Selamat bersiaran!
Baru hari ini ibu boleh bersiaran setelah beberapa hari tidak dapat bersiaran disebabkan oleh 'internet problem'.
Hari ini ibu nak tunjukkan resepi ayam yang mana ibu selalu masak untuk hidangan family tersayang ini. Resepi yang simple dan mudah ini ibu namakan dia sebagai Ayam Bakar Simple.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 batang serai*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
2 sudu madu
garam secukup rasa
Cara-Cara:
Bersihkan ayam
Blend kesemua bahan-bahan yang bertanda *
Perapkan ayam dengan bahan-bahan yang telah diblend bercampur garam dan madu. Perap sekurang-kurangnya 1 jam @ lebih lama perap lebih baik.
Panaskan arang pembakar, bakarlah ayam itu di atas arang sehingga masak
Jika tidak mahu bakar guna arang, masukkan dalam oven dengan suhu sederhana dan bakarlah sehingga masak.
Hidangkan ayam bersama sos pencicah.
Selamat mencuba.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
tengok gambar pun dah sodap...
BalasPadamkak walaupun simple tp bagi anak anak adalah sangat istimewa..;o
Salam SSI,
BalasPadamYa betul tu! Tambahan pulak budak2 ni bila makan x pernah complaint....
Salam Ibu..
BalasPadamIbu ni mesti pandai masakkan...sedap tengok ayam tu....nak cuba le..anak anak saya suka makan ayam panggang ni...
Salam Azi,
BalasPadamIbu x pandai sgt masak tp kalau budak2 ada rumah berbaloi kalau kita masak sendiri.Nanti bolehlah Azi cuba ya! kalau nak senang bakar dlm oven aje.
salam ziarah :) me blogwalking...sedapnya ayam ni...yum yum
BalasPadamhave a nice day!
Kat rumah kak Zai kalau ayam bakar makan sekali adap aje dah selesai,anak2 suka betul.
BalasPadamSalam Mama Zharfan,
BalasPadamSalam ziarah kembali.Terima kasih sudi ziarah di sini.
Salam Kak Zai,
BalasPadamSamalah dgn rumah ni, sekali adap terus habis...alhamdulilah budak2 suka makan
salam ibu
BalasPadammmg sempoi hehehe
Salam Pak Itam,
BalasPadamSempoi but sedap tuh!!!
salam mahabbah ibu..
BalasPadamwahh....nampak menarik ayam bakar tu....saya memang suke kalo bab ayam bakar ke ikan bakar ke..kene lak cicah ngn air asam..ffuuuhhh, bestlah..hehe
Salam Cik Amy,
BalasPadamAyam bakar kalau dicicah dengan air asam memang walla'.. sekejap je ngap... ngap... ngap..habis
Waduh! Maunya beratur tulang ayam tu...hehe..
BalasPadamsalam ibusayang..
BalasPadamkalau dah nama ayam ..memang laku dirumah ni.masakla apa saja..lagi2 macam resepi yang ISayang bagi ni..dah tentu sedap kan..sama la kita lama tak bersiaran..
salam
BalasPadamwah resepi simple tapi nampak sedap, mudah dan tentu berkhasiat
Salam fa,
BalasPadamTak fa, tulang2 tu x sempat beratur mcm yg fa buat.Fa rajin mengatur hihi
Kak Erna,
BalasPadamBudak2 mmg suka pd ayam, masak apa cara pun semuanya habis..
Salam Zareda,
BalasPadamTerima kasih singgah di sini, boleh try cara ibu masak ...