22 Disember, 2010

Eksplorasi Jelajah Tasik kenyir 2010 - Part 1

Salam.....



Kali ni ibu cuma nak tunjukkan gambar-gambar kecantikan alam semulajadi di Tasik Kenyir. Gambar-gambar ini diambil semasa office ibu menganjurkan Eksplorasi Jelajah Tasik Kenyir 2010 pada minggu lepas. Tasik Kenyir ni terletak di Hulu Terengganu iaitu di Kuala Berang. Agak-agak ibu ramai dah yang tahu tentang Tasik kenyir ni. Kos? Cuma  RM500.00 per head. Murah dan berbaloi sangat untuk dibandingkan dengan pengalaman yang diperolehi.  


Jangan buang masa kita.......jomlah kita tengok gambar-gambar ni. hihihi



Peserta bersiap sedia nak naik boat






 



 



 


 







 



 
Tiba-tiba kepuk terbang  lalu




Ayuh kita naik ni...


 
Ohh...rupa-rupanya kepuk terbang tu bawak anak ibu untuk memantau menara kawalan dari udara. Kerja baik-baik nak. Jangan serius sangat, senyum sikit ya nak. 






Macam tulah anak ibu, banyakkan senyum sambil bekerja, nanti rezeki datang mencurah-curah. Hati ibu jugak yang senang


oppsssss!   akan muncul part 2 nanti....tunggu ya.. 

20 Disember, 2010

Teka Teki Sudah Terjawab...

Assalamualaikum....


Ingat tak lagi dulu, pernah ibu membuat teka teki berkenaan bunga ini?





Kini telah ada pemenangnya saudari hikari dan hadiah telahpun dihantar pada minggu lepas. Harap tuan punya telahpun menerima hadiah yang tak seberapa itu tetapi ikhlas daripada si pengirimnya.  Pada awalnya ibu telah menetapkan bentuk hadiah yang akan diberikan, tetapi apabila pemenangnya adalah  `student'  maka hadiah bertukar kepada yang lebih sesuai dengan watak seorang student. Ok ke? :)




Direndam dalam sepuluh minit, kemudian ramas-ramaskan  supaya mengeluarkan air berwarna biru. Lepas itu ditapis dan disukat mengikut sukatan beras yang akan di tanak.  Basuhkan beras dan tanak seperti biasa menggunakan rice cooker. hehehe.  Bila nasi masak maka jadi macam gini ye....



Tu kira sudah masak 'molek' doh dan dalam masa yang sama perlu disediakan lain-lain bahan atau pasangan untuk   hidangan   ni. Antaranya   ialah  sambal  kelapa,  ulam-ulaman (sebarang jenis), taugeh, sambal budu, sambal lada, daging bakar atau ayam bakar dan tumis belacan.  Walaubagaimanapun ada lagi bahan yang dikira sebagai aksesori iaitu solok lada, kerepok keping, ikan goreng, telur masin dll  bahan  yang  dirasakan perlu.


Tapi ibu buat yang wajib sahaja  sebab malas tidak cukup masa hehehe



Sedia untuk dihidangkan......




Kalau tak mahu yang itu ambik yang ni....



Jemput makan kawan-kawan.


12 Disember, 2010

Galakan Berpuasa Pada Hari Ke 9, 10 & 11 Muharram

Salam...


Alhamdulillah... hari ini ibu dapat membuat n3 khas berkenaan kelebihan bulan Muharram. Ihb Muharram 1532H lepas,  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengeluarkan brosur untuk di agihkan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman dan jajahan takluknya.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Pada hari ke 9, 10 & 11 Muharram merupakan hari yang sangat dimuliakan oleh Islam dan sangat penting dalam lipatan sejarah Islam. Oleh itu pada hari-hari tersebut, umat Islam disunatkan berpuasa dan diberi ganjaran pahala serta mendapat kelebihan yang banyak dari Allah S.W.T


Hadis yang menerangkan tentang keistimewaan berpuasa pada hari-hari tersebut, diantaranya ialah bermaksud:

"Seafdal-afdalnya puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram dan seafdal-afdalnya solat selepas solat fardhu ialah solat malam. - Riwayat Muslim


Dari Abi Qatah r.a  bahawasanya Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke 10 Muharram) maka sabda Baginda  S.A.W yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu" - Riwayat Muslim


Puasa sunat pada hari ke 10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya (hari ke 9) dan hari selepasnya (hari ke 11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu hari ke 9, 10 dan 11 Muharram.


Abu-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari ibnu Abbas r.a berkata: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:


"Barangsiapa yang berpuasa pada hari `Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T  akan memberi kepadanya 10,000 malaikat, 10,000 pahala orang yang berhaji dan berumrah dan 10,000 pahala orang mati syahid dan barangsiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari `Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka"


Perkara Sunat Dilakukan Pada hari Asyura (10 Muharram)

1.  Meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga dan sanak saudara

2. Berazam melakukan perubahan ke arah kebaikan yang mana amalan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya

3. Banyak bersabar dan menahan marah apabila menghadapi kesulitan dan kepayahan

4. Memperbanyakkan amalan sunat seperti membaca al-Quran, zikir, tasbih dan istighfar

5. Bersedekah dan melakukan kebaikan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim

6.  Digalakkan mandi sunat, lafaz niat:  "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

7. Disunatkan berpuasa. Niat puasa:  "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat 'Asyura kerana Allah Taala"

8. Memelihara kehormatan diri. Allah S.W.T akan mengurniakan hidupnya sentiasa di terangi cahaya keimanan

9. Membaca doa awal tahun




Kemuliaan 10 Muharram
  • Allah S.W.T mencipta dunia
  • Taubat Nabi Adam diterima oleh Allah S.W.T
  • Nabi Ibrahim terselamat daripada api yang dibakar oleh Raja Namrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Ibris diangkat ke tempat tinggi (langit)
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Nabi Nuh berlabuh dengan bahteranya di Bukit Judi
  • Nabi Sulaiman diberi kerajaan besar
  • Nabi Yaakub sembuh dari panyakit mata
  • Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan nun
  • Dosa Nabi Daud diampun oleh Allah
  • Nabi Ayub kembali sihat setelah menerima musibah


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 9, 10 & 11 MUHARRAM bersamaan dengan 15, 16 & 17 DISEMBER 2010





06 Disember, 2010

Salam Maal Hijrah

Salam,


Esok bermulalah kalendar baru Islam 1432H. Selamat menyambut Maal Hijrah buat semua kawan-kawan.


Maafkan ibu kerana  lama ambik cuti  rehat. Al maklumlah cuti-cuti  sekolah ni hari-hari berebut berok beng  dan ofkoslah  kemenangan milik budak-budak. Sebagai ibu mestilah kena sentiasa mengalah dan berkoban demi anak-anak. Hari ni cuaca baik, alhamdulillah dapat berpuasa sunat isnin dan insyaAllah sambung esok 1 Muharram 1432H.


Sempena 1 Muharram ni satu pesanan buat semua.




Ok dah time bermain dengan periuk belanga pulak ni.  Jumpa lagi.....Daaaa.



  p/s:  Credit to Mr Gugel - pinjam pic

28 November, 2010

Alhamdulillah....

Salam....



Baru sat ni balik dari  ziarah kakak kesayangan di Hospital USM Kubang Kerian. Alhamdulillah operation yang dijalankan berjaya. Berkat doa kawan-kawan dan sanak saudara serta seisi keluarga kesihatan kakak kesayangan semakin baik. Hari ni tuan doktor akan membuka balut jahitan dan mulai esok akan bermula latihan  berjalan kaki menggunakan trek. InsyaAllah dalam beberapa hari lagi bolehlah keluar hospital dan balik kerumah di Dungun. 


