27 September, 2010

Raya 2010 - Part 3

Salam.....


Masih dalam mood raya lagi ni.  Tetamu aka anak saudara yang  bekerja di KL  datang beraya di rumah. Nasib baik dia beritahu dulu, bolehlah ibu menyediakan mee kari kegemaran dia.  Dia sebenarnya dalam perjalanan nak balik ke KL setelah bercuti raya di rumah mama dia di Dungun.  Mintak Afiq  pergi belikan sata dan otak-otak di tempat yang ter`pemes' di Kuala Kemaman.  Isteri dia suka sangat tu sebab sata dan otak-otak dia menggunakan ikan fresh yang didatangkan dari laut di situ juga. 


Selesai makan berehat, sembang-sembang sambil menonton TV yang tak tahu apa citer, lebih kurang jam  10.00 malam barulah bertolak balik ke KL. Jam 2.00 pagi terima sms `kami selamat sampai' . Alhamdulillah..



Keesokkan harinya mak ibu menghantar kiriman nasi dagang melalui kakak  yang balik ke Kemaman.  Alhamdulillah syukur, rezeki. Kebetulan hari ni ibu masak nasi minyak kerana meraikan birthday Aizul.



Semalam aka kelmarin majlis raya di opis ibu. Banyak juadah yang disediakan dan tetamupun ramai jugak. Semua orang yang lalu lalang dapat singgah makan. Majlis bermula jam 12.00 tengahari setelah Pak Ketua memotong table cake menandakan majlis bermula. Alhamdulillah habis semua makanan yang disediakan oleh pihak catering. Tepat jam 3.00 petang majlis ditutup. 




Hari Khamis ni - 30 September 2010 akan di adakan satu lagi majlis hari raya bersama Anak-Anak Yatim Darul Falah Bukit Payung, Marang Terengganu. Majlis ni adalah anjuran Opis ibu bekerjasama dengan Terengganu fm. Katanya akan ada siaran melalui TV1. Waktu siaran  Allahua'lam, tapi melalui radio terengganu `live' katanya.  Jom kita joint beramai-ramai.  Antara menu utamaya sate, mee hoon goreng, kek besar punya, nasi, tart telur dll. Kesemua hidangan di bawa bersama cateringnya sekali.



Teka teki tekuk masih berjalan, cubalah menjawabnya. Ramai yang dok baca tapi takut aka tidak berani untuk menjawab (sumber dari statistic hehehe) Cubalah lagi.  



Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu. 

24 September, 2010

Teka Teki Tekuk

Salam.....




Suka pada bunga?  Suka tengok bunga?   Di rumah ada pokok bunga? Atau suka pada lagu bunga-bunga cinta, atau minat pada Bunga Cinta Lestari? ??? What ever....  

Hari ni ibu rasa nak bagi teka teki. Ada sesiapa di antara kawan-kawan semua yang kenal dan tahu dengan bunga ini.  Kalau boleh nyatakan kegunaannya sekali. Ini perlu untuk menunjukkan kawan-kawan tahu bebenor dengan bunga ni.
 


Kalau dah tahu, apa lagi mohlah jawab. Insya Allah ada hadiah pada yang betul meneka.Ingat tu jawab cepat-cepat!


++++++




Ini dah bukan teka teki lagi. Saja nak tayang, puding buih hubby nak makan masa buka puasa petang semalam. Cuaca kan panas terik, kalau dapat puding ni sejuk sikit anak tekak tu, kata hubby. Hah dah dapat pun. Masuk je waktu terus makan, kemudian pergi solat jemaah. Balik tu baru makan nasi. hehehe





23 September, 2010

Raya 2010 ~ Part 2

Salam.....



Cerita bersambung.....


Petangnya, di rumah mak di Dungun, menerima kunjungan tetamu bukan Islam yang datang beraya di rumah. Ishan Patel yang sama-sama bekerja dengan Ahmad Afiq. Dia  tidak dapat bercuti kerana kesemua yang lain sedang bercuti raya.  Ibu dapat menghidangkan satay ayam, nasi tomato, nasi dagang, buah-buahan selain kuih raya. Alhamdulillah kesemuanya dia makan, lapar katanya kerana semua kedai makan bertanda "di tutup". Kesian Ishan.   Patutlah bedal habis-habisan.


