20 Mei, 2010

Kesian Anak Ibu....Terkezutt!!!

Salam....



Ini cerita hari Khamis lepas tapi belum din3kan lagi. Mula-mula rasa macam tak nak n3 cerita ni kesian ke anak, takut dia malu.. Tapi bila ibu fikirkan balik, tak apa lah saja suka-suka lagipun blog ini ibu anggap sebagai diary family aje. Maafkan ibu ...anakku..



Anak ibu Afiq ni bekerja di Dungun, jadi dia tinggal menyewa bersama kawan-kawan sekerjanya. Bila hari Khamis aje dia akan balik ke Kemaman dan pada hari Ahad minggu berikutnya di akan kembali ke Dungun bekerja semula. Jadi pada hari Khamis yang lepas, dia balik ke Kemaman agak lewat sedikit. Lebih kurang dalam jam 7.20 malam baru sampai di rumah. Masa dia sampai hubby dan Aizul dah ke surau. Di rumah tinggal ibu keseorangan sahaja. Lampu on di ruang tengah sahaja (jimat elektrik), diruang tamu gelap gelita. Tiba-tiba....

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Waalaikummussalam.. sambil ibu meluru ke pintu.

(ibu bukak pintu....)

Tak sempat bersalam....gedepek!! Habis barang yang di ditangan Afiq jatuh, adusss.....

Bakpe pulok anok ibu ni???

Ibu... Pik terkejut tengok ibu pakai macam ni dalam gelap begini...

Ya Allah...mari masuk...mari masuk....solat magrib dulu..

(Dalam hati ibu...oh ...lemah semangat rupanya anak ibu ni)

++++++++++




Di ringkaskan cerita, sekonon-kononnya nak buat kejutan pada ibu, nak celebrate hari ibu khas untuk ibu dirumah ni. Belilah sebijik kek nak buat potong-potong. Rupanya terkejut bila melihat ibu keluar buka pintu dalam pakaian telekung sembahyang. Keadaan pulak tak gelap sangat masih ada cahaya dari ruang tengah. . Jadi dia hanya nampak putih-putih melayang-layang...(kain telekung) . Sebijik kek ditangan hancuss....


Inilah dia rupa kek itu....





Oleh kerana tidak puas hati dengan apa yang telah terjadi dan dia sangat-sangat teruja hendak meraikan Hari Ibu untuk ibu tersayang ni, maka dia berkata: tak apalah ibu Afiq akan belanja ibu ditempat lain. Di beri 2 pilihan western food or japanese food (sushi). Si ibu fikir punya fikir pilihlah western food sebab lama dah merinduinya.



Jom
layang gambar....



Chicken chop





Spaghetti Bolognese



Apple Pancake



Cucumber Juice

Alhamdulillah kenyang sampai pagi. Terima kasih anakku, Semoga Allah permurahkan lagi rezeki anakkanda. Lepas makan terus balik kerumah...


Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.





11 ulasan:

  1. eeee..kat mana dia bawak ibu pegi makan tu? nok gi etekkkk...hehhee

    BalasPadam
  2. Salam Fa*atip,

    Ala dekat2 aje Fa, di Kuala Terengganu...hehehe
    Len kali meh lah ikut etek..

    BalasPadam
  3. salam Ibu sayang

    Kasihan sianak konon nak kejutkan siibu tapi endingnya sianak yang terkejut.Tapi takpe dah digantikan dengan makanan yang lagi yummy...

    BalasPadam
  4. Salam Kak Zai,

    Itulah pasal,nak buat surprise x menjadi.
    Kita hanya merancang...

    BalasPadam
  5. kira sama2 terkejutlah tu...:)

    BalasPadam
  6. salam ibu sayang..alahai kesian anak ibu..dan dah sama2 terkejutkan..tak apalah niat murni dia tetap diteruskan..bahagia hati ibukan..

    BalasPadam
  7. Salam Maklang,

    Yooolah tu...

    Maklang bila pulak pergi umrah..nampak mak & abah Maklang dah selamat sampai.

    BalasPadam
  8. Salam kak Erna,

    Alhamdulillah....bahagia..

    Horey....horey....!!! kak Erna dah balik...

    BalasPadam
  9. sangat sangat sweettt....... ;)

    BalasPadam
  10. Salam SSI,

    Alhamdulillah....Mekasih...

    BalasPadam
  11. salam~

    lucu plk baca entry ibu ni..huhu

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails