Baru sat ni balik dari ziarah kakak kesayangan di Hospital USM Kubang Kerian. Alhamdulillah operation yang dijalankan berjaya. Berkat doa kawan-kawan dan sanak saudara serta seisi keluarga kesihatan kakak kesayangan semakin baik. Hari ni tuan doktor akan membuka balut jahitan dan mulai esok akan bermula latihan berjalan kaki menggunakan trek. InsyaAllah dalam beberapa hari lagi bolehlah keluar hospital dan balik kerumah di Dungun.
Sepanjang berada di hospital, baru hari ini nampak riak ceria di wajah kakak kesayangan ni. Mungkin selama ini dia takut dengan operation yang bakal dijalankan ke atasnya. Manakan tidak kita yang tak ada apa-apa ni pun gerun dan kecut perut tiap kali mendengar perkataan operation. Doktor ada memaklumkan yang tulang palsu yang digantikan tu ada terpendek sedikit ( kurang 1 cm). Tak apalah tuan doktor, janji selamat dan sihat walafiat. Itu yang lebih penting dari segala-galanya. Terima kasih diucapkan pada TEAM OORU yang diketuai oleh Prof Dr Wan Faisham dan anak buahnya yang bertungkus lumus menjayakan operation ini. Dan selepas ini akan diadakan satu lagi operation berkenaan tulang belakang...insyaAllah. Tetapi belum ditetapkan lagi bila. Harap-harap berjaya jugak ya. Mohon Allah permudahkan segalanya.
salam Ibu sayang
BalasPadamalhamdulillah pembedahan itu berjaya
memang ngeri sebenarnya bila dgr operation
nak2 bila melibatkan amsalah tulang ni
saya sendiri pun ngeri membaca entry ni
wpun pernah buat operate.
alhamdulillah.. moga cepat sembuh sebaiknya.. ameen..
BalasPadamalhamdulillah..ceria dah kaka ibu..semoga terus ceria dan sembuh sepenuhnya..
BalasPadamsalam ibu
BalasPadamalhamdulillah
Alhamdulillah,semoga kakak ibu sayang cepat pulih.
BalasPadamSalam Ummu,
BalasPadamKita yg mendengar pun ngeri apalagi org yg menanggung...hanya Allah saje yang tahu
Salam Ungu violet,
BalasPadamAlhamdulillah.
Salam Kak Erna,
BalasPadamAmin.
Waalaikum mussalam Pak Itam,
BalasPadamAmin.
Salam Kak Zai,
BalasPadamItulah yg diharapkan.