10 Ogos, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam....



 Bermula malam ini kita akan menjejaki bulan RAMADHAN Al Mubarak, InsyaAllah. Seperti yang kita semua ketahui bermula malam ini semua umat Islam di fardhukan untuk menjalani ibadah puasa selama satu bulan. Di kesempatan ini ibu ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Bagi pihak ibu, suami  dan anak-anak mohon maaf banyak-banyak jika ada terkasar bahasa dan tersalah penggunaan perkataan yang mana telah menguris hati semua. Mohon halal makan dan minum jika ada. Mohon halal dalam berbicara selama ini.


Sama-sama lah kita semua mengimarahkan bulan yang pernuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini. Perbanyakkan amal ibadah dan selalu lah berbuat baik. Bertutur pada perkara yang baik-baik . Banyak bersedekah, jaga tingkah laku, gandakan amalan-amalan,baca  dan katam Quran, solat wajib dan terawih, sambil berebut-rebut untuk  mengambil ganjaran pahala yang disediakan di sepanjang bulan yang berkat ini.  


Peringatan ini untuk diri ibu juga. Mohon maaf sekali lagi. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah



8 ulasan:

  1. salam ramadhan buat ibu sekeluarga

    semoga berbahagia selalu dunia dan akhirat

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Terima kasih. Amin.

    BalasPadam
  3. salam ramadhan juga buat ibu sayang sekeluarga..semoga diberkati di bulan yang mulia ini

    BalasPadam
  4. Selamat berpuasa buat ibu sayang dan keluarga.Kak Zai mohon maaf jika ada terkasar bahasa.

    BalasPadam
  5. salam ramadhan wat ibu ittewww..

    BalasPadam
  6. Salam en_me,

    Salam Ramadhan kembali. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. Kak Erna,


    Terima kasih. Amin

    BalasPadam
  8. Salam Kak Zai,

    Sama-sama.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails