Dah lama rasa nak mencuba masak asam pedas versi Johor ni. Asyik dok tengok gambar orang je, ada jugak rasa keinginan nak mencuba. Di Terengganu ni ada jugak lauk cam gini, cuma dipanggil tumis cair. Tapi bahan dia ada beza sikit dengan asam pedas ni. Memang ibu dan seisi rumah suka lauk ni, sayangnya ibu tak pandai masak. Kali ni ibu nak try lagi setelah beberapa kali cubaan bukan tak menjadi tapi tak berapa comel untuk di potretkan. hehehe (betul ke tak ayat ni....)
Walau apa orang nak kata pun ibu nak letak jugaklah gambar kat sini untuk kepuasan diri sendiri. Apa nak kisah janjji hubby kata best! Siap pesan "lain kali buat lagi ya"....yolah tu bang! Ambe ikut arahan je.....hehehe bukan senang nak jadi isteri mithali walaupun sekali sekala mukaku "bertali". Jomlah kita tengok
Tu dia asam pedas ikan jemuduk versi Mak Itam. Sorry Mak Itam ibu tumpang amik resepi ni, mintak halal dunia dan akhirat. Capturing tak elok sebab guna camera cap ayam. hahaha
Pagi tadi pulak ibu makan sate, sebab senang stok sate ni memang ada dalam esbok. Selalu beli yang mentah simpan di tempat beku. Masa simpan tu asingkan jumlah mengikut keperluan semasa, jadi tak adalah bila dibuka tu yang lain terkeluar sama . Save hayat yang lain gitu. Budak-budak ni suka sangat sate. Asal malam je dia mula beroperasi adik beradik. Tau-tau bila ibu bukak esbok ..aik....mana pergi sate-sate ni??? Dari situ baru ibu tau ada operasi malam.
Cerita sebenarnya ibu terliur nengok gambar sate di blog kawan ibu. Dia menayangkan sate wak tukul yang memang besar dan teliur giler, sampai ibu termimpi-mimpi. Ya betul....ibu termimpi-mimpi, terus bangun pagi tadi cakap kat hubby, kita makan sate lah. Hubby kata ok...bagus....Alhamdulillah.
Nak tau apa yang dimakan lagi...
Keropok Goreng.
salam ibu sayang..akak tak tau lah..asam pedas versi mana..tapi akak memang tak berapa pandai masak asam pedas..
BalasPadamsampai la..baru2 ni..sebelum puasa akak jumpa resepi kat blog izah..akak cuba buat..kali ni..asam pedas akak menjadi..anak2 suka..
seperti kata ibusayang..siap pesan buat lagi..
salam ibu sayang...
BalasPadammana dia asam pedas ayam tu,letak ajelah gambarnya...tentu sedap kan...nnti klau kite kesana bleh tk ibu sayang masak...tak tau la bila
salam ibu sayang...
BalasPadamsedap asam pedas...akak suka letakkan juga terung / bendi sebagai tambahan...
haa...kerepok lekor...tiada tandingan!!
Salam Kak Erna,
BalasPadamYa lah kak selama ni tak berani mencuba sebab bimbang tak menjadi. Bila dah buat tu baru tau senang & sedap..hehehe
Cute oven,
Boleh2, bila nak kemari, tp call dulu ya nnti ibu boleh hidang pais, sata & otak2 juga...
Kak Nab,
Betul kata KN kalau ditambah bendi/terung mmg sedap, kebetulan x stok.
Bagai isi & kuku mcm tulah org Ganu dgn keropok. hehehe