Keesokkan harinya  ibu membantu kakak menyediakan nasi minyak untuk hidangan hari raya kedua.  Siap selesai masak memasak, acara ziarah menziarahi bermula. Mula-mula ke rumah di sekitar rumah mak, iaitu di  kiri dan kanan. Sedara mara kesemuanya.  Lepas tu mula naik kereta berkonvoi beramai-ramai ke rumah sedara yang jauh-jauh sedikit. Dapatlah 3 buah rumah, Alhamdulillah. Lama sangat tak berjumpa dengan mereka-mereka tu.  Selesai solat zohor  menerima kunjungan tetamu jauh. Mereka semua juga sedara mara yang duk jauh nun di Kelate. Ada yang dari Machang, Tanah Merah dan Rantau Panjang. Malah ada jugak yang duk di Teluk Kalong Kemaman.  Lepas solat asar ziarah ibu bersambung lagi.
  





Aik!..nak gaduh ke?????? Sepatutnya raya-raya ni kena berbaik-baik dan sentiasa bermaaf-maafan. 


Hari raya ke empat si dara ada jamuan raya `alumuni' di sekolah Al Fallah Kemaman.. Adoiii!!!!  Nasib baik ada 'chef at home '. Ringan sedikit tugas ibu. Dua koli besar. Satu koli ibu godek, satu koli lagi hubby yang godek. Dok larat weii!!! Sib baik sempat, jamuan bermula jam 10.00 pagi. Selesai masak memasak proses  hantar dan hidang ke sekolah pulak. 



Tu dia !!!
OK tak????




Budak-budak sekolah sedang enak menjamu selera. Alhamdulillah abis licin.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


22 September, 2010

Selamat Hari Lahir

Salam....


Hari ini dalam sejarah....76 tahun yang lalu iaitu 22 September, 1934 lahirlah seorang baby girl ke dunia ini. Oleh kerana baby girl ini putih melepak kulitnya, maka dinamakan sebagai Teh @ Puteh.


Hari ini   genap umur bondaku 76 tahun. Alhamdulillah dengan izinNYA bonda  sihat walafiat walaupun kadang-kadang ada sakit lulut sedikit. Sehingga kini   bondaku telah dijemput untuk menunaikan Fardhu Haji sebanyak Empat kali. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala. Kali pertama bersama aruwah ayahanda, kali kedua bersama besan (ibu mertuaku), kali ketiga bersama kawan-kawan surau dan kali terakhir bersama anak perempuan dia iaitu kakak ibu sendiri.


Bonda seorang yang cekal dan tabah, maklumkah kami ada sembilan orang adik beradik kesemuanya. Bonda tidak pernah jemu menyediakan hidangan untuk kami yang ramai ni. Kadang-kadang kesian tengok bonda bertungkus lumus membesarkan kami.Dalam solat bonda tak pernah jemu mendoakan kesejahteraan kami semua. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada bondaku tersayang. Siapalah ibu tanpa bonda...


"Selamat Hari Lahir mak, semoga mak sentiasa dipanjangkan umur, dipermurahkan rezeki, sentiasa mendapat kesihatan terbaik, dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. 


Ya Allah Ya Tuhanku ku berkatilah hidup mak sampai bila-bila. Ampunkan segala dosa-dosanya.


Mak.... kami sayang mak....
Ampunkan dosa-dosa anakmu



Hajjah Teh binti Salim - in person


21 September, 2010

Menu Berbuka Petang Semalam

Salam...


Ramai yang berpuasa enam ataupun dipanggil juga puasa sunat Syawal.  Ibu juga tidak ketinggalan mengambil peluang untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan.  Hari ini genap  12 hari kita berada di bulan Syawal yang mulia ini.  Mana-mana  yang belum lagi berpuasa tu eloklah  dimulakan  dari sekarang. Masih ada masa lagi untuk kita melakukan puasa sunat ini. Besar ganjarannya. Seperti sedia maklum  agak susah untuk kita melakukkannya, maklumlah  'open house' di sana sini sayang jugak kalau tak hadir kan..!  Kata orang kalau menolak rezeki  tu lagi besar ruginya. Sebagai menghormati jemputan, boleh jugak berpuasa berselang seli. Maknanya jika ada  open house cutilah puasa hari tu.... hahaha


Jom kita tengok menu berbuka puasa petang semalam. Menu yang simple but boleh mengenyangkan. Alhamdulillah.  Menu ni khas untuk orang yang kurang rajinnya plus penat untuk memasak. hehehe...
 


