12 Disember, 2010

Galakan Berpuasa Pada Hari Ke 9, 10 & 11 Muharram

Salam...


Alhamdulillah... hari ini ibu dapat membuat n3 khas berkenaan kelebihan bulan Muharram. Ihb Muharram 1532H lepas,  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengeluarkan brosur untuk di agihkan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman dan jajahan takluknya.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Pada hari ke 9, 10 & 11 Muharram merupakan hari yang sangat dimuliakan oleh Islam dan sangat penting dalam lipatan sejarah Islam. Oleh itu pada hari-hari tersebut, umat Islam disunatkan berpuasa dan diberi ganjaran pahala serta mendapat kelebihan yang banyak dari Allah S.W.T


Hadis yang menerangkan tentang keistimewaan berpuasa pada hari-hari tersebut, diantaranya ialah bermaksud:

"Seafdal-afdalnya puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram dan seafdal-afdalnya solat selepas solat fardhu ialah solat malam. - Riwayat Muslim


Dari Abi Qatah r.a  bahawasanya Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke 10 Muharram) maka sabda Baginda  S.A.W yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu" - Riwayat Muslim


Puasa sunat pada hari ke 10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya (hari ke 9) dan hari selepasnya (hari ke 11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu hari ke 9, 10 dan 11 Muharram.


Abu-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari ibnu Abbas r.a berkata: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:


"Barangsiapa yang berpuasa pada hari `Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T  akan memberi kepadanya 10,000 malaikat, 10,000 pahala orang yang berhaji dan berumrah dan 10,000 pahala orang mati syahid dan barangsiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari `Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka"


Perkara Sunat Dilakukan Pada hari Asyura (10 Muharram)

1.  Meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga dan sanak saudara

2. Berazam melakukan perubahan ke arah kebaikan yang mana amalan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya

3. Banyak bersabar dan menahan marah apabila menghadapi kesulitan dan kepayahan

4. Memperbanyakkan amalan sunat seperti membaca al-Quran, zikir, tasbih dan istighfar

5. Bersedekah dan melakukan kebaikan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim

6.  Digalakkan mandi sunat, lafaz niat:  "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

7. Disunatkan berpuasa. Niat puasa:  "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat 'Asyura kerana Allah Taala"

8. Memelihara kehormatan diri. Allah S.W.T akan mengurniakan hidupnya sentiasa di terangi cahaya keimanan

9. Membaca doa awal tahun




Kemuliaan 10 Muharram
  • Allah S.W.T mencipta dunia
  • Taubat Nabi Adam diterima oleh Allah S.W.T
  • Nabi Ibrahim terselamat daripada api yang dibakar oleh Raja Namrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Ibris diangkat ke tempat tinggi (langit)
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Nabi Nuh berlabuh dengan bahteranya di Bukit Judi
  • Nabi Sulaiman diberi kerajaan besar
  • Nabi Yaakub sembuh dari panyakit mata
  • Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan nun
  • Dosa Nabi Daud diampun oleh Allah
  • Nabi Ayub kembali sihat setelah menerima musibah


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 9, 10 & 11 MUHARRAM bersamaan dengan 15, 16 & 17 DISEMBER 2010





5 ulasan:

  1. ibusayang..terima kasih mengingatkan.insyaallah..belum pernah buat 3 hari berturu2..selalaunya 2 hari aje akak puasa..

    BalasPadam
  2. Salam kak Erna,

    Alhamdulillah...masih belum terlambat lagi

    BalasPadam
  3. insaff kanns..

    thanx ibu singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

    BalasPadam
  4. Selalunya memang ingat Insyaallah kita sama2 lakukan.

    BalasPadam
  5. iyer btul.. slmt berpuasa.. moga amalan ibadah kita diterima di sisi Ilahi.. Ameen..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails