27 Julai, 2010

Mari Kenal Petai

Salam....





Petai  adalah sejenis ulam yang sangat sedap dan banyak khasiatnya. Di rumah petai ni selalu ada bekalan kerana menjadi kegemaran MIL. Selalunya dia menjadikan petai ini sebagai ulam pilihan utama selepas lain-lain ulaman yang ada.  Gambar  di atas tu sambal udang petai yang ibu masak hari minggu lepas.



Hari ni ibu nak kongsi cerita berkenaan khasiat petai yang ibu dapat dari tok wan ibu. Terima kasih ibu ucapkan kepada tok wan google kerana telah memberi  tips berkenaan khasiat petai ini. 'Terima kasih ya tok wan'. Tok wan kata antara khasiat terbaik yang ada pada petai ialah:


1.  Kandungan tryptophan boleh  memberikan  mood yang relax dan rasa lebih berbahagia selepas memakannya.

2.  Kandungan vitamin B6 boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

3.  Kandungan zat besi yang tinggi  menghalang anemia terjadi.

4.  Boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan menghalang stroke

5.  Kemampuan otak berfikir dengan cepat, sesuai untuk pelajar-pelajar

6.  Kandungan serat yang tinggi boleh mengatasi sembelit

7.  Boleh menahan mabuk dengan cara petai di blend + madu + susu => minum

8.  Boleh mengurangkan rasa panas badan disebabkan  banyak makan

9.  Boleh menghilangkan rasa mual di pagi hari

10. Kulit bahagian dalam petai di gosok pada tempat yang digigit nyamuk untuk menghilangkan rasa gatal

11.Boleh membantu menenangkan sistem saraf

12. Boleh menurunkan suhu badan terutama ibu yang sedang menanti kelahiran bayi menyebabkan suhu badan naik

13. Vitamin B6 dan B12 yang terkandung boleh menghentikan katagihan nikotin (untuk perokok)

14.Kandungan kalium yang tinggi boleh meredakan stress

15. Boleh mengurnagkan kadar stroke sehingga 40%

16. Perbandingan dengan Epal : 4x lebih banyak protein, 2x lebih banyak karbohidrat, 5x vitamin A dan zat besi dan 2x jumlah vitamin dan mineral lain

Oleh kerana itu, petai yang kaya dengan kalium merupakan ulam dengan nilai  pemakanan terbaik.
Allahua'alam.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

12 ulasan:

  1. sambal petai udang..sodap kak....
    sya tak boleh makan petai tak masak, sakit perut

    BalasPadam
  2. ibusayang..tq kongsi ..banyak betul kebaikannya makan petai..yang akak tau cuma baik untuk orang kencing manis je..

    BalasPadam
  3. salam ibu sayang...lama tak jumpa...apa khabar..kite tau mkn aja tak tau pula khasiatnya. tq 4 sharing....

    BalasPadam
  4. salam ibu

    saya dah tua2 ni baru reti makan petai

    dulu suka makan jering je hehehe

    BalasPadam
  5. Salam Sya,

    Ibu suka sambal bilis @ udang petai, mmg best giler. Samalah kita x boleh mkn yg mentah.

    BalasPadam
  6. Salam k.Erna,

    Sama2. Kak dulupun ibu tau baik untuk kencing manis aje gak. Tak tau ada banyak lagi khasiat yg terkandung didalammnya.

    BalasPadam
  7. Salam CuteOven@maria,

    Ibu khabar baik. Alhamdulillah. Nanti selepas ni terus gi pasar cari petai ya! :)

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Masih belum terlambat lagi tuh!

    Ibu jering tau yg rebus aje dicicah kelapa, mentah x reti makan.

    BalasPadam
  9. ibusayang,
    fa sukerrrrr petai! lagi suka kalau mata dia besor2 and ala2 nak masak sikit...tapi petai banyak angin, tu yang tak tahan.

    petai pun boleh dimakan begitu saja, sambil2 tengok tv!! kihkihkih....

    BalasPadam
  10. Salam Fa,

    Payah nak dpt yg mata beso. Biasanya di ambil oleh si penjual.hihihi.

    Ni first time ibu dengar petai boleh di makan cam biskut.

    BalasPadam
  11. Petai kalau dibuat sambal memang kegemaran kak Zai,makan tambah2 tapi satu yang tak tahan bilik airrr......

    BalasPadam
  12. Salam Kak Zai,

    Itu sudah semestinyalah..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails