30 Mac, 2010

Jalan-Jalan Karnival

Salam.....



Petang kelmarin ibu pergi jalan-jalan ke TTC Kuala Terengganu untuk melihat Karnival Pendidikan 2010. Karnival ini agak besar juga kerana ia adalah peringkat zon timur. Kali ini giliran Negeri Terengganu pula menjadi tuan rumah karnival setelah Pahang dan Kelantan menjadi tuan rumah pada tahun lepas.



Bagi pelajar-pelajar yang baru je mendapat keputusan SPM dan STPM 2009 yang lepas bolehlah ke sana untuk mengambil peluang mencari tempat untuk meneruskan pembelajaran. Ada booth IPTA dan IPTS yang lebih kurang mewakili 70 kolej yang ada di Malaysia. Ibu nampak ramai student yang menyerbu booth UniKL yang mana banyak menjanjikan peluang pembelajaran di sana. Pilihlah mana-mana yang dirasakan sesuai dengan minat dan kelulusan yang ada demi masa depan pelajar-pelajar semua. Jangan ada yang sampai tersalah pilih pulak!!!



Ni pintu masuk Galeri B




Model pameran di stage utama




Booth yang menjadi sasaran
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.




25 Mac, 2010

Aisyah - Bakal Sang Murabbi ~ {Part 2}

Salam.....


Cerita bersambung....


Balik ke hotel dapat rehat sekejap dan solat Jamak Qasar Maghrib dan Isyak. Lepas itu turun lagi pusing-pusing bandar Bangi. Banyak jugak kedai-kedai yang tutup perniagaan, mungkin malam minggu agaknya. Ibu cuba mencari Jus Rani yang ramai bloggers dok kata ada kat sini. Kut-kutlah jumpa jus tu boleh hangkut sepeti wak balik ke kemaman. Rindu....masa kat Mekah tu hari-hari ibu minum jus mangga tu wak penyejuk anak tekak.





Pusing punya pusing bukan Kedai Jus Rani yang jumpa tapi Old Town White Coffee yang menjadi mangsa terjahan kedua hari ini. Minggir dulu....minggir dulu....kita pekena kopi panas ya!!!. Walaupun perut masing-masing dah penuh dengan satay kata suami ibu kita makan roti bakar dahlah....tak payah makan heavy2. Jadi orderlah Mocha White Coffee, Oldtown White Coffee dan kaya + butter satu set seorang. Sambil nunggu tu boleh bukak fb tapi tertinggal pulak laptop kat hotel. Jeles lah tu bila nengok orang lain semua duk bukak laptop. Tapi di hotel pun ada menyediakan perkhidmatan wi-fi jugak.




Sabor Menunggu Kopi datang




Sang Murabbi - Buat-buat malu lak


Ni ibu punya Mocha White Coffee



Robi Bakar + Butter - best!!!

Lepas habis minum-minum tu balik semula ke hotel. Adli bukak TV ada perlawanan bola dan satu channel lagi ada konsert AF8. Mula-mula tu tengok TV.....lama-lama TV tengok kita pulak sebab semuanya dah pengsan dan zzzzzzzzzz. Tak sador diri sehinggalah terkezut pada keesokan subuhnya. Dah bersiap-siap diri keluar untuk mencari mangsa terjahan seterusnya. Cari punya cari jatuh cintanlah pulak dengan Restoran Nasi Ulam. Restoran agak besar juga cantik (not bad) dan ada banyak sarapan pilihan. Selain nasi ulam, ada laksam, nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak, lontong, kuih-muih etc. Rasa-rasanya kesemuanya adalah makanan Terengganu dan kelantan . Yes the right choice !!! Masing-masing pekena nasi ulam sepinggan seorang, suami ibu ambik laksam. Boleh tahan sedap... dan dengar-dengar tokey dia "kechek Kelate." Patut lah makanan kegemaran kita je yang ada.


The Nasi Ulam



Adli berurusan di kaunter bayaran




Pemandangan dari dalam kedai



Selesai sarapan misi terjahan diteruskan. Kali ini pilihan misi ke Putrajaya. Bukan untuk makan-makan lagi tapi sesi meround-round aje. Dari Bangi ke Putrajaya hanya ambik masa lima menet je melalui Kampung ABA (Abu Bakar Baginda) - kalau silap tolong betulkan ibu. Sampai di Putrajaya jalan mula macet. Kete melambak dok park di tepi jalan. Oh rupanya ada pertunjukan belon udara panas. Dari jauh dah nampak belon tu di udara. Cantik dan berbagai-bagai warna. Bukan belon je ada , heli pun boleh naik. Berapa bayor tu tak taulah...ataupun mungkin free...tapi sayang ini cuma Cerita Tanpa Gambar kerana begitu "teruja" dan terlupa nak amik gambornya. Ibu tak naikpun sebab cari parking tak dapat lagipun dah sampai masa nak gi hantar Sang Murabbi pulak. Tapi kata suami ibu kesian kat belon tu takut tak dapat naik-naik!!! (almaklumlah ibu kan "slim river"). Balik ke hotel berkemas-kemas dan terus check out ngam-ngam pukul 12.00. Singgah ke kedai dulu beli bekalan Sang Murabbi dan terus drop di asrama Siti Khadijah. Ibu pun terus balik ke Kemaman dan singgah solat dan berehat jap di Stesyen Petronas Karak. Lebih kurang pukul 5.30 petang selamat landing di rumah. Alhamdulillah. Begitulah al kisahnya disemasa menghantar Sang Murabbi.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu


24 Mac, 2010

Aisyah - Bakal Sang Murabbi ~ {Part 1}

Salam....



Pada hari Sabtu lepas iaitu 20hb. Mac, 2010 ibu pergi hantar Aisyah balik ke Bangi untuk sambung persekolahannya. Hari tu kebetulan hujan dan ibu perasan hujan tu bermula dari subuh lagi. Siap-siap berkemas dan pack2 barang yang nak di bawa dalam pukul 8.30 pagi mula bertolak.



Hujan...hujan....hujan......tak berhenti, malah semakin lebat tapi perjalanan perlu di teruskan lagi sehingga ke destinasi. Ada beberapa tempat yang dah berlopak, iaitu fenomena biasa setiap kali bila hari hujan.



Hujan lebat - Alhamdulillah



Sampai di Genting Sempah singgah beli buah berangan. Kali ini sedap sangat buah tu!! sampai suami ibu kata balik nanti kita datang beli lagi lah ...... agaknya buah yang digoreng tu baru masak dan di makan masa panas. Rupanya bila sejuk pun masih sama sodapnya. Uncle si penjual berangan tu kenal suami ibu.....kerana setiap kali ke KL memang singgah membeli. Atau dia buat-buat kenal tak tau lah pulak!!!!










Lepas tol Gombak terus belok kiri melalui Zoo Negara. Walaupun kereta banyak tapi perjalanan smooth aje. Ada di beberapa tempat macet jugak. Sampai Bangi terus cari-cari hotel dan dalam pukul 2.00 petang dapat check in. Tapi selalunya tiap kali ke Bangi hotel sama je duduknya.... dah selesa sangat. Aktiviti petang nya pulak tak sah kalau tak ke Kajang pekena Satay. Satay Haji Samuri yang terkenal seluroh donia tu!!! Wah sekarang dah ada sistem tersendiri. Macam lain-lain kedai francais makanan segera......oder, bayor dan tunggu di meja. Kaunter cashier melambak, dalam lima menet sampailah apa yang di oder.




Bangunan hadapan premis









Basikal yang digunakan Haji Samuri masa mula-mula menjual satay


















Licin segala mangkok setelah di belasah oleh jerung-jerung dari Kemaman







Selesai makan pusing-pusing Kajang sekejap dan terus balik ke Bangi. Esok InsyaAllah cerita bersambung untuk Part 2.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu

23 Mac, 2010

Birthday Abi

Salam....


Bersempena birthday suami ibu pada 18 Mac, 2010 , buatlah sebijik kek yang very easy n simple but sedap di makan. Happy Birtday To My Beloved Husband and Abi.....(from me and anak-anak)




Buat makan-makan sikit, kebetulan budak-budak ada 2-3 orang kat rumah. Esok 19 Mac, nak gi Bangi dah nak hantar ustazah sambung belajor.




Potong...potong...jangan tak potong ya!!!






Jemput makan kawan-kawan....








Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terimak kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

18 Mac, 2010

56 dah!!!

Salam....





Hari ni genaplah 56. Apa tu 56???? Cuba teka???
Ya...betul...hari ini genaplah umur suami ibu 56 tahun. Sekejap je masa berlalu. Walau apa pun terima kasih kepada Allah SWT kerana dapat memanjangkan usia pada tahap ini. Alhamdulillah suami ibu ini seorang yang pengasih dan penyayang bukan pada ibu, dan anak-anak sahaja malah pada semua orang disekeliling dia. Sangat bertanggungjawab dan sesuai dijadikan ketua rumah tangga. Syukur.......


Setiap kali selepas solat dia bukan sahaja berdoa untuk dirinya dan keluarga sahaja malah untuk orang-orang disekelililngnya juga. Sangat mengambil berat pada ibu dan ibu mertuanya. Cuma ada kelemahan dalam bab masak memasak...dia kurang berminat. Tapi bila bab basuh ikan atau ayam tu kerja dialah dari dulu. Bila ibu start masak dia duduk dikerusi sambil bercakap-cakap dengan ibu...itu aje yang dia tahu.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke 56 ni, ibu akan buatkan sebiji kek ... InsyaAllah tapi taklah sehebat gambar di atas. Maybe kek yang very simple aje, yang senang dibuat. Makan-makan sikit bersempena ustazah kita dah nak berangkat nak sambung belajar.. tu!!! Tapi masih kekurangan seorang anak yang tak dapat balik, Alhamdulillah.

Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

17 Mac, 2010

Cuti-Cuti Sekolah Bizi Kursus Lah Pulok

Salam.....



Lama tak berhupdet...rasa dah bersawang dah blog ni. Cuti-cuti sekolah ni ramai yang amik peluang untuk bercuti-cuti Malaysia. Ibu n the family pun akan bercuti-cuti jugak di minggu hadapan, itu pun bersempena nak hantar ustazah kita sambung belajar, tapi rasanya tak semua yang dapat pergi kot. Almaklumlah masing-masing bizi dengan kerja.



Ni kisah cucu-cucu jiran ibu balik kampung. Mereka ni tinggal di Kuala Lumpur. Mummy dan daddy mereka kena berkursuslah pulak. Makanya nenek yang jadi mangsa (kena jaga cucu). Kedua-duanya comel dan cerdik. Pagi-pagi lagi dah nak kuar rumah nak main kat tanah. Apa KL tu tak ada tanah ke????? Sapa nak jawab ni.....Ni gambar seawal 7.00 pagi dah main beskal kat depan rumah....ni kalau mummy dia tengok gambar ni sukelah dia....anak dia selamat di bawah jagaan nenek. Jangan tak tau sekarang ni macam-macam boleh berlaku.


Hari ni pulak, ibu sibuk berkursus. Walaupun kursus dijalankan di office aje tapi melibatkan 3 hari weh!!!!. Mulai 16-18 Mac, 2010 rasa ibu tempoh yang amat panjang. Kadang-kadang boring pun ada sehingga tersengguk-sengguk. Time makan aje yang best. Tengok aje cheese cake tup...tup...abis satu pinggan ibu makan. Sedap beb!!!! Masa banyak lupa nak amik gambor...bila dah tinggal 2 ketol baru le ibu teringat gambornya lum di amik lagi......



