Salam.........
Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk buat ibu. Apa tidaknya pagi-pagi lagi selepas solat subuh ikut hubby ke kebun untuk kutip durian. Kalau dapat pergi awal dapatlah banyak sikit durian tu!.Lewat sikit aje pergi ...habis........habis.......di baham dek orang. Kita sebagai tuan kebun terpaksa berebut dengan pendatang haram yang semakin berani menceroboh kebun orang. Sempat beberapa kali terserempak dengan bangla sedang mengutip durian kita. Selamber derk aje!! GERAM!!!!
Ini gambar isi durian, sedap, lemak, best...
Ini gambar pokok durian kampung spesis katak. Isi putih kekuningan. lemak dan bersari. Pokok tinggi, lenguh tengkuk asyik mendongak . Nak ambil gambar pun susah. Nak pulak guna camera yang murah!!Tahun lepas dapat berbuah dalam seribu lima ratus biji. Itu rekod yang hubby tulis. Setiap hari buah yang gugur hubby akan rekod untuk tahu berapa biji keseluruhan setiap tahun. Oang Cina sangat suka spesis ini dan sanggup tunggu di bawah pohon.
Seminggu sebelum durian mula gugur, hubby upah orang mesin rumput-rumput di bawah. Tak sempat hubby nak buat semua tu. Kebetulan tuan kebun sebelah sedang memesin rumput di kebunnya, maka hubby ambik peluang upah dia sekali. Ini hasilnya setelah siap di mesin.
Cantik kan!!
Ini gambar buah durian yang dikumpul hari tu, dapat dalam 45 biji pagi tu. Ini semua spesis katak. Maaf YB K*t*k, ibu bukan mengata dia. ini real punya spesis.
Tu tangan hubby suruh amik gambar Cik Manggis. Saja guna nama Cik Manggis untuk glamor. Maaf ya!!
Cik Manggis lagi- belum masak lagi
Ini pulak cik duku, jugak belum sampai masa nak di harvest lagi. Hubby kata dalam sebulan lagi. Mana pulak pergi gambar bangsal. Dua tiga kali upload asyik gagal aje. Rasa upload yang terakhir tadi dah berjaya. Hubby sedang bersihkan bangsal boleh duduk berehat sambil makan durian. Tak apalah lain kali ibu tepek gambar bangsal yang banyak berjasa kepada rakyat jelata.
Ini gambar isi durian kuning. Ada durian isi putih jugak
Jomlah datang ke kebun boleh makan durian fresh!!!
Sekian dulu, nanti jumpa lagi....insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
Wuuhuuuu!....best nya.
BalasPadamsalam bu
BalasPadamduriannnnnnnnnnnnnnnn heheheheh
minggu lps jummat masa balik kg kami singgah tepi jalan beli durian spesis XO dan 2-3 jenis lain ,sekg rm 1o, suruh dia kopek dapat 5 pek , kena yang bijik kesip tu adoiiiiiiiii
hehehe kami mmg antu durian hehe
seronok tgk kebun ibu, memacam pokok buah2han ada
syukur alhamdulillah
Kalaulah Cukai tu sejauh pergi Ke Melaka hari ni juga kak Zai terbang,sedapnya duri......annn....
BalasPadamSemalam masa balik dari Ipoh sepanjang jalan kat Sungkai ada durian,singgah makan kat situ aje walau pun tak secantik durian ibu sayang.
Salam Pak Man,
BalasPadamAlhamdulillah mmg best sebab dpt makan fresh!!
Salam Pak Itam,
BalasPadamAntu durian tak apa jgn jadi `antu bangla' mencuri durian orang tiap hari.hihihi
Selalunya durian johor sedap2, pernah gak ibu ke Muar & Tangkak makan durian mmg sedaplah. Itu cerita masa anak ada belajar di Johor, skrng ni dah x abis study.
Salam Kak Zai,
BalasPadamDurian perak pun sedap2 jugak. Dulu masa abang ibu duk Bota pernah gak merasa durian Perak. Sedap....!
Jomlah datang Kemaman...
Salam Ibu.....
BalasPadamSeronoknyeee..tengok dusun durian Ibu.....banyaknye buah.Saya ni pun "hantu'durian juga..tambah2 kalau yang lemak dan berkrim....he..he..sebiji boleh habis sorang....kalau Ibu nak tahu...kat Kedah x berapa menjadi tahun ni....syukur rezeki Allah untuk ibu....
Salam Azi,
BalasPadamAlhamdulillah....
Jom dtg Kemaman.
tersangatlah terliurnya tengok durian kat kebun Ibu ni... sekarang tengah gugur kan.. mesti tak sempat raya kan hehe.. kebun Ibu kat mana?
BalasPadamSalam Neeza,
BalasPadamKebun ibu di Pulau Tempurung dekat dgn Pasir Minal. Skrg tinggal sikit2 je lagi, dah nak habis dah. Rumah mak Neeza Kemaman kat mana? Boleh ibu tau....:)
bestnya tgok dusun anda ni..teringat dusun arwah atuk saya tapi sayang semuanya tinggal kenangan
BalasPadamSalam ibu ..Sy gee .ktne kbun ibu ni ?sy brminat nk mlawat sana la .skrg ada kt kmaman .
BalasPadam