Salam...
Dalam entri yang lepas, ibu dah umumkan hari ini jumaat bersamaan 18 Jun, 2010 hubby nak sembelihkan ayam kesayangan dia. Dia dah pesan awam-awal suruh ibu masakkan gulai kampung. Ayam yang hubby pelihara banyak sangat. Kadang-kadang tak larat nak bagi makan. Semua ayam-ayam ni kuat makan. Tu pun ada yang tengah mengeram telur. Tak lama lagi tu menetas dan bertambah banyaklah jumlah ayam-ayam ni.
Hari ini, pagi-pagi lagi hubby dah ke kebun di Binjai, ambik ayam dan hantar ke pasar. Sekarang ni senang je nak sembelih ayam. Bawak je ayam yang hidup-hidup tu dan di pasar ada orang yang sembelihkan dan cabut bulu ayam. Bila keluar dari mesin bersih putih. Kosnya terlalu murah iaitu RM1.00 bagi seekor. Murah kan!!! Sangat-sangat berbaloi....
Di sini ibu sertakan resepi gulai ayam yang ibu buat hari ini.
Resepi Gulai Ayam Kampung
1 ekor ayam kampung
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 tangkai lada kering
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1.2 inci kunyit hidup
3 sudu rempah gulai kampung
2 sudu besar kerisik
1/2 kilo santan
1/2 inci belacan
1/2 keping nisan kelapa
2 keping asam gelugur
Sedikit garam
2 biji ubi kentang
sedikit rempah menumis
Cara
Tumis rempah menumis kasar 4 beradik
Masukkan yang berwarna
hitam yang telah di blendkan terlebih dahulu
Masukkan rempah gulai ayam kampung, belacan. Bila garing sedikit masukkan ayam.
Kemudian masukkan asam keping dan kerisik. Tambahkan air biar melebihi ayam.
Rebuslah ayam dengan periuk di tutup rapat.
Ayam kampung ni isi dia pejal sedikit jadi kena rebus agak lama jugak lebih kurang 1 jam.
Bila nampak isi ayam dah hampir empuk, masukkan santan dan garam
Last sekali masukkan ubi kentang.
Selamat mencuba.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.