Mee kung fu ori from Gong Limau



Kalau nak  request resepi boleh aje emailkan. Sekarang ni rasa cam  penat je nak menaip. Lain kali mungkin ibu letakkan resepinya ya!


p/s.....Resepi apa pulak berbuka petang ni...fening....fening...


OK bye..

20 September, 2010

Raya 2010 ~ Part 1

Salam....

Ibu mulakan bicara dengan salam aidilfitri,  maaf zahir dan batin   Dalam sibuk-sibuk ibu menguruskan kerja harian sempat jugak akhirnya ibu memasukkan gambar-gambar sekitar hari raya pertama.

Oleh kerana ibu mertua tinggal di rumah (buat masa ini)  jadi adik beradik di sebelah hubby bersepakat untuk berkumpul di rumah ibu selepas selesai solat Aidilfitri. Maka si ibu  terkocoh kacahlah menyiapkan juadah dengan dibantu oleh si dara Aisyah. Dalam kesibukan yang tidak terhingga banyak gambar yang tidak dapat di snap- Mujur ada si anak yang sudi mengambil alih tugas ibu, itu pun sedikit sahaja - ikut mood. Apa-apapun jom kita tengok gambar-gambar ni......

Ini semua gambar sehari sebelum raya, sempat buat kuih 3 jenis dan kek 2 biji.  Mana nak sempat nak rebus ketupat lagi, nak buat tapai lagi, tu pun sib baik rendang dah terkeluar dari senarai.



Ini sebahagian juadah di pagi raya. Nasi minyak gulai ayam kampung, lontong and the gang dan  sate and the gang



Saat paling meriah, semua sanak saudara berkumpul di rumah. Sebelum menikmati juadah bermaaf-maafan kita semua. Perasaan memilukan pun ada, maklumkah jarang bersua lagi satu paling pilu takut-takut kita dah tak sempat lagi berkumpul sebegini di Syawal akan datang. Mintak-mintak Allah panjangkan usia kita semua, supaya kita bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal 1432


Ini semua pemberian dari kawan-kawan.Terima kasih banyak-banyak. Ang Pau pun ada tau...oppsss kuih muih pun ada juga

Gambar kenangan si cilik yang comel-comel belaka. Suka ibu dok tengok anak buah yang  comel lote ni...emmm gerammmm!


Dah-dah tu nak bersiap ni...lepas solat Jumaat nak bertolak ke kampung ibu pulak. Ibu ku sedang menanti. Yeah...yeay....balik kampung....ooo....balik kampung.....hati girang....


Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

19 September, 2010

Balik Rumah

Salam....


Alhamdulillah syukur, di pagi yang mulia ni barulah ibu berkesempatan membuka pintu rumah sendiri. Di sepanjang dua minggu yang lepas asyik sibuk je memanjang. Hari ni semua anak-anak kembali bekerja dan bersekolah. Aizul balik ke Kulim pagi semalam dan dah selamat sampaipun. Si Aisyah balik malam tadi dengan bas yang disewa khas oleh Menteri Besor khas untuk anak-anak Terengganu sahaja. (Pergi dan balik tu..)Terima kasih Abang Mat semoga tahun-tahun hadapan bagi bas free lagi ya!.  


Huk... huk... huk...  sampai terbatuk-batuk, banyak sangat habukksss nya...Tengok di syiling sawang dah berbunga-bunga. Oleh kerana semua pembantu  dah tak ada, lepas ni teruklah ibu nak membersih laman. OK lah ibu mintak diri dulu ya nak menyapu ni, vacuum, lepas tu mengemop, hias sikit laman baru kita beriya beraya..hehehe.


Nak letak gambar Amiruddin  yang hanya dapat beraya sekejap je kerana  ke 'offshore'. Rindu lah pulokksss..



Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

09 September, 2010

Salam Aidil Fitri

Salam....


Hari ini merupakan hari terakhir kita berpuasa bagi bulan Ramadhan 1431 Hijrah. Esok kesemua umat Islam akan menyambut kemenangan yang dinamakan Aidil Fitri. 