Sepanjang berada di hospital, baru hari ini nampak riak ceria di wajah kakak kesayangan ni. Mungkin selama ini dia takut dengan operation yang bakal  dijalankan ke atasnya. Manakan tidak kita yang tak ada apa-apa ni pun gerun dan kecut perut tiap kali mendengar perkataan operation. Doktor ada memaklumkan yang tulang palsu yang digantikan tu ada terpendek sedikit ( kurang 1 cm). Tak apalah tuan doktor, janji selamat dan sihat walafiat. Itu yang lebih penting dari segala-galanya. Terima kasih  diucapkan pada TEAM OORU yang diketuai oleh Prof Dr Wan Faisham dan anak buahnya yang bertungkus lumus menjayakan operation ini.  Dan selepas ini akan diadakan satu lagi operation berkenaan tulang belakang...insyaAllah. Tetapi belum ditetapkan lagi bila. Harap-harap berjaya jugak ya. Mohon Allah permudahkan segalanya.   

24 November, 2010

Cerita Lama Cerita Baru

Salam....

Ni... saja nak tunjuk gambar-gambar lama disekitar Sultan Cup yang lepas. Di sebabkan tiada masa nak update blog, sibuk memanjang...hari ni baru ada kelapangan sedikit. Kalau makanan dah basi agaknya.... hehehe. Jangan buang masa  jomlah kita tengok sebahagian daripada koleksi yang ada....



Sultan kesayangan - amik dari jauh (sapalah kita - bukannya juruforo propesenel)


Nurul Fatihah, anak buah - rider 180km



Ni club kepunyan adik ipar - Fatihah di bawah club ni. Stable di Cherating 



Kenderaan rasmi  digunakan semasa kejohanan berlangsung - mewah tu!

Lagi kenderaan rasmi


++++++++++++++++++++++


 
Selepas sembahyang  Raya Aidil Adha, semua berkumpul di surau Taman Ixora  untuk menyaksikan upacara korban. Hari ni saja sembilan ekor lembu telah dikorbankan. Di bawah ni ada gambar lembu yang dikorbankan. Kita disunatkan melihat darah yang mengalir tu sambil membaca doanya.   




Tahap kesihatan kakak kesayangan ibu stabil tapi masih berada di Hospital USM Kubang Kerian. Kira-kira dah dekat satu bulan dah dia di sana. Selalu kalau ibu pergi, ibu akan bawak sekali anaknya yang kecil tu. Bukan apa kalau si ibu melihat anaknya, reda lah sikit kesakitan yang ditanggung.  



Berehat di Condo Plaza Intan, Kota Bharu. Tu semua sedang  menonton TV1 - Lambaian Baitillah kalau tak silap. Kesian budak-budak ni - frust bangat tu sebab pool sedang di cuci, maka tak dapatlah nak berendam-rendam. Tak apalah nak  nanti ibu bawak ke Bukit Mentok erk...


Hujung minggu ni pergi lagi ke USM, insyaAllah macam tulah rutin ibu selagi kakak kesayangan berada di situ. Semoga Allah memberi kelapangan kepada ibu dan adik beradik yang lain. Alhamdulillah dan terima kasih pada hubby yang sanggup drive dan tolong ibu. Jauh tu perjalanan, kira-kira 3.5 jam atau 4 jam perjalanan. Sekali pergi selalunya ibu bermalam dua tiga hari, dapat ziarah tiga empat kali. Kan berbaloi tu!  





16 November, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam...


Untuk semua kawan-kawan ibu ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDL ADHA. Terasa lama  jugak ibu bercuti dari dunia blog ni. Maaf kan ibu. Dalam pada itu sebenarnya  ibu tetap ziarah ke rumah kawan-kawan, cuma kadang-kadang tu sebagai tetamu dari kejauhan je!hehehe....


Semenjak dua menjak ni ibu asyik berulang alik ke Hospital USM Kubang Kerian, kakak kesayangan ibu disahkan mengidap kanser tulang. Hampir dua minggu dah dia di sana kerana menjalankan kimoteraphy dan radioteraphy. So, ibu dan adik beradik yang lain pun berkampung di sana. Nasib baik ibu punya rumah rehat walaupun tak seberapa tapi agak selesa juga. Dapatlah kita semua bermalam dan berehat di kondo Plaza Intan. 


Semoga Allah mengembalikan kesihatan kepada kakak kesayangan ibu dan kita semua.  Hari Ahad ni, doktor akan menjalankan prosedur menukar tulang yang rosak dibuang dan diganti dengan tulang besi. Harap-harap Allah menyelamatkan kakak kesayangan ibu ni. Sama-sama kita berdoa semoga kakak kesayangan ibu ni sihat seperti sedia kala. Amin.


Hari Raya ke dua nanti, ibu ke USM Kubang Kerian lagi untuk ziarah dan melihat perkembangan kesihatannya. Raya pertama hubby sibuk dengan ibadah korban qoriah  surau Taman Ixora, 9 ekor kesemuanya dan ibu dan anak-anak 4 bahagian.je...Alhamdulillah


06 November, 2010

Sayur Lemak Kulit Rambai

Salam....

Hari ni ibu nak tunjukkan sayur lemak kulit rambai   yang ibu masak semalam.



Nak masak senang bangat! cuma bahan utamanya pasti lah kulit rambai.Basuh bersih-bersih kulit rambai tu kemudian rebus sampai mendidih. Tujuannya untuk membuang rasa masam kulit itew.  Lepas tu ramas-ramas lagi kulit tu sehingga rasa masamnya berkurang.  Andai kata rasa masamnya masih ada boleh rendam lagi dengan air garam  sekejap.



Bahan:

Kulit rambai 2 mangkuk kecil
Ikan selayang - rebus kemudian blend isinya
1 labu bawang besar di potong memanjang
Santan kelapa 1 mangkuk
10 keping  cendawan tiram kelabu - disiat-siat
Lada besar 2 biji

Cara:

Campurkan kesemuanya dalam satu periuk, masak hingga mendidih. Rasakan garamnya dan dimakan dengan nasi putih bersama-sama ikan goreng dan telur asin rebus. yummy....yummy.....




penyejuk tekak






buah pencuci mulut


Alat ni kuat  makan bateri!


Petang ni nak  ke Lembah Bidong ada hal sikit. Amik kesempatan ke Pasar Payang dan jenjalan sekitar bandar KT, kalau sempat. Harap-harap sempatlah tu sebab lama dah tak ke KT windu jugak.   

04 November, 2010

Roti Asam Pedas Ayam

Salam....


Sibuk a.k.a  bizi melanda lagi. Minggu ni mula sibuk kembali dengan kerja-kerja  di opis. Kiri kanan kerja masuk, sampai tak tercapai dek tangan ni. Kalau ada robot yang dapat membantu  kan ke  best. Mintak maaf le kalau ibu tak sempat ketuk pintu rumah kawan-kawan. Memang...memang ibu rindu sangat nak pergi ke rumah kawan-kawan tapi apakan daya.  Maaf kan ibu ye!  Minggu depan lagilah sibuknya sebab ada lawatan   pihak Juruodit ke opis ni. 


Di sebabkan sibuk di tempat kerja balik rumah dengan kepenatan terasa malas  nak main masak-masak. Cakap kat hubby kita makan simple-simple ajelah hihihi....hubby tau ibu penat. Kata hubby tak apa, makan roti pun boleh dan alhamdulillah  dia sanggup tolong pergi kedai untuk belikan roti. Sambil tu ibu  panaskan  asam pedas ayam baki  lauk semalam.  Maka terciptalah ......


^




^




^




^




^



Roti arab


 Asam pedas ayam




Ribuan terima kasih di ucapkan kepada RY Berkat kerana telah menyumbangkan `depavali gift' ni setiap seorang satu. Happy Depavali kepada penganut hindu.

27 Oktober, 2010

Doa Kita....

Salam...



Perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat  suci lagi halal. Setiap pasangan yang berkahwin sentiasa mengharapkan dan berdoa agar ikatan suci itu terus terjalin hingga ke hujung nyawa. Tiada siapa pun yang meminta untuk  dihempas badai dikala sedang melayarkan bahtera.  Namun begitu kita  hendaknya sentiasa berdoa kepada Allah agar hubungan suci ini terus terjalin. Alangkah bahagianya hidup ini jika punya suami atau isteri dan anak-anak yang soleh. Alangkah nikmatnya punya keluarga bahagia lagi diredhoi Allah. Harapan... dan.... harapan.... , maka sama-samalah kita panjatkan doa agar keluarga kita semua dilindungi Allah SWT. Nikmat dan rahmat  itu sentiasa milik kita semua. Jangan pulak kita mudah alpa akan kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini. Syukur..syukur...dan syukur




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I'II be with you
I'II stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'II be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'II thank Allah for open my eyes
Now and forever I....I'II be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're toghether in eternally
Now  I  find  myself  so strong
Everything changed when you came along

And theres a couple of words I want to  say

I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I singing  loud that I'II l love you enternally

I know it deep in my heart......




