25 Mei, 2010

Makan-Makan Lagi.......????

Salam....


Sekejap je Aizul balik bercuti. Pejam celik pejam celik dah pun balik. Malam tadi sempat ibu dan hubby pergi hantar dia di Stesyen Bas Kuala Terengganu. Balik kali ni kami tak dapat nak hantar Aizul ke Kulim, jadi dia kena naik bas ajelah. Hujung bulan ni nak kena pergi ambil barang-barang sidara pulak, nanti dapatlah si dara balik berlenggang kangkung...hihihi


Sebelum naik bas tu sempatlah ibu bawa Aizul ni pergi makan-makan. Kali ini kami makan ditempat yang di suggestkan oleh office-mate ibu. Tempat tu orang kampung ibu kata comel lote. Restoran ini menjadi pilihan selebriti jugak bila bertandang ke Terengganu. Alhamdulillah..masa sampai di kedai tu orang tak ramai lagi. Mula-mula duduk tu dihidangkan dengan `Chinese Tea' sebagai wellcoming drink. Wah!! suam-suam kuku terus hirup sampai habis. Kemudian tu barulah proses order-mengoder. Bila makanan dihidangkan....aaa...apa lagi terus makanlah.


Meh kita tengok gambar.....

Aizul

Chef tersohor & Penyanyi no. 1 negara




La...mana pulak gambar ni....? Ibu rasa dah upload tadi, Aik??? dah susah payah upload mana pergi gambar-gambar ni...?? Tak apalah kita layan je gambar yang ada...



Siakap steamed in kapitam style

Fried chicken with ginger


Braised bean curd with vegetable

Prawn fried with butter


Maaflah ya...gambar white tomyam, chinese tea and dessert tak ada, hilang entah ke mana. Kadang-kadang rasa nak marah jugak, time upload ada bila nak karang cerita hilang cam gitu aje. Tapi nak kabor white tomyam soup dia very the sedap, yang pernah ibu makan sebelum ni. Ada rasa-rasa susu gitu...dapatlah ibu bagi 4 setengah bintang daripada 5 bintang. Sedaaaapppppp tuuuuuu!!!!!! Kalau kawan-kawan nak tau rasa macam mana datanglah ke Kuala Terengganu ya!
Lepas makan solat di restoran itu juga dan terus hantar Aizul ke stesyen bas.

Bersiap nak naik bas

Bye...bye Mat Ju, belajar molek-molek, usaha lebih gigih, ibu dan ayah doakan semoga Ju sentiasa dalam kerahmatan dan keredhoaan Allah SWT. Solat di awal waktu ya, supaya Ju beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

20 Mei, 2010

Kesian Anak Ibu....Terkezutt!!!

Salam....



Ini cerita hari Khamis lepas tapi belum din3kan lagi. Mula-mula rasa macam tak nak n3 cerita ni kesian ke anak, takut dia malu.. Tapi bila ibu fikirkan balik, tak apa lah saja suka-suka lagipun blog ini ibu anggap sebagai diary family aje. Maafkan ibu ...anakku..



Anak ibu Afiq ni bekerja di Dungun, jadi dia tinggal menyewa bersama kawan-kawan sekerjanya. Bila hari Khamis aje dia akan balik ke Kemaman dan pada hari Ahad minggu berikutnya di akan kembali ke Dungun bekerja semula. Jadi pada hari Khamis yang lepas, dia balik ke Kemaman agak lewat sedikit. Lebih kurang dalam jam 7.20 malam baru sampai di rumah. Masa dia sampai hubby dan Aizul dah ke surau. Di rumah tinggal ibu keseorangan sahaja. Lampu on di ruang tengah sahaja (jimat elektrik), diruang tamu gelap gelita. Tiba-tiba....

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Waalaikummussalam.. sambil ibu meluru ke pintu.

(ibu bukak pintu....)

Tak sempat bersalam....gedepek!! Habis barang yang di ditangan Afiq jatuh, adusss.....

Bakpe pulok anok ibu ni???

Ibu... Pik terkejut tengok ibu pakai macam ni dalam gelap begini...

Ya Allah...mari masuk...mari masuk....solat magrib dulu..

(Dalam hati ibu...oh ...lemah semangat rupanya anak ibu ni)

++++++++++




Di ringkaskan cerita, sekonon-kononnya nak buat kejutan pada ibu, nak celebrate hari ibu khas untuk ibu dirumah ni. Belilah sebijik kek nak buat potong-potong. Rupanya terkejut bila melihat ibu keluar buka pintu dalam pakaian telekung sembahyang. Keadaan pulak tak gelap sangat masih ada cahaya dari ruang tengah. . Jadi dia hanya nampak putih-putih melayang-layang...(kain telekung) . Sebijik kek ditangan hancuss....


Inilah dia rupa kek itu....





Oleh kerana tidak puas hati dengan apa yang telah terjadi dan dia sangat-sangat teruja hendak meraikan Hari Ibu untuk ibu tersayang ni, maka dia berkata: tak apalah ibu Afiq akan belanja ibu ditempat lain. Di beri 2 pilihan western food or japanese food (sushi). Si ibu fikir punya fikir pilihlah western food sebab lama dah merinduinya.



Jom
layang gambar....



Chicken chop





Spaghetti Bolognese



Apple Pancake



Cucumber Juice

Alhamdulillah kenyang sampai pagi. Terima kasih anakku, Semoga Allah permurahkan lagi rezeki anakkanda. Lepas makan terus balik kerumah...


Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.





17 Mei, 2010

Kisah Duka Dan Suka

Salam....







Kisah hari sabtu lepas, semasa dalam perjalanan balik dari kebun di Pulau Tempurung, terlihat satu kemalangan. Ada dua orang perempuan terbabas motor dan jatuh di tepi jalan. Masa itu ibu dan hubby mengejar waktu dan tidak terlintas langsung hendak memberhentikan kereta. Waktu kejadian lebih kurang 6.30 petang. Biasanya hubby nak cepat balik dan bersiap ke surau. Kebetulan dah ada beberapa orang yang sedang bertanya khabar dan berusaha untuk menolong perempuan itu. Hubby pun kata, tak apalah dah ada orang tolong tu!!.





Keesokan harinya (hari Ahad) ibu ambil cuti rehat. Rasa dah lama tak bercuti, kebetulan Aizul ada di rumah sedang bercuti. Aizul selalunya ambil `Short Sem'. Pada 24 Mei ni UniKL dia dah nak bukak. Hari tu pulak hubby mintak buatkan singgang lagi. Bukak esbok tengok tak ada pulak ikan yang sesuai. Langsung ajak hubby ke pasar. Hari Ahad di sini bekerja, jadi sampai pasar basah lengang je tak ada orang. Mudah dapat parking dan terus park kereta di depan pasar. Hubby turun seorang sebab nak beli ikan je, lain-lain bahan dah ada baki yang dibeli pada hari jumaat. Selesai membeli, dalam perjalanan ke kereta tiba-tiba.........gedebommmm...... Hubby terjatuh kerana lantai pasar basah tu licinnnn. Ibu tengok dari dalam kereta, terus berdoa Ya Allah selamatkan suamiku. Ada beberapa penjual ikan datang meluru ke hubby...dan masa ibu sedang buka pintu kereta nampak hubby dah bangun...Alhamdulillah....Syukur.

Dalam kereta, ibu tanya sakit tak??? Tak....Alhamdulillah. Semasa dalam perjalanan lagi, hubby sempat bermuhasabah diri...saya dah tau kenapa jatuh.... Ibupun tanya kenapa??? Ingat tak kisah semalam masa ada perempuan jatuh.. kita tak tolong dia...sekurang-kurangnya berhenti kereta bertanya khabar, walupun pada masa tu dah ramai orang yang menolong...Ibu terdiam sambil berfikir... betul tu...Allah dah bagi cash kat kita... Satu pengajaran yang patut diambil iktibar. Kita lalai dengan kesenangan yang kita ada.


Sampai rumah hubby terus berehat di kerusi depan TV, ibu terus ke dapur.... petangnya hubby berurut dan alhamdulillah sampai sekarang ok!!



