Hari minggu yang lepas menjadikan hari minggu ibu yang sibuk bangat. Apa tidaknya, ada kawen-kawen.....Sepupu ibu yang duk di Dungun, kawen dengan pasangannya orang Dungun jugak. Hari Khamis tu majlis akad nikah di Masjid Sungai Udang Dungun, ibu tidak dapat pergi kerana menunggu di rumah pengantin perempuan menyediakan hidangan untuk tetamu.
Esok hari langsungnya pulak hidangan tetamu di sediakan secara gotong royong anak beranak. Lama benar ibu tak merasai episod gotong royong ni. Dolu-dolu memang ada dan inilah caranya. Beras, telur, kelapa dan lain-lain barang keperluan adalah sumbangan jiran dan sanak saudara. Sebenarnya kita semua yang membuat keputusan untuk berbuat demikian walaupun sekarang ni kidmat catering melambak. Idea sebenar dari kakak ibu dan kemudian kita semua berpakat-pakat. Alhamdulillah semua bersetuju.
Jom kita tengok beberapa gambar yang ibu sempat upload.... banyak sebenarnya hampir 1 gig memory, tapi kalau nak siar kesemuanya kena mintak izin tuan punya diri. Kan tak pasal-pasal terima surat saman, hehehe. Selain cameraman tak bertauliah ni, ada jugak yang hired dan sepupu ibu from Singapore pun bawak kamera yang canggih manggih....tak pernah ibu tengok sebelum ni. Ceh...gerek seh... (lupa lak nak amik gambar kamera dia... ) Jangan buang masa jom kita tengok siapa yang kena.... hehehe
Selamat Pengantin Baru Normah Mohd Nor
Pelamin
Meja Makan Pengantin
Hadiah Hantaran
Ayam Percik
Udang
Siakap Tiga Rasa
Puding Sagu
Ada sesiapa yang tau atau ada kemahiran membuat ni????. Susah wooo....Ibu kagum dan terpegun tengok chef ni boleh melakukan dengan sekejap aje. Tinggi sungguh skill chef ni, husband and wife yang juga lecturer di UiTM Dungun. Ibu buat-buat sibuk amik gambar ni tapi terlupa pulak nak amik gambar chef. Asyik terlupa aje ibu ni, huhuhu. Jom kita tengok hasil kerja chef yang cantik ni sebelum di angkat ke meja pengantin.
Ada brani Cuba???
ibusayang..cantik pengantin..nape tak cerita apa menu yang masak gotong royong tu..nak juga tau kan..yang ditunjuk semua ni akak rasa..hidangan pengantin ni..
BalasPadamalhamdulillah kan..masih lagi bergotong royong..kat kampung akak pun masih lagi gotong royong..
salam ibu
BalasPadamhehehe kalau saya tau kopek masuk mulut je buah tu hehehe
eh,kat dungun?masjid sungai udang? sekangkang keraaaaa je ngan umah kita!!
BalasPadamhehe
Salam ibusayang ...lama kak Zai tak tinggal jejak,blog ada problem.
BalasPadamCantiknya hiasan buah2an tu,kalau kak Zai tau potong ikut suka aje memang tak ada bakat.
kak Zai
Salam Kak Erna,
BalasPadamNantilah kalau ada masa, sebab nak upload kadang2 ambil masa bergantung pd line tenet. Alhamdulillah di kg akak masih lagi gotong royong, di sini dah kurang dah..
Salam Pak Itam,
BalasPadamHehehe...samalah dengan ibu, pandai ngap ke mulut je, bab seni2 ni yellek!
Salam Cikgu Zie,
BalasPadamYa ke cikgu org Dungun..rumah sepupu ibu tu di Jln Sulaiman Kg. Tanah Lot.
Jom kita sama2 blog link ya..suka sgt ibu bila jumpa org sama kg. hhehehe
salam Kak Zai,
BalasPadamoh..rindu kak zai lama cuti, ingat dah merajuk.Blog problem ya..
Samalah dgn ibu, tak pandai bab2 seni ni mcm kak Zai kata x ada bakat.