Salam...
Saja nak tayang...
Selamat Hari Buruh diucapkan kepada semua warga Malaysia.
Minggu lepas, ibu dan hubby pergi beli cat bancuh. Tujuan hendak mengecat semula bilik-bilik yang agak buruk dan kotor dah warnanya. Maklumlah ibu agak dah 15 tahun dah usia cat yang sediada tu. Pilih warna melalui katalog warna. Penjual itu hanya memasukkan kod ke dalam system, tak lama kemudian warna yang dipilih akan keluar melalui paip dalam peti (tengok gambar di bawah). Mudahkan.
Maka, hari ini sempena cuti hari buruh bermulalah segala kerja-kerja mengecat. Bermula seawal 7.00 pagi dengan mengangkat segala maknika yang ada dalam bilik tu. Bayangkan dari katil, lemari dll barang perlu di angkut keluar. Lambakan barang di ruang tamu, ruang tengah, dapur... bersepah-sepah.
Alhamdulillah by 3.00 petang siap kesemuanya. Adduuussssss.... kerja mengangkut semua barang-barang perlu dilakukan semula. Kesian kat Adli, nampak sangat dia dah collaps. Sib baik hubby kata tak apalah kita angkat esoklah. Yeah!!!!!
Ni lah gambar bila dah siap. Kira oklah tu...Nak upah orang...tak ada orang nak kerja hari ni, semua orang nak rehat. Kan hari ni HARI BURUH.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
6 bulan yang lalu
salam ibu sayang..cantiknya cat warna pink tu..teringin nak buat sendiri..tapi rasanya..tenaga dah kurang..tak larat dah..
BalasPadamKerja gotong royong,berhasil ya bagus bagus....
BalasPadamKak Zai pun nak tayang juga heheheh....
Salam Kak Erna,
BalasPadamAlhamdulillah, kesemuanya anak2 yg laksanakan. Kita cuma pi beli barang je!! Kalau nak pikirkan larat, memang saya tewas dulu lah. Time angkat barang pun dah fening.hehehe
Salam Kak Zai,
BalasPadamTayang aje apa yg ada..silakan...silakan...
tak payah nak upah2 orang lain, nampak cantik dah tu, warna yang atas tu bilik kak zai la ye! warnanya romantik sikit gitu! :D
BalasPadamyang pink pulak mesti bilik anak dara...
Fa,
BalasPadamMemang betul tekaan Fa, pandai...Anak dara ni minat sangat warna pink..
Yang atas tu pulak pilihan mak dara.... hehehe