21 Ogos, 2010

Majlis Berbuka Puasa Lagi.....

Salam....

Apa khabar semua??? Kali ni ibu nak cerita pasal majlis berbuka puasa lagi, Asyik-asyik berbuka puasa aje macam tak ada cerita lain. Dah  ada jemputan, kita kenalah hadir tolak karang macam menolak rezeki pulak. Kali ni majlis berbuka puasa di rumah Kak Nor iaitu adik ipar ibu. Aik...macam mana adik ipar boleh jadi Kak Nor pulak......maklang kerteh tau cerita ini! (walaupun adik ipar tapi umur dia lebih tua dari ibu - hehehe).


Rumak Kak Nor di Geliga Che Akob. Tetamunya hanyalah adik beradik termasuklah ipar duai, anak buah dan cucu-cucu ibu mertua ku.  Kira-kira majlis berbuka puasa anak beranak ajelah. Memacam lauk yang dapat dihidangkan, tapi yang paling best gulai ayam kampung lah. Nak tau kenapa? Sebab nya ayam tu kita punya - ayam yang hubby dok bela di kebun di Binjai. Lain-lain lauk ada asam pedas, ikan bakar dan lain-lain. Cerita kalau tak ada gambar pasti tak sah kan....jom kita lihat apa yang ibu dapat tepek kat sini.


Jom kita close up  lauk menjadi pilihan ibu. hehehe


Jangan mare Kak Nor, walaupun banyak lauk yang dihidangkan, ibu cuma memilih asam pedas ni le! Agak power jugaklah sebab kuahnya pekat dan `good taste'. (ambe suke tu!)


Baby Intan antara cucu ibu mertua ku yang termuda. Baik budaknya. Sempat jugak ibu cubit-cubit pipinya...em...gerammmmm! Selesai makan-makan kita semua bersolat maghrib, isyak dan berterawih bersama-sama di ruang tamu. Aizat Jamali menjadi imam dalam solat kita merupakan cucu menantu ibu mertuaku. Aizat berumur 23 tahun dan merupakan seorang tahfiz. Lupa pulak nak close up si Aizat.


Ada moreh pulak lepas tu...lotih mak cik dok makan aje keje nya. Tak sempat nak ambil gambar dah letih sesangat. Nak tau moreh apa?  Mee hoon goreng + kerepok + air cendol + netbat. Burp!!! Alhamdulillah.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi ...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu



14 ulasan:

  1. ehem...nampak ada students I kat situ.. hehe

    BalasPadam
  2. salam ibusayang..meriah nya lauk..kali ni..akak tak dapat makan ayam kampong la..masak lomak cili api..paling best ayam kampong ni..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama21 Ogos, 2010

    uuui... seronok berbuka beramai2...
    kami pun ada majlis berbuka puasa komuniti melayu edinburgh mlm ni.

    BalasPadam
  4. salam ibu

    kami belum lagi berbuka diluar bulan ramadahan ni hehehe

    BalasPadam
  5. Salam Fa,

    Ibu dah agak dah Fa kan cikgu, pasti student ada merata Kemaman ni, yg mana satu ramai sangat anak buah ibu ni.

    BalasPadam
  6. Salam Kak Erna,

    Nak try jugak tu belum masa lagi.

    BalasPadam
  7. Salam Fa10,

    Seronok waktu berbuka & dpt jumpa semua anak beranak, w/pun duk dekat aje tapi sibuk dgn urusan masing2.

    BalasPadam
  8. Wslm Pak Itam,

    Ye ke? Jom dtg rumah ibu kita berbuka ramai2, lepas tu solat berjemaah bersama-sama.

    BalasPadam
  9. Fa pernah 3, 4 x pegi rumah tu. Rumah Kak Ti ke? Fatimah Athirah, Irsyad, kembar Aiman, Nabila Fatini and Kamila tu semua our students. :D

    BalasPadam
  10. Salam Fa,

    Betul Fa...ibu & family panggil K.Nor, lain2 org panggil Kak Ti, nama sebenar Norhaiti tu adik hubby. Kesemua nama yg Fa sebut tu anak buah ambe lah tu. Nabila dah masuk MRSM Kuantan yg lain2 masih di sini. Ya Allah! Keciknya dunia ni Fa. May be adik Kamilia pulak bakal menyusul - Batrisya namanya.

    BalasPadam
  11. Woooo......best nya. Meriah......

    BalasPadam
  12. Salam Pak Man,

    Alhmadulillah... meriah sungguh, sebab anak beranak ni jarang dapat berkumpul macam ni.

    BalasPadam
  13. Salam ibu Sayang ...meriahnya.

    Kak Zai belum berpeluang makan kerumah adik beradik.

    BalasPadam
  14. Wsslam Kak Zai,

    Sempat lagi tuh, masa masih ada. Hari ni baru 13 Ramadhan.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails