Salam...
Ini dia bola yang akan menentukan team manakah yang akan menjulang piala World Cup 2010. Malam ini akan menjadi penentuan di mana segala impian akan menjadi kenyataan. Masing-masing team telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai gelaran juara. Ada team yang dianggap gah tetapi kecundang lebih awal. Apa yang boleh di kata cuma `bola ini bulat'. Dia boleh pergi ke arah mana sahaja yang dia suka setelah disepak dan diterajang.
Ini dia team yang akan beraksi di perlawanan akhir pada malam ini. Sama-sama kita saksikan siaran live dari Stadium Soccer City di Johannesburg. Ramai orang mengambil kesempatan menonton di screen gergasi tak kira di mana berada. Kawan-kawan ibu di Office (lelaki sahaja) telah menempah kedai di Batu Buruk Kuala Terengganu untuk menyaksikan secara beramai-ramai. Tengok tu sanggup bersengkang mata dan tinggalkan anak isteri di rumah demi World Cup 2010 Final. Ibu, hubby dan anak-anak pulak menonton dari stadium di rumah aje. Nanti kenalah sediakan kopi dengan jemput-jemput pisang buat keraskan mata.
Dalam suka-suka ini dia bakal keputusan yang akan diterima mengikut ramalan hubby, anak-anak dan ibu.
Afiq - Spain menang dengan 1 -0 ( kalau kalah bersetuju belanja makan ahli keluarga dengan KFC + Pizza)
Amir - Spain menang dengan 3-1 (Kalau kalah bersetuju belanja makan ahli keluarga dengan western food)
Adli & Aizul - Belanda menang dgn 2-1( kalau kalah sanggup kongsi belanja makan ahli keluarga dengan sushi )
Hubby - Belanda menang dengan 2 - 1 ( Kalau kalah bersetuju belanja makan ahli keluarga di mana-mana sahaja atas permintaan yang menang)
Dan
Ibu - Spain menang dengan 2 -0 (kalau kalah bersetuju belanja makan ahli keluarga di mana-mana sahaja atas permintaan yang menang - saje ikut hubby)
Aisyah - tak tengok bola....! :) tak berpeluang
Walau apapun mana-mana team yang menang ibu tak kisahpun, cuma suka bermain teka teki aje. By pagi esok kita semua akan menerima siapa sahaja yang akan membawa pulang piala. Semoga ketemu lagi di World Cup 2014 di Brazil. InsyaAllah. (Macam wakil FIFA pulak)
Sekian dulu, nanti jumpa lagi..InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
Boleh ke kak Zai joint makan2 ni macam best aje,muka tak malu hehehe....
BalasPadamneeza kata Holland menang 2-1 Ibu.. kalau tak menang pun takpe. Takde sape kisah kan hehee..
BalasPadamIbu ada pokok durian kat mana tu? sedapnya laaa.... kalau neeza di Malaysia, mesti dah ngendeng kat kebun ibu ;)
salam ibu
BalasPadamsori bu, team saya dah jadi champion WC 2010 hehehe
Salam Kak Zai,
BalasPadamJemput datang kita makan ramai2, apa nak malu...
Salam Neeza,
BalasPadamYeah...yeah...Neeza kalah
Yeah...yeah...Neeza kalah
(ibu kalah gok)
Neeza, buah durian ibu tengah gugur sekarang ni. Kebun ada di Pulau Tempurung jln menghala ke Binjai. Kalau Neeza ada di di sini boleh dtg makan, ibu jemput ni.
Salam Pak Itam,
BalasPadamTahniah Pak Itam, team pilihan menjadi wira dunia. waka waka eh..eh...
Ibu ok je!
Tang belanja makan tu yg besh tuu..heheee
BalasPadamSalam Fa,
BalasPadamNanti poket ibu jugak yang kempis tu! Budak2 ni pandai merancang aje.