Hai macam mana nak habiskan 2 hari lagi ni.....boring...boring.....



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

11 Mac, 2010

Earth Hour 2010

Salam....






Kempen ini akan dijalankan pada 27 Mac, 2010 ini. Ibu rasa orang ramai patut menyahut cabaran kempen ini kerana ia penting bagi menyelamatkan bumi kita dari diancam pemanasan global sejak akhir-akhir ini. Kesedaran orang ramai tentang kempen ini boleh sedikit sebanyak mencegah perubahan iklim yang boleh mengancam kesejahteraan manusia, haiwan di darat dan di laut dan juga tumbuh-tumbuhan.



Sejarah Earth Hour ini telah bermula di Negara Australia pada tahun 2007. Manakala negara kita Malaysia mula mengikuti kempen ini hanyalah mulai tahun 2008.



Sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini, orang ramai di gesa untuk memadamkan semua lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 27 Mac, 2010 ini. Untuk mengetahui dan mendaftar nama sebagai menyokong kempen ini sila klikhttp://earthhour.org/



Ibu juga menyokong kempen ini dan insyaallah pada masa yang ditetapkan nanti semua lampu-lampu di rumah ibu akan dipadamkan sebagaimana kehendak kempen ini. Diharap mana-mana pembaca yang ada blog, facebook, email, twitter atau seumpamanya tu bolehlah berkempen kepada rakan-rakan untuk berbuat demikian juga.



Sayangilah Bumi Kita



Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

10 Mac, 2010

Natrah @ Bertha Hertogh

Salam....







Hari ni ibu terdengar berita pagi di TV3 tentang seseorang yang bernama Natrah yang telah menjadi kontroversi di tahun 1950-an telah dibukukan kisah silammya oleh Datin Fatini Yaakob dengan judul buku seperti gambar di atas.



Setahu ibu, ibu angkat si Natrah ini berasal dari Kampung Banggol, Kemaman. Jadi maknanya Si Natrah ni dulu-dulu pernah tinggal di Kemaman inilah....tapi pada masa tu ibu belum wujud lagi. Ceritanya dititip dari orang dulu-dulu juga kepada anak-anak mereka sehinggalah sekarang. Ibupun tau jugak sedikit-sedikit tentang cerita Si Natrah ni...



Bertha Hertogh atau Natrah nama Islammya telah mencetus kontroversi kerana perebutannya di antara ibu angkatnya Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. Natrah pada masa itu berumur 13 tahun telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan guru bernama Mansor Adabi. Undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin. Manakala dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Aisyah.


Natrah akhirnya diperintahkan dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan keputusan itulah yang mencetuskan kekecohan masyarakat Islam di Singapura. Dilaporkan ada yang terbunuh dan terkorban sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari.






Natrah digendong oleh ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed. Gambar diambil sekitar tahun 1950-an





Natrah bersama ibu angkatnya dan suaminya Mansor Adabi


Kalau nak tahu kisah selanjutnya order dan baca buku ini click http://bukunatrah.blogspot.com/

Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu

09 Mac, 2010

Selamat Hari Wanita

Salam....


8 Mac, 2010 di isytihakan sebagai Hari Wanita Sedunia.


So, ibu ucapkan selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh wanita-wanita yang ada di luar sana termasuk kepada pembaca-pembaca blog usang ini jika ada.


Bersesuaian dengan tema yang di uar-uarkan pada tahun ini iaitu: Equal Rights, Equal Opportunities, Progress For All yang memberi maksud lebih kurang semua kaum wanita ini diberi hak serta peluang yang sama rata samada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun dalam membuat sebarang keputusan dan juga meletakkan kaum wanita ini pada kedudukan yang sebenarnya.


"Selamat Hari Wanita"



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

08 Mac, 2010

Keluarga Bahagia Ku

Salam...


Hari ini cam kurang ada lak kerja-kerja kat opis ni. Biasanya banyak jugak loan-loan yang hendak di proseskan. Sejak ada peraturan baru ni....semua peminjam dikenakan menyediakan penjamin....jadi berkurang pulak orang yang memohon. Payah agaknya nak mintak orang jadi penjamin ni.
Jadi dengan masa yang banyak ni... (tadok keje lah katakan...) ibu sempat juga berpesbuk... walaupun sebenarnya ibu kurang berminat dengannya. Selalunya ibu berchating je dengan sesiapa sahaja yang sedang ber`online'. Tapi Allah tu maha kaya...ya...bila ibu bukak je fesbuk tu ada je mana-mana anak ibu yang sedang online. Jadi mudahlah kerja ibu.
Tapi hari ini ibu nak ceritakan perihal anak-anak ibu yang ada lima kesemuanya.


Yang pertama:
Nama Ahmad Afiq bin Che Azam
Jurusan Electrical Engineering
Sudah bekerja dan menyewa rumah di Dungun

Yang Kedua:
Nama Ahmad Amiruddin bin Che Azam
Jurusan dalam Instrumentation Engineering
Sudah bekerja di Teluk Kalong, Kemaman


Yang Ketiga:
Nama Ahmad Adli bin Che Azam
Jurusan Mechanical Engineering
Sudah bekerja dan menyewa rumah di Paka


Yang Keempat:
Nama Ahmad Aizul bin Che Azam
Masih belajar di UniKL dalam jurusan Automotif Engineering


Yang Kelima:
Nama Nuraisyah Izzati binti Che Azam
(The only girl in my family)
Sedang belajar di IPG Bangi dan bakal menjadi Ustazah



Kat rumah ni sebenarnya tak ada orang pun....kadang-kadang hari minggu anak-anak ini bekerja. Afiq lately ni kerap sangat berkursus di Uniten Bangi....hampir setiap minggu. Bila time balik kursus tu terus ke Dungun...sebab kadang-kadang tu ada kawan dia tumpang kereta dia. Baru-baru ini dia berkursus di Lumut Perak sampai tiga minggu.


Amir dengan Adli pulak...sekarang ni plant banyak shutdown, jadi hari Jumaat dan Sabtu pun kena kerja jugak. Kadang-kadang tu balik sampai jam 9.00 malam, dan terkadang tu sehingga jam 11.00 malam pun ada. Si Amir ni..keje shift, time ibu ada rumah dia pergi keje, time ibu pergi keje dia baru balik keje, time ibu nak tidur pulak dia baru balik keje..jam 11.00 malam lah tu!!!. Adli ni bila hujung minggu dia baliklah ke Kemaman.


Tinggallah ibu terketing-keting kat rumah sorang diri. Ops....terlupa, si ayahnya pulak kalau hari Jumaat dan Sabtu tu selalunya ke kebun. Hobi dia lah tu!!! (main dengan pokok-pokok). Ibu ni kalau tak ada kerja kadang-kadang tu ikut jugak....tapi rasa dah lama dah tak ke kebun durian ni!!!. Kebun pun tak besar mana...pokok durian ada 5 batang...pokok duku ada 6 pohon..pokok rambutan...pokok manggis...adalah dua tiga jenis lagi (lupa..maklumkah dah lama tak pergi)


Ini dia gambar family ni....




Gambar Atas:

From L ke R

Yang minum air tu Ahmad Afiq
Yang berdiri di verandah tu Amir
Yang duduk tepi tasik tu Adli

Gambar Tengah : Family masa gi Cameron Highland

Gambar Bawah:

Si pegang bunga tu Aisyah
All the family termasuk ibu mertua ku
Berdiri tu Aizul


Semoga keluarga ini sentiasa dalam kebahagian dan keberkatan dan mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ya Allah Ya Tuhanku berkatilah keluarga ini untuk selama-lamanya, berilah sinar kedamaian sehingga ke akhirnya. Jadilah anak-anak ini anak yang soleh dan mendengar kata ayah dan ibu dan selalu menurut perintah Mu Ya Allah. Amin...amin...ya rabbal..alamin....



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

05 Mac, 2010

Majlis Maulidur Rasul

Salam...



Hari ini, ibu menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang dibuat di rumah BIL di Mak Chili. Tetamu yang hadir kesemuanya perempuan. Majlis di mulakan dengan Tazkirah oleh Ustazah. Kemudian bacaan Yassin secara beramai-ramai. Yassin yang di baca adalah Yassin Tujuh Mubbin. Selepas bacaan Yassin, doa di baca oleh Ustazah dengan nada yang syahdu sekali. Ramai di kalangan tetamu begitu terharu sehinggakan menitis air mata, termasuklah ibu hi..hi..hi... Selepas itu Marhaban mula kedengaran di ikuti dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW secara beramai-ramai.


Tetamu di jamu dengan pelbagai juadah. Di ataranya nasi minyak, laksa terengganu, rojak betik, mee hoon goreng dan kuih muih. Sedap sekali dan kenyang bangat seh!!!


Jom kita layanzzz gambar-gambar ini....




















Majlis berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Selepas itu upacara tapau menapau dimulakan.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

03 Mac, 2010

Ummi Amirah Dan Tamtih

Salam....


Budak comel ni nama Ummi Amirah. Dia suka pada kucing. Di rumah dia ada seekor kucing yang comel dan cute macam dia jugak. Nama kucing tu Tamtih, bersempena dengan rupanya macam ada dua kaler iaitu hitam dan putih. Cuba perhatikan wajah Tamtih tu betul-betul....


Si Ummi sedang bermain dan bermanja dengan Tamtih. Sampai masa nak tidur, si Ummi akan mengulit dan membelai Tamtih sehinggalah dia tertidur. Bila balik dari sekolah Tamtih akan di mandi dan di syampoo sampai bersih dan wangi baunya. Tamtih tu dianggapkan macam adik dia, al maklumlah si Ummi anak bongsu...tapi itulah kojenya setiap hari. Lihat pulak gambar di bawah. Tamtih dah mengantuk dan nak bum..bum.. dah. Si Ummi tutup lampu dan bukak lampu tidur....dan ulit lah si Tamtih sampai lentuk!!!!



Lepas Tamtih tidur tu....mulalah si Ummi ni menyakat abang kembarnya pulak. Kembarnya nama Abdullah Amin . Aish!!!! jangan bising-bising, nanti Tamtih terkejut...cakap pelan-pelan ya!!!


Itulah kisah si Ummi budak tahun enam dan Tamtihnya. Mereka berdua ni anak saudara ibu yang tinggal di Kontan.

Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

02 Mac, 2010

LTDL

Salam.....


Hari ini ibu dapat tengok LTDL berlepas ke Chukai (bandar ku) dari Kuala Terengganu. Sejak dari petang semalam lagi persiapan dibuat. Rasa-rasanya sepanjang malam tadi pun pekerja2 event tak tidur berhempas pulas untuk memastikan segala perancangan berjalan lancar.


Baru sak ni, peserta2 di lepaskan oleh YAB Dato' Haji Ahmad bin Said iaitu Menteri Besar Terengganu.


Ibu sempat amik gambar, tapi gambar-gambar ini kurang `mulek' kerana menggunakan camera handphone dan di amik dari jarak jauh.



Pelumba2 Malaysia sedang menandatangai Buku Kedatangan





Pelumba2 dari Indonesia


Pelumba yang dapat Jersi Hijau semalam, dari Negeri Terengganu Anuar Manan sedang di interview


Pelumba2 bersiap sedia nak memulakan kayuhan





Bendera di naikkan oleh Dato' Haji Ahmad Said tanda kayuhan bermula




Kayuhan pun bermula.....

Sekian dulu, nanti jumpa lagi....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.





Related Posts with Thumbnails