Bilalah agaknya dapat ibu sampai ke tempat ini lagi. Bilalah agaknya dapat ibu melihat tempat ini lagi. Hanya doa ibu panjatkan. Hanya doa ibu harapkan. Biarlah rezeki selalu menghampiri ibu. Biarlah rezeki selalu bersama ibu. Semoga ibu dapat sampai lagi ke sana. Semoga ibu dapat lagi dijemput ke sana. Semoga ibu dapat lagi beribadah di sana.





Untuk menghilangkan sedikit rasa rindu tu, sebab ibu suka menziarah rumah kawan-kawan kita yang selalu menayangkan gambar-gambar di sana. Terutamanya rumah CL - PDKM, yang ibu tidak pernah miss dalam sehari tu kadang-kadang tu sampai 2 -3 kali. Dapatlah tengok perkembangan terbaru di Tanah Suci.


Rindu jugak pada kawan-kawan yang seangkatan. Bila lagi dapat berjumpa semula dengan mereka-mereka ini. Suka duka kita semasa disana dapat kita kongsikan bersama-sama. Banyak pengalaman indah telah kita sama-sama kutip dan perolehi di sana. Ibu banyak jugak dapat belajar dari mereka-mereka yang lebih tua, yang telah 2-3 kali ke sana. Alhamdulillah.




Semoga dengan meluahkan cerita ini dapatlah mengurangkan sedikit rasa rindu yang terkandung di hati ini.

rindu...rindu...rindu...
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.



Related Posts with Thumbnails