Bersempena dengan ini ibu bagi pihak suami dan anak-anak mengucapkan Salam Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin kepada semua umat Islam di mana saja mereka berada. Kepada kawan-kawan blog ibu mintak maaf banyak-banyak sebab di sepanjang bulan Ramadhan ni ibu kurang ziarah rumah kawan-kawan.  Ampun dan maaf kepada semua pembaca blog ibu, dan ibu  mintak halal mana-mana resepi yang ibu terpaksa cdieduk untuk menjadi hidangan keluarga mahupun juadah hari raya ini.


Ibu menjemput kepada semua yang ingin ke rumah untuk berhari raya atau ziarah bila-bila masa. Ibu masuk kerja pada 19/09/2010. kalau nak datang tu calling-calling dulu ya..! Ini numbernya: 019 - 9837754. Kalau nak datang tu ni alamatnya:

2048 - C, Taman Merpati Jaya
Lorong Limau Manis, Kg. Gong Limau
24000 Kemaman, Terengganu


Kepada yang memandu tu... oh ya...ada yang balik ke Bagan Datok, Johor Bahru, Teluk Intan, Kuala Terenganu atau mana-mana destinasi, pastinya memandu dengan berhati-hati kerana ada yang merindui sedang menanti. Ingat pesanan ini.  


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

02 September, 2010

20 Tahun Berlalu

Salam....


Sekejap je masa berlalu. Hari ini 2.9.2010 genap 20 tahun pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah. Rasa macam baru semalam peristiwa berlaku. Begitu cepat masa berlalu, segalanya masih segar diingatan. Aruwah ayahanda menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu di samping kesemua anak-anak dan juga bonda tercinta. Al-Fatihah untuk aruwah ayahanda tercinta Haji Othman bin Omar. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan aruwah bersama-sama orang yang solih. Amin.

01 September, 2010

Cerita Ceriti

Salam.....




Kita mulakan cerita dengan bubur lambuk. Semua orang kenal dan tahu tentang bubur lambuk ni.  Bila bulan Ramadhan aje banyak timbul bubur ni di sana sini. Sekarang ni dah bagus, ramai dermawan yang menghulur ke tabung masjid-masjid bagi menyediakan bubur ini untuk di agih-agihkan kepada orang ramai. Bahkan di Kuala Terengganu ni hotel-hotel pun ada mengagihkan bubur yang sama setiap jam 3.00 petang. Sesiapa yang lalu di hadapan hotel tersebut dihulurkan oleh pekerjanya.Alhamdulillah


Hari ahad lepas, opis ibu ada  gotong royong menyediakan bubur lambuk untuk di  agihkan kepada orang ramai juga. Penat bukan kemain lagi...tapi berbaloi sesangat. Tu gambar di atas, ibu punya kamerameng yang hampir collapse kerana kepanasan dan keletihan tahap gabannn. Akhirnya ramai yang dapat menikmati bubur lambuk selain dari staff sendiri.


++++++++


Cuti Nuzul Quran, Surau Taman Ixora Gong Limau telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk semua orang kampung dan juga jemaah tetap surau.  Sibuk jugak hubby dan ibu di sepanjang hari tu. Berkemas dan membersihkan kawasan dalam dan luar surau sehinggakan keesokan harinya. 

Makcik-makcik surau sedang menghidang makanan

Untuk Jemaah lelaki di dalam surau

Jemaah wanita di verandah surau

Ni masa tunggu beberapa saat lagi nak berbuka puasa...sabor...sabor....


++++++++


Semalam cuti umum kerana menyambut ulangtahun kemerdekaan untuk Malaysia. Hubby mengajak ibu menemaninya shopping baju yang akan di pakai di sepanjang 10 akhir Ramadhan ni. Selalunya hubby minat berjubah tapi kali ni  dia memilih baju melayu labuh ala-ala bunggali...

Gambar di hadapan kedai


Tu baju yang dia pilih. Ibu ambik kesempatan memilih tudung jugak. Banyak tapi tak berkonan kalernya. Kita suka yang malap-malap aje. Kena cari kedai lainlah. Balik rumah terus ibu basuhkan, sib baik hari panas melenting. Angkat aje terus di gosok dan dipakainya.hehehe.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah.
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
Related Posts with Thumbnails