14 Oktober, 2010

Lega....

Salam...


Alhamdulillah
Legaaaa......
Terlepas segala beban
yang dipikul
Beban besar
Sebesar gunung
Hehehe

Alhamdulillah....
Syukur......
Allah permudahkan
segala urusan ibu
Amin...Amin

(kita citer kemudian)
------------------------


Masuk je bulan Zulkaedah, bermakna musim haji telah bermula. Sebenarnya menurut kalendar hijrah musim haji bermula dari  1 Syawal lagi, tetapi kerajaan Malaysia menetapkan jemaah Malaysia hanya boleh menduduki  a.k.a  visa hanya boleh diluluskan bagi tempoh 42 hingga 60 hari sahaja maka sebab itulah jemaah mula berangkat mulai bulan Zulkaedah. Walaupun bagaimanapun ada juga  jemaah yang pergi dengan kebenaran 3 bulan, tapi tak lah ramai mana. Bukan senang bagi kita untuk dijemput menjadi tetamu agung Allah SWT.  Maka bagi yang terpilih tu kenalah bersiap sepenuhnya dari segi fizikal dan mental. Kedua-duanya kena kuat untuk kita sentiasa bersedia mengharungi segala dugaan ujian dan kepayahan yang terpaksa di tanggung sepanjang berada di sana.


Teringat kisah ibu tahun lalu,  seingat ibu tiada sangatlah ujian yang besar-besar di hadiahkan kepada ibu dan hubby. Yang kecil-kecil tu biasalah. Alhamdulillah segalanya selamat, ibu dapat menjalani ibadah  haji dengan baik.  Cuma ibu rasa sedih sikitlah dimana ibu tidak dapat mencukupkan  solat di Masjid Nabawi a.k.a Masjid Nabi 40 waktu.. Walaupun ianya sunat sahaja tetapi kalau boleh kita cukupkan tanpa ada uzur. Bak  kata seorang ustaz, haji mabrur bermula dari solat di Masjid Nabawi 40 waktu. Di sebabkan kita ni perempuan, maka adalah time-time cuti yang tidak membolehkan kita bersolat dan berpuasa. Itukan fitrah kepada seorang wanita.Kita kena redho atas apa yang berlaku. Sesungguhnya percaturan Allah itu adalah terlebih baiknya.


Berbalik kisah haji ini, ramai dikalangan kawan-kawan blogger kita yang dijemput untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.  Sekalung tahniah ibu ucapkan kepada mereka. Ibu doakan semoga mereka-mereka yang dijemput itu di anugerahkan kesihatan yang terbaik untuk memudahkan menjalani ibadah.





Keluarga bahagia- 3 generasi (nenek, ibu dan anak).Alhamdulillah


Di permudahkan segala urusan dalam perjalanan pergi dan balik dan segala urusan di sana nanti termasuklah di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Ibu doakan juga agar kesemuanya selamat pergi dan selamat kembali dan seterusnya mendapat haji mabrur.



2 ulasan:

  1. salam ibu sayang..waah..suspen jugak ni..besar betul bebabnya..sampai sebesar gunung..
    tapi..alhamdulillah la kan..sebab dah leeggaaa tu kan..
    tahniah dan selamat menunaikan ibadah haji bagi yang dijemput kesana..semoga segala urusan dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur

    BalasPadam
  2. Salam Ibu,

    Neeza pun kesana sama time dengan ibu. Alhamdulillah... cuma takde rezeki nak berjumpa. Lagipun tak kenal lagi masa tu kan ;). pengalaman buat haji memang sukar nak digambarkan... nak pergi lagi rasanya.. semoga ada rezeki.. Ameen..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails