Ibu baru saja habis menyaksikan perlawanan Piala Thomas 2010 Separuh Akhir Malaysia menentang China. Walaupun tewas di tangan lawan tetapi ibu tetap berbangga dengan kesungguhan dan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh team Malaysia sebentar tadi. Keputusan yang telah di perolehi sangat mengecewakan iaitu 3-0 telah menunjukkan kita jauh ketinggalan dengan China namun begitu sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan usaha yang telah dibuat oleh pemain-pemain team Malaysia di bawah kendalian Rashid Sidek, Misbun Sidek dan Rexy Mainaky.
Kejayaan 1992 sukar untuk diulangi. Selama lapan belas tahun kita cuba berusaha sedaya upaya untuk mengulangi detik bersejarah yang telah kita alami bersama anak-anak Sidek. Nampak gaya tugas semakin berat menanti untuk team Malaysia di tahun-tahun mendatang.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah.
Terima kasih mengunjungi rumah ibu.
Selamat Malam....daaaa.........
Salam ibu
BalasPadambetulkan...sangat kecewa, tp mereka yg menggalas lagi kecewakan?
malu bila kita kena "ayam" dgn mereka. Siap breakdance lg dlm court. Nampak sgt mereka menang game n psikoogi...
BalasPadamx ade rezeki lg, nak buat mcm mana kan? Ingat lg masa zaman kegemilangan squad badminton negara... kami siap minta izin ngan warden nak tgk siaran langsung... baik hati sungguh warden kami tu
BalasPadamSalam Sayangsayang Ibu,
BalasPadamSeluruh warga malu dan kecewa....
Salam Sano,
BalasPadamYa ke ada breakdance, saya tak perasan pulak. Mereka telah memperlekehkan kita di gelanggang kita sendiri. MALUNYA.....
Salam Fa10,
BalasPadam1992 menjadi sejarah negara.... seronok menyaksikan perlawanan pd masa tu .....
TK kpd warden yg baik hati. Agak2 boleh jumpa lagi tak warden tu!!!
Fa tak tengok punnnnn....takut stress! hehhee.
BalasPadamSalam Fa*atip,
BalasPadamMemang stressss pun, akak sekejap ke dapur...sekejap ke depan..tapi budak2 tengok beriya sampai tak ke surau mlm tadi...
Salam Ibu Sayang
BalasPadamKak Zai tak tengok pun tapi hubby beriya dia bercakap sorang2, macamlah tv tu ada respond.
Salam Kak Zai,
BalasPadamHahaha...Hubby kak Zai bersemangat tuh!!! Bagus...bagus....