+++++++++++++++




Ibu pun ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Guru tidak semestinya guru di sekolah aje, mana-mana insan mulia yang telah mengajar kita dalam apa jua perkara adalah dinamakan guru. Guru Sains ibu semasa di Form 4 & 5 - Puan Yong Zaharah sangat-sangat ibu rindui. Dimanakan beliau sekarang ...tiba-tiba terasa sangat nak jumpa....RINDU...,Guru Tafsir Quran Ustaz Haji Omar, kalau boleh nak sambung pengajian..(tidak sempat tamat belajar tafsir), Cikgu Hasnorliza, Cikgu Shuhaimi Sulaiman, Cikgu Akmah Yusof, dan banyak lagi cikgu-cikgu yang sempat bertugas ditempat sama masa dulu-dulu. Kesemuanya ibu mengucapkan Selamat Hari Guru ...semoga dapat menjadi pendidik yang terbaik untuk anak bangsa kita. Mendidiklah secara ikhlas dan beriltizam istiqomah sehingga bila-bila yang tiada penghujungnya.








Untuk anak ibu Nur Aisyah Izzati bakal pendidik, Selamat Hari Guru semoga tamat pengajian boleh menjadi pendidik yang dihormati dan disegani...InsyaAllah




Sekian dulu, nanti jumpa lagi..InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


14 Mei, 2010

Thomas Cup 2010 - Tiada Rezeki

Salam...


Ibu baru saja habis menyaksikan perlawanan Piala Thomas 2010 Separuh Akhir Malaysia menentang China. Walaupun tewas di tangan lawan tetapi ibu tetap berbangga dengan kesungguhan dan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh team Malaysia sebentar tadi. Keputusan yang telah di perolehi sangat mengecewakan iaitu 3-0 telah menunjukkan kita jauh ketinggalan dengan China namun begitu sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan usaha yang telah dibuat oleh pemain-pemain team Malaysia di bawah kendalian Rashid Sidek, Misbun Sidek dan Rexy Mainaky.



Kejayaan 1992 sukar untuk diulangi. Selama lapan belas tahun kita cuba berusaha sedaya upaya untuk mengulangi detik bersejarah yang telah kita alami bersama anak-anak Sidek. Nampak gaya tugas semakin berat menanti untuk team Malaysia di tahun-tahun mendatang.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah.
Terima kasih mengunjungi rumah ibu.
Selamat Malam....daaaa.........

09 Mei, 2010

Hepi Hepi ..Bonda-bondaku

Salam.......





Ini kad ucapan ibu tujukan kepada Bonda, Ibu Mertua, kakak-kakak, kakak-kakak ipar, ibu-ibu blogger, ibu-ibu diluar sana dan semua ibu-ibu yang membaca blog ini. Semoga kalian semua sentiasa sihat, dipanjangkan umur, ditetapkan iman dan sejahtera dibawah lindungiNYA. Buat bonda dan mertua, ibu sayang kalian berdua. Terima kasih kerana telah melahirkan ibu dan suami. Menjaga kami berdua dengan baik. Memberi pelajaran dengan baik, mengajar kami sehingga menjadi insan yang sempurna. Sentiasa menjaga makan pakai kami , sanggup menjadi tempat mengadu dikala kami dalam kesusahan. Ibu.... kaulah segalanya.....maafkan kami kerana tidak dapat menjadi insan yang terbaik sama seperti mu....


++++++++



Pagi tadi di office buat majlis kecil-kecilan untuk sambutan hari ibu. Tuan Pengarah memulakan ucapan dan selepas itu bermula upacara memotong kek oleh kakak-kakak senior. Menjadi tradisi office ibu akan memberi peluang kepada staff yang berumur 50 tahun ke atas untuk mengetuai memotong kek. Nampak gaya lambat lagilah ibu akan diberi peluang ini...... Selepas itu semua staff dihidangkan dengan jamuan nasi minyak.


Kak Nab dan Kak Zaimah sedang memotong kek dan diperhatikan oleh Tuan Pengarah







Petang semalam acara memtong kek bersama ibu mertua dibuat di rumah BIL di Kemaman



Ibu mertua Hajjah Wook binti Embong



Malam tadi sekali lagi acara sambutan di rumah bondaku di Dungun.


Bondaku Hajjah Teh binti Salim




Doa untuk semua ibu-ibu



Selamat Hari Ibu sekali lagi untuk kesemuanya.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah. Terima kasih datang ke sini.




07 Mei, 2010

Jom Makan-Makan!!!

Salam....


Tak ada apa hendak ibu ceritakan, terasa letih sangat seharian duk mengemas rumah. Jom kita layan gambar ajelah....





Daging kuda masak merah. Lauk hidangan hari ini. Daging kuda ini SIL yang kasi. Mula-mula tu nak di gulai, hubby kata nak masak merah, so, patik ikut perintah tuanku ajelah..






Kuih tepung bungkus. Ini kuih beli, tak pandai ibu nak buat.Takut tak menjadi. RM1.00 4 ketul. Kan berbaloi beli tu!!




Kopi Vietnam, office mate kasi sebagai buah tangan. Sedap kopi nih...



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaallah. (sampai masa nak masuk beradu...ngantuk sangat dah ni.). Terima kasih datang kemari.



05 Mei, 2010

Jambu Golok @ Gajus

Salam...



Tengok betul-betul. Adakah pernah anda lihat buah ini??? Sekarang ni jarang sangat kedapatan buah ini. Kalau dulu di rumah bonda cuma petik aje di belakang rumah. Tiap-tiap rumah di kampung ada pokok ini. Buah dia bermusim. Biasanya di musim panas inilah masa dia `galak' berbuah dan musim panas ini jugalah sotong banyak di laut. Itulah yang specialnya buah ini, bila mana musim dia.. masa tu jugaklah musim sotong. Hari jumaat lepas hubby mintak buatkan sayur ni. Rindu katanya. Pagi-pagi lagi ibu pergi ke Pasar Kemaman. Harga RM5.00 sekilo. Ibu beli dalam setengah kilo. Cukup tu untuk makan anak beranak.


++++


Nama dia tentulah GAJUS atau juga dikenali sebagai JAMBU GOLOK. Asal dari mana nama dia, ibu tak pasti. Tapi orang di sini memang panggil Jambu Golok la. Ibu rasa nama dia sangat unik seunik rasanya. Orang-orang di Terengganu ni pulak suka makan sayur lemak berbanding dengan sayur air @ pedas. Kalau boleh segala jenis sayur yang ada semua nak masak lemak. Bila dah ada sayur lemak tu pulak tak sah kalau tak ada ikan kering terutamanya ikan gelama @ ikan selar. Weii sedapnya. Dok sabor rasanya nak makan...

Mari kita tengok cara-cara nak buat sayur lemak gajus @ jambu golok
Bahan utama:
Tentulah gajus ni..


Di cincang sebegini halus





Kemudian di celur sedikit dan ditos serta di ramas-ramas untuk membuang airnya. Kalau boleh sampai kering sedikit.



Sotong di hiris halus-halus.





Ikan direbus kan ditumbuk





Last sekali campurkan kesemuanya sekali gus dalam satu periuk. Tambah bawang besar yang dihiris , lada besar, santan, garam dan sedikit gula. Masak sehingga mendidih dan kuahnya menjadi pekat dan rasanya lemak-lemak masin.


Beginilah rupanya:
^
^
^
^
^



Sedia untuk dihidangkan. SELAMAT MENCUBA . Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

01 Mei, 2010

1 Mei, 2010

Salam...


Saja nak tayang...



Selamat Hari Buruh diucapkan kepada semua warga Malaysia.



Minggu lepas, ibu dan hubby pergi beli cat bancuh. Tujuan hendak mengecat semula bilik-bilik yang agak buruk dan kotor dah warnanya. Maklumlah ibu agak dah 15 tahun dah usia cat yang sediada tu. Pilih warna melalui katalog warna. Penjual itu hanya memasukkan kod ke dalam system, tak lama kemudian warna yang dipilih akan keluar melalui paip dalam peti (tengok gambar di bawah). Mudahkan.




Maka, hari ini sempena cuti hari buruh bermulalah segala kerja-kerja mengecat. Bermula seawal 7.00 pagi dengan mengangkat segala maknika yang ada dalam bilik tu. Bayangkan dari katil, lemari dll barang perlu di angkut keluar. Lambakan barang di ruang tamu, ruang tengah, dapur... bersepah-sepah.




Alhamdulillah by 3.00 petang siap kesemuanya. Adduuussssss.... kerja mengangkut semua barang-barang perlu dilakukan semula. Kesian kat Adli, nampak sangat dia dah collaps. Sib baik hubby kata tak apalah kita angkat esoklah. Yeah!!!!!





Ni lah gambar bila dah siap. Kira oklah tu...Nak upah orang...tak ada orang nak kerja hari ni, semua orang nak rehat. Kan hari ni HARI BURUH.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
Related Posts with Thumbnails