Salam....
Sekejap je Aizul balik bercuti. Pejam celik pejam celik dah pun balik. Malam tadi sempat ibu dan hubby pergi hantar dia di Stesyen Bas Kuala Terengganu. Balik kali ni kami tak dapat nak hantar Aizul ke Kulim, jadi dia kena naik bas ajelah. Hujung bulan ni nak kena pergi ambil barang-barang sidara pulak, nanti dapatlah si dara balik berlenggang kangkung...hihihi
Sebelum naik bas tu sempatlah ibu bawa Aizul ni pergi makan-makan. Kali ini kami makan ditempat yang di suggestkan oleh office-mate ibu. Tempat tu orang kampung ibu kata comel lote. Restoran ini menjadi pilihan selebriti jugak bila bertandang ke Terengganu. Alhamdulillah..masa sampai di kedai tu orang tak ramai lagi. Mula-mula duduk tu dihidangkan dengan `Chinese Tea' sebagai wellcoming drink. Wah!! suam-suam kuku terus hirup sampai habis. Kemudian tu barulah proses order-mengoder. Bila makanan dihidangkan....aaa...apa lagi terus makanlah.
Meh kita tengok gambar.....
Chef tersohor & Penyanyi no. 1 negara
La...mana pulak gambar ni....? Ibu rasa dah upload tadi, Aik??? dah susah payah upload mana pergi gambar-gambar ni...?? Tak apalah kita layan je gambar yang ada...
Prawn fried with butter
Maaflah ya...gambar white tomyam, chinese tea and dessert tak ada, hilang entah ke mana. Kadang-kadang rasa nak marah jugak, time upload ada bila nak karang cerita hilang cam gitu aje. Tapi nak kabor white tomyam soup dia very the sedap, yang pernah ibu makan sebelum ni. Ada rasa-rasa susu gitu...dapatlah ibu bagi 4 setengah bintang daripada 5 bintang. Sedaaaapppppp tuuuuuu!!!!!! Kalau kawan-kawan nak tau rasa macam mana datanglah ke Kuala Terengganu ya!
Lepas makan solat di restoran itu juga dan terus hantar Aizul ke stesyen bas.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
salam Ibu Sayang
BalasPadamSedap tuuu....apa nama restorennya manalah tahu kalau2 kak Zai sampai kat k.Trengganu.
Salam..Ibu....
BalasPadamSedapnye.....kalau saya, saya suka "Udang Goreng Mentega " tu.......Datang ke Kedah..jemputlah ke Rumah...
Salam Kak Zai,
BalasPadamMemang sedap Kak Zai, nama dia PARADISE DELUXE RESTAURANT, duk dijalan Pasir Panjang K.Trg. Senang je nak cari..food pun 4-5 star.
Salam Azi,
BalasPadamInsyaAllah kalau ke Kedah, ibu beritahu dulu Azi. Boleh ke Trg jugak kita gi Restoran tu pekena udang butter yg sedap tu!!!
Jalan Pasir Panjang tu hala ke mana pulak tu, selalu pegi KT tapi tak berapa reti jalannya..dekat istana ke, pasir payang ke? Teringin pulak nak cuba bila2 nanti.
BalasPadamsalam ibusayang..banyanya lauk..kalau akak tu dah tentu makan lauk aje la..
BalasPadamsedihkan..bila nak berpisah ngan anak camtu..akak ni jenis cengeng sikit..kalau tengok anak nak balik..naik bas tu..sedihnya..sebak..padahal anak dah besar2 tu..
Salam Fa,
BalasPadamAmbik alamat ni:
543, Jalan Bukit Besar
21100 Kuala Terengganu, Trg
No. Tel: 09 - 6311118
Website: www.paradisedeluxe.com
Restoran ni menghala ke Pasir Panjang, sebelah tepian gelanggang (sport centre). Kedai double storey, atas exlusif, bawah (Biasa) tp ada live band pd mlm hari.
Salam Kak Erna,
BalasPadamMemangpun makan lauk je...hihihi.
Pada mana2 ibu semua samalah saat nak berpisah dgn anak, kat situlah episod drama bermula. siap tanya bila lagi nak balik...lepas tu sob..sob..sob...
salam ibu
BalasPadammenyelerakan, nanti kalau saya ke kuala ganu, boleh saya singgah makan kat resto tu , sebab saya ni mmg suke bab makan ni hehe
Salam Pak Itam,
BalasPadamKalau Pak Itam ke Trg, pasti ada REZEKI tu..insyaAllah