05 Mei, 2010

Jambu Golok @ Gajus

Salam...



Tengok betul-betul. Adakah pernah anda lihat buah ini??? Sekarang ni jarang sangat kedapatan buah ini. Kalau dulu di rumah bonda cuma petik aje di belakang rumah. Tiap-tiap rumah di kampung ada pokok ini. Buah dia bermusim. Biasanya di musim panas inilah masa dia `galak' berbuah dan musim panas ini jugalah sotong banyak di laut. Itulah yang specialnya buah ini, bila mana musim dia.. masa tu jugaklah musim sotong. Hari jumaat lepas hubby mintak buatkan sayur ni. Rindu katanya. Pagi-pagi lagi ibu pergi ke Pasar Kemaman. Harga RM5.00 sekilo. Ibu beli dalam setengah kilo. Cukup tu untuk makan anak beranak.


++++


Nama dia tentulah GAJUS atau juga dikenali sebagai JAMBU GOLOK. Asal dari mana nama dia, ibu tak pasti. Tapi orang di sini memang panggil Jambu Golok la. Ibu rasa nama dia sangat unik seunik rasanya. Orang-orang di Terengganu ni pulak suka makan sayur lemak berbanding dengan sayur air @ pedas. Kalau boleh segala jenis sayur yang ada semua nak masak lemak. Bila dah ada sayur lemak tu pulak tak sah kalau tak ada ikan kering terutamanya ikan gelama @ ikan selar. Weii sedapnya. Dok sabor rasanya nak makan...

Mari kita tengok cara-cara nak buat sayur lemak gajus @ jambu golok
Bahan utama:
Tentulah gajus ni..


Di cincang sebegini halus





Kemudian di celur sedikit dan ditos serta di ramas-ramas untuk membuang airnya. Kalau boleh sampai kering sedikit.



Sotong di hiris halus-halus.





Ikan direbus kan ditumbuk





Last sekali campurkan kesemuanya sekali gus dalam satu periuk. Tambah bawang besar yang dihiris , lada besar, santan, garam dan sedikit gula. Masak sehingga mendidih dan kuahnya menjadi pekat dan rasanya lemak-lemak masin.


Beginilah rupanya:
^
^
^
^
^



Sedia untuk dihidangkan. SELAMAT MENCUBA . Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

21 ulasan:

  1. hahaha...sedap sgt ni, minggu lepas isteri ambo buat satu periuk. Mkn sayur byk, mkn nasi sikit jah...

    BalasPadam
  2. Salam Sano,

    Betul tu..hubby ambo gitu gop..makan nasik sikit jah dok ratoh sayur banyok2..pah tu mintok plop buat hujung minggu ni!!!

    BalasPadam
  3. Dulu masa kak Zai kecik2 buah ni ada kat kampung tapi tak tahu pula boleh di buat gulai. Rasa dia kelat2 sikit,lama kak Zai tak jumpa buat ni kalau kat Kl memang takkan jumpa.

    Biji dia kalau tak silap orang panggil kacang parang betul ke?

    BalasPadam
  4. Salam Kak Zai,

    Buah ni memang rasa pahit & kelat sedikit. Bagi org allergic gatal tak boleh makan sangat.Sebab tu kena celur dulu sebelum di masak utk buang air pahit dan 'bisa' dia.

    Biji pulak dipanggil biji gajus. Di goreng tanpa minyak dan dikupas kulit - tinggal isi dlm. Now, biji gajus ni byk dah yg dijual yg dah comel dan siap bergoreng @ bakar boleh dimakan terus

    BalasPadam
  5. ibu sayang..
    macaman akak nak cuba ni..buah gajus pun takde..sedap ke rasanya ye..kalau ikutkan ada ikan,sotong lagi..mesti sedap sangatkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kak.... Sehingga menjilat pinggammm.. Sedapnyeerrr

      Padam
  6. Salam Kak Erna,

    Sedap bangat seh!! Kesian Kak Erna... tak dapet den nak nolong...nak antar kan jauh sangat...

    BalasPadam
  7. salam ibu

    alamak rm5 sekilo sotong tu, murah sangat dan fresh lagi

    tu lah ingat nak pegi merasai sendiri aktiviti mencandat sotong kat trengganu, tapi takde free hehehe

    takpe lain kali , insyallah

    tak pernah rasa lagi menu tu, apa namanya menu tu ibu ?

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    RM5.00 tu buah gajus. Sotong RM8.00-10.00 sekilo, tapi memang fresh sesangatlah.

    Sekarang ni ,mmg musim mencandat sotong, eloklah kalau datang n boleh tengok2. Ibu x pernah ke laut... takut weii..

    Menu tu nama MASAK LEMAK BUAH GAJUS...boleh suruh mak itam masak nanti!!!

    BalasPadam
  9. salam ziarah. terima kasih dtg menjengah blog saya. Buah gajus pernah saya beli masa kat pasar Khadijah duluuu lama2 duluu masa ikut rombongan sekolah. tupun beli sebab nak rasa gajusnya, buahnya saya buang mcm tu je, sbb tak tahu nak makan camne. terima kasih bg resepi ni, mana tau dpt buah gajus, bolehla cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok ni ade banyak LG kt kg saye ni.. Time musim candat memang resepi nilah yg selalu org kg buat.

      Padam
  10. Salam CikguZue,

    Sama2. Nanti kalau kesempatan bolehlah cuba resipi ni.

    BalasPadam
  11. Salam ziarah dari saya..

    Ibu Sayang
    Menarik nya lauk ini. Belum pernah saya melihatnya.. Tentu sedap.

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama07 Mei, 2010

    alahai... teringat kat mak saya, dia pernah masak mcm ni tp lain sikit la... sedap. Kita sama2 tukar link yer

    BalasPadam
  13. Salam Ajzie,

    Alhamdulillah..Memang sedap n menjadi lauk kegemaran family ibu.

    Mekasih sudi ziarah kemari

    BalasPadam
  14. Salam Fa10,

    Memang kalau kita teringin sesuatu masakan kita rindu pada mak. Samalah dgn ibu.. dok sini pun kadang2 rindu lauk mak jugak.

    Mekasih kita sama2 link.

    BalasPadam
  15. Nasib baik tengok masa dah kenyang..hehe..tapi terliur tetap terliur. Kalau letak petai pun okay, kan? Fa ni kaki petai! :D

    BalasPadam
  16. Salam Fa,

    Ada petai lagi sodap!! Lagi lemak....Samalah kita suka petai gak hihihi

    BalasPadam
  17. ikang selanyang lagi manis

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama13 April, 2017

    Assalam Ibu,
    Saya nak mintak izin untuk gunakan gambar dalam post ini untuk tweet Jabatan. Boleh tak?

    BalasPadam
  19. Assalam Ibu,
    Saya nak mintak izin untuk gunakan gambar dalam post ini untuk tweet Jabatan. Boleh tak?

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails