09 Mei, 2010

Hepi Hepi ..Bonda-bondaku

Salam.......





Ini kad ucapan ibu tujukan kepada Bonda, Ibu Mertua, kakak-kakak, kakak-kakak ipar, ibu-ibu blogger, ibu-ibu diluar sana dan semua ibu-ibu yang membaca blog ini. Semoga kalian semua sentiasa sihat, dipanjangkan umur, ditetapkan iman dan sejahtera dibawah lindungiNYA. Buat bonda dan mertua, ibu sayang kalian berdua. Terima kasih kerana telah melahirkan ibu dan suami. Menjaga kami berdua dengan baik. Memberi pelajaran dengan baik, mengajar kami sehingga menjadi insan yang sempurna. Sentiasa menjaga makan pakai kami , sanggup menjadi tempat mengadu dikala kami dalam kesusahan. Ibu.... kaulah segalanya.....maafkan kami kerana tidak dapat menjadi insan yang terbaik sama seperti mu....


++++++++



Pagi tadi di office buat majlis kecil-kecilan untuk sambutan hari ibu. Tuan Pengarah memulakan ucapan dan selepas itu bermula upacara memotong kek oleh kakak-kakak senior. Menjadi tradisi office ibu akan memberi peluang kepada staff yang berumur 50 tahun ke atas untuk mengetuai memotong kek. Nampak gaya lambat lagilah ibu akan diberi peluang ini...... Selepas itu semua staff dihidangkan dengan jamuan nasi minyak.


Kak Nab dan Kak Zaimah sedang memotong kek dan diperhatikan oleh Tuan Pengarah







Petang semalam acara memtong kek bersama ibu mertua dibuat di rumah BIL di Kemaman



Ibu mertua Hajjah Wook binti Embong



Malam tadi sekali lagi acara sambutan di rumah bondaku di Dungun.


Bondaku Hajjah Teh binti Salim




Doa untuk semua ibu-ibu



Selamat Hari Ibu sekali lagi untuk kesemuanya.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah. Terima kasih datang ke sini.




13 ulasan:

  1. Salam Ibu sayang

    Selamat Hari Ibu buat Ibu Sayang dan juga kedua2 ibu semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

    Seronoknya masih ada ibu dan ibu mertua tapi kak Zai dua2 dah takde.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Zai,


    Terima kasih.

    Alhamdulillah, saya bertuah masih mempunyai 2 ibu dan mereka ni sihat walafiat. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...buat "Ibu"...Selamat Menyambut Hari Ibu...kalau ibu nak tahu..saya suka sangat baca catatan ibu...setiap pagi , saya akan buka blog ibu untuk tengok apa yg Ibu tulis pagi ni...

    BalasPadam
  4. Salam Azi,

    Toche...toche..toche..(betul ke eja ni) maknanya terima kasih dlm bahasa mandrin...

    Mekasih sekali lagi....sila lawat lagi!!!

    BalasPadam
  5. salam ibu sayang,

    selamat hari ibu...wow, ada kedua2 ibu, bahagia!

    BalasPadam
  6. Salam Kak Nab,

    Alhamdulillah....

    Selamat Hari Ibu untuk Kak Nab juga....

    BalasPadam
  7. Waaaaa, bestnyer kek2 tuuu... beraneka raser n ruper (ooops dan warner) kite orang makan roti guler jer...hehehe...sedap gokkkkk!

    BalasPadam
  8. Salam Fa*atip,

    Hari ni je makan roti guler.... hari rabu ni????

    p/s: Hai tak sabor nak tunggu muncul hari Rabu (sambil berkira2 dgn jari...hem..ada 17 jam lagi nih) sabor je...

    BalasPadam
  9. Salam Ibu....
    Maaf le...Nak tanya..???? Hari Rabu ni...hari ape ye.??..

    BalasPadam
  10. To Azi,

    Hari rabu ni adalah hari bahagia bagi pasangan Fa*atip. Mereka nak celebrate birthday di Kuantan.

    BalasPadam
  11. Salam Ibu....
    O.I.C.......rasa saye ni macam "penyibuk" pulak bila tanya ibu....ingatkan "Special Day" buat family ibu.

    BalasPadam
  12. assalam...salam kenal dari saya..1st time berkunjung di teratak u nie..nice blog..untuk mengeratkan lagi saya dah jadi salah seorang follower u...klu ada masa jemput la keteratak amy ye...

    BalasPadam
  13. Salam Syaquena,

    Waalaikummussalam. Mekasih banyak2, insyaAllah ibu akan lawati n jd follower Syaquena juga.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails