17 Mei, 2010

Kisah Duka Dan Suka

Salam....







Kisah hari sabtu lepas, semasa dalam perjalanan balik dari kebun di Pulau Tempurung, terlihat satu kemalangan. Ada dua orang perempuan terbabas motor dan jatuh di tepi jalan. Masa itu ibu dan hubby mengejar waktu dan tidak terlintas langsung hendak memberhentikan kereta. Waktu kejadian lebih kurang 6.30 petang. Biasanya hubby nak cepat balik dan bersiap ke surau. Kebetulan dah ada beberapa orang yang sedang bertanya khabar dan berusaha untuk menolong perempuan itu. Hubby pun kata, tak apalah dah ada orang tolong tu!!.





Keesokan harinya (hari Ahad) ibu ambil cuti rehat. Rasa dah lama tak bercuti, kebetulan Aizul ada di rumah sedang bercuti. Aizul selalunya ambil `Short Sem'. Pada 24 Mei ni UniKL dia dah nak bukak. Hari tu pulak hubby mintak buatkan singgang lagi. Bukak esbok tengok tak ada pulak ikan yang sesuai. Langsung ajak hubby ke pasar. Hari Ahad di sini bekerja, jadi sampai pasar basah lengang je tak ada orang. Mudah dapat parking dan terus park kereta di depan pasar. Hubby turun seorang sebab nak beli ikan je, lain-lain bahan dah ada baki yang dibeli pada hari jumaat. Selesai membeli, dalam perjalanan ke kereta tiba-tiba.........gedebommmm...... Hubby terjatuh kerana lantai pasar basah tu licinnnn. Ibu tengok dari dalam kereta, terus berdoa Ya Allah selamatkan suamiku. Ada beberapa penjual ikan datang meluru ke hubby...dan masa ibu sedang buka pintu kereta nampak hubby dah bangun...Alhamdulillah....Syukur.

Dalam kereta, ibu tanya sakit tak??? Tak....Alhamdulillah. Semasa dalam perjalanan lagi, hubby sempat bermuhasabah diri...saya dah tau kenapa jatuh.... Ibupun tanya kenapa??? Ingat tak kisah semalam masa ada perempuan jatuh.. kita tak tolong dia...sekurang-kurangnya berhenti kereta bertanya khabar, walupun pada masa tu dah ramai orang yang menolong...Ibu terdiam sambil berfikir... betul tu...Allah dah bagi cash kat kita... Satu pengajaran yang patut diambil iktibar. Kita lalai dengan kesenangan yang kita ada.


Sampai rumah hubby terus berehat di kerusi depan TV, ibu terus ke dapur.... petangnya hubby berurut dan alhamdulillah sampai sekarang ok!!



+++++++++++++++




Ibu pun ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Guru tidak semestinya guru di sekolah aje, mana-mana insan mulia yang telah mengajar kita dalam apa jua perkara adalah dinamakan guru. Guru Sains ibu semasa di Form 4 & 5 - Puan Yong Zaharah sangat-sangat ibu rindui. Dimanakan beliau sekarang ...tiba-tiba terasa sangat nak jumpa....RINDU...,Guru Tafsir Quran Ustaz Haji Omar, kalau boleh nak sambung pengajian..(tidak sempat tamat belajar tafsir), Cikgu Hasnorliza, Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Cikgu Akmah Yusof, dan banyak lagi cikgu-cikgu yang sempat bertugas ditempat sama masa dulu-dulu. Kesemuanya ibu mengucapkan Selamat Hari Guru ...semoga dapat menjadi pendidik yang terbaik untuk anak bangsa kita. Mendidiklah secara ikhlas dan beriltizam istiqomah sehingga bila-bila yang tiada penghujungnya.








Untuk anak ibu Nur Aisyah Izzati bakal pendidik, Selamat Hari Guru semoga tamat pengajian boleh menjadi pendidik yang dihormati dan disegani...InsyaAllah




Sekian dulu, nanti jumpa lagi..InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


8 ulasan:

  1. alhamdulillah, x apa apa. Fa pun selalu bila tangan luka kena pisau ke, kepala terhantuk ke, cepat2 muhasabah diri balik, apa kesilapan yang telah dibuat.

    BalasPadam
  2. Salam Fa*atip,

    Betul tu!! kita ni kadang lalai dgn apa yg berlaku disekeliling kita. Setiap kejadian tentu ada maksud yg tersirat..

    Selamat Hari Guru juga utk Fa & Mr Atip

    BalasPadam
  3. Salam

    Alhamdulillah tak apa2.Tula kita sebagai manusia biasa mesti melakukan kasalahan,kadang2 tanpa kita sedari.

    BalasPadam
  4. Salam kak Zai,

    Kena bermuhasabah diri setiap masa...

    BalasPadam
  5. Salam Kenal dan Ziarah.


    Alhamdulillah tak ada apa-apa yang memudaratkan.

    Peringatan kepada saya juga.

    BalasPadam
  6. Salam kenal kembali untuk Azrina03.07.

    Alhamdulillah hubby ok sampai sekarang. Sama2 link ya..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Ibu,

    Neeza baca entry Ibu ni. Memula tengok Chukai. Ingatkan Ibu duduk Kemaman sebab parents Neeza pun duduk Kemaman.

    Lagi satu, Cikgu Hasnorliza dan CIkgu Shuhaimi Sulaiman tu dua nama yang sangat familiar dengan Neeza. Mereka pernah mengajar Neeza tahun 87-89. Ibu mengajar disitu jugakah?

    BalasPadam
  8. Salam Neeza,

    Rumah ibu di Gong Limau, parents Neeza kat mana?? Dulu ibu bekerja di MRSM Kerteh 87-93. Neeza study situ ke? Maaf ibu x perasan. Cikgu2 tu sekali kerjalah tu!!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails