27 Ogos, 2010

Majlis Berbuka Puasa Lagi...&.. Lagi...

Salam....

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Hari ni cuti Nuzul Quran. Tapi di Terengganu ni tak dapat apa-apa sebab hari Jumaat sememangnya cuti hujung minggu. Seperti yang dikata dalam n3 dulu-dulu, alhamdulillah selamat sudah upacara majlis berbuka puasa untuk semua kakitangan yang berlangsung pada malam semalam. Kali ini kehadiran boleh dikatakan 90%. Yang tidak dapat hadir hanyalah yang ada anak kecil @ baby yang tidak boleh ditinggalkan. Pengisian lebih seronok dari yang dulu tu. Ustaz penceramah dijemput dari UIA iaitu Dr Zulkifli bin Muda yang berasal dari Losong Kuala Terengganu


Kali ini hidangan disediakan dalam bentuk buffet dan lauk pauknya begitu banyak sekali. Tapi ....tapi....keadaannya  saling tak berubah macam dulu-dulu juga. Masing-masing mengambil lauk pauk bagai nak rakkk.Langsung tak hingat saudara kita di Palestine or anak-anak di rumah anak yatim hatta anak sendiri  yang ditinggalkan di rumah (kerana datang berbuka di hotel). Mari kita tengok pinggan ni . Ada sesiapa yang nampak nasinya.MasyaAllah penuh dengan lauk. INI BUKAN PINGGAN IBU YA!.Ini pinggan kepunyaan kak Sarah.  Harap maaf.







Jomlah kita tengok lauk pauk yang dihidangkan. Sebelum tu maafkan ibu ya pic kurenggg  menarik kerana menggunakan handphone cap ayam kepunyaan ibu. hehehe








Sekarang mari kita tengok wajah-wajah yang menyerikan majlis...
Macam mana boleh masuk pic ni....sedap syiokkk!



BERITA BAIK...BERITA BAIK..... Oven ibu yang rosak tu dah dikembalikan. Alhamdulillah...Syukur. Lepas ni boleh mengukislah pulok!


Petang ni ada satu lagi majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Surau Taman Ixora. Ibu tak pergi kot sebab mak mertua yang duk kat rumah tak nak pergi. Jadi hubby dengan anak-anak lelaki sahaja yang akan pergi. Kenalah ibu menjaga mak mertua yang bukan sakit tapi agak nyanyuk  pelupa sedikit. Sabor jelah menantu ya!


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah.
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

4 ulasan:

  1. alhamduliullah..oven sudah kembali..hari2 cuti ni boleh dimenafaatkan..biskut raya..
    ibusayng..kalau ada majlis selalunya macam tulah.kalau dimakan..alhamdulillah..kalau tidak..sayang..dah jadi satu pembaziran kan..

    BalasPadam
  2. Salam Kak Erna,

    Alhamdulillah,oven dah kembali. Itulah sikap buruk yg susah nak ubah. Sangat memalukan....

    BalasPadam
  3. Lepas ni boleh buat biskut