Hencemm sungguh orang ni ya!



Ada orang kata:

ISTERI YANG SOLEHAH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI DIHATINYA SENTIASA TERSIRAT IMAN & TAQWA


24 Oktober, 2010

Gambar Kahwin

Salam.......



Hari minggu yang lepas menjadikan hari minggu ibu yang sibuk bangat. Apa tidaknya, ada kawen-kawen.....Sepupu ibu yang duk di Dungun, kawen dengan pasangannya orang Dungun jugak.  Hari Khamis tu majlis akad nikah di Masjid Sungai Udang Dungun, ibu tidak dapat pergi kerana menunggu di rumah pengantin perempuan menyediakan hidangan untuk tetamu.  



Esok hari langsungnya pulak  hidangan tetamu  di sediakan secara gotong royong anak beranak. Lama benar ibu tak merasai episod gotong royong ni. Dolu-dolu memang ada dan inilah caranya. Beras, telur, kelapa dan lain-lain barang keperluan adalah sumbangan jiran dan sanak saudara. Sebenarnya kita semua yang membuat keputusan untuk berbuat demikian walaupun sekarang ni kidmat  catering melambak. Idea sebenar dari kakak ibu dan kemudian kita semua berpakat-pakat. Alhamdulillah semua bersetuju.



Jom kita tengok beberapa gambar yang ibu sempat upload.... banyak sebenarnya hampir 1 gig memory, tapi kalau nak siar kesemuanya kena mintak izin tuan punya diri. Kan tak pasal-pasal terima surat saman, hehehe. Selain cameraman tak bertauliah ni, ada jugak yang hired dan sepupu ibu from Singapore pun bawak kamera yang canggih manggih....tak pernah ibu tengok sebelum ni.   Ceh...gerek seh... (lupa lak  nak amik gambar kamera dia... ) Jangan buang masa jom kita tengok siapa yang kena.... hehehe




Selamat Pengantin Baru Normah Mohd Nor



Pelamin



Meja Makan Pengantin


Hadiah Hantaran



 Ayam Percik



Udang

 Siakap Tiga Rasa




Puding Sagu



Ada sesiapa yang tau atau ada kemahiran membuat ni????. Susah wooo....Ibu  kagum  dan terpegun tengok chef ni boleh melakukan dengan sekejap aje. Tinggi sungguh skill chef ni, husband and wife yang juga lecturer di UiTM Dungun.  Ibu buat-buat sibuk amik gambar ni  tapi terlupa pulak nak amik gambar chef. Asyik terlupa aje ibu ni, huhuhu.  Jom kita tengok hasil kerja chef yang cantik ni sebelum di angkat ke meja pengantin.   





Ada brani Cuba???



21 Oktober, 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Salam..





Semalam 20hb Oktober, 2010 merupakan hari ulangtahun kelahiran kepada  Nurul Wahida binti Suhaini. Wawa sekarang   bertugas di HKL,  dan berasal dari Teluk Intan Perak telah berkahwin dengan anak saudara ibu. Semoga Wawa sentiasa dipanjangkan umur, dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat.


Doa ibu juga semoga Allah memberikan zuriat secepat mungkin kepada pasangan bahagia ini. Sudah tiga tahun mendirikan rumahtangga dengan Mohd Fawwaz tapi belum di kurniakan zuriat. 


14 Oktober, 2010

Lega....

Salam...


Alhamdulillah
Legaaaa......
Terlepas segala beban
yang dipikul
Beban besar
Sebesar gunung
Hehehe

Alhamdulillah....
Syukur......
Allah permudahkan
segala urusan ibu
Amin...Amin

(kita citer kemudian)
------------------------


Masuk je bulan Zulkaedah, bermakna musim haji telah bermula. Sebenarnya menurut kalendar hijrah musim haji bermula dari  1 Syawal lagi, tetapi kerajaan Malaysia menetapkan jemaah Malaysia hanya boleh menduduki  a.k.a  visa hanya boleh diluluskan bagi tempoh 42 hingga 60 hari sahaja maka sebab itulah jemaah mula berangkat mulai bulan Zulkaedah. Walaupun bagaimanapun ada juga  jemaah yang pergi dengan kebenaran 3 bulan, tapi tak lah ramai mana. Bukan senang bagi kita untuk dijemput menjadi tetamu agung Allah SWT.  Maka bagi yang terpilih tu kenalah bersiap sepenuhnya dari segi fizikal dan mental. Kedua-duanya kena kuat untuk kita sentiasa bersedia mengharungi segala dugaan ujian dan kepayahan yang terpaksa di tanggung sepanjang berada di sana.


Teringat kisah ibu tahun lalu,  seingat ibu tiada sangatlah ujian yang besar-besar di hadiahkan kepada ibu dan hubby. Yang kecil-kecil tu biasalah. Alhamdulillah segalanya selamat, ibu dapat menjalani ibadah  haji dengan baik.  Cuma ibu rasa sedih sikitlah dimana ibu tidak dapat mencukupkan  solat di Masjid Nabawi a.k.a Masjid Nabi 40 waktu.. Walaupun ianya sunat sahaja tetapi kalau boleh kita cukupkan tanpa ada uzur. Bak  kata seorang ustaz, haji mabrur bermula dari solat di Masjid Nabawi 40 waktu. Di sebabkan kita ni perempuan, maka adalah time-time cuti yang tidak membolehkan kita bersolat dan berpuasa. Itukan fitrah kepada seorang wanita.Kita kena redho atas apa yang berlaku. Sesungguhnya percaturan Allah itu adalah terlebih baiknya.


Berbalik kisah haji ini, ramai dikalangan kawan-kawan blogger kita yang dijemput untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.  Sekalung tahniah ibu ucapkan kepada mereka. Ibu doakan semoga mereka-mereka yang dijemput itu di anugerahkan kesihatan yang terbaik untuk memudahkan menjalani ibadah.





Keluarga bahagia- 3 generasi (nenek, ibu dan anak).Alhamdulillah


Di permudahkan segala urusan dalam perjalanan pergi dan balik dan segala urusan di sana nanti termasuklah di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Ibu doakan juga agar kesemuanya selamat pergi dan selamat kembali dan seterusnya mendapat haji mabrur.



10 Oktober, 2010

10.10.10

Salam....



Tarikh yang cantik
Secantik harinya
Bersamaan 2 Zulkaedah 1431H
Cuaca jugak cantik
Alhamdulillah
Ambil kesempatan menggunakan
tarikh ini untuk melangsungkan hari bahagia
Mencipta sejarah untuk di abadikan
Sampai bila-bila

++++++++++

Ibu nak share Petua dari Imam Syafie yang di amik dari rumah kawan-kawan





Empat perkara menguatkan badan

  1. makan daging
  2. mamakai haruman
  3. kerap mandi
  4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
  1. banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. selalu cemas
  3. banyak minum air ketika makan
  4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

  1. duduk mengadap kiblat
  2. bercelak sebelum tidur
  3. memandang yang hijau
  4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

  1. mamandang najis
  2. melihat orang dibunuh
  3. melihat kemaluan
  4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
  1. tidak banyak berbual kosong
  2. rajin bersugi (gosok gigi)
  3. bercakap dengan orang soleh
  4. bergaul dengan para ulama


Empat cara tidur


  1.  TIDUR PARA NABI - tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
  2. TIDUR PARA ULAMA & AHLI IBADAH - miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam
  3. TIDUR PARA RAJA HALOBAM - miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
  4. TIDUR SYAITAN -menelengkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka
Related Posts with Thumbnails