16 November, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam...


Untuk semua kawan-kawan ibu ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDL ADHA. Terasa lama  jugak ibu bercuti dari dunia blog ni. Maaf kan ibu. Dalam pada itu sebenarnya  ibu tetap ziarah ke rumah kawan-kawan, cuma kadang-kadang tu sebagai tetamu dari kejauhan je!hehehe....


Semenjak dua menjak ni ibu asyik berulang alik ke Hospital USM Kubang Kerian, kakak kesayangan ibu disahkan mengidap kanser tulang. Hampir dua minggu dah dia di sana kerana menjalankan kimoteraphy dan radioteraphy. So, ibu dan adik beradik yang lain pun berkampung di sana. Nasib baik ibu punya rumah rehat walaupun tak seberapa tapi agak selesa juga. Dapatlah kita semua bermalam dan berehat di kondo Plaza Intan. 


Semoga Allah mengembalikan kesihatan kepada kakak kesayangan ibu dan kita semua.  Hari Ahad ni, doktor akan menjalankan prosedur menukar tulang yang rosak dibuang dan diganti dengan tulang besi. Harap-harap Allah menyelamatkan kakak kesayangan ibu ni. Sama-sama kita berdoa semoga kakak kesayangan ibu ni sihat seperti sedia kala. Amin.


Hari Raya ke dua nanti, ibu ke USM Kubang Kerian lagi untuk ziarah dan melihat perkembangan kesihatannya. Raya pertama hubby sibuk dengan ibadah korban qoriah  surau Taman Ixora, 9 ekor kesemuanya dan ibu dan anak-anak 4 bahagian.je...Alhamdulillah


9 ulasan:

  1. selamat hari raya ibu...
    moga kakak ibu sihat kembali...

    BalasPadam
  2. ibusayang..semoga kakak ibu diberkati dan didalam perlindungan allah..semoga juga pembedahan nya berjaya dan kakak ibu akan sihat serti sediakala.
    ibudan adik beradik banyak banyak la berdoa memohon dari yang maha esa..
    insyaallah..hanya allah yang maha mengetahui..

    BalasPadam
  3. salam ibusayang,

    semoga kakak ibusayang akan sihat kembali...

    BalasPadam
  4. Ibu selamat hari raya aidiladha ye.. semoga kakak tersayang sembuh dan diberikan kesihatan yang baik seterusnya

    BalasPadam
  5. Salam Fa10, Kak Erna, Kak Nab Dan iina

    Terima kasih banyak-banyak atas doa yang dikirim. Hanya Allah yang akan membalas budi baik kesemuanya.

    Esok perjalanan ibu ke Hospital USM Kubang Kerian, semoga perjalanan ini diberkati dan dirahmati Allah.

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya Aidiladha buat ibu sayang sekeluarga.
    Semoga kakak kesayangan cepat sembuh dari penyakit yang dihidapi.

    BalasPadam
  7. Salam kak Zai,

    Terima kasih atas doa.

    BalasPadam
  8. salam aidiladha juga dr mar utk akak sekeluarga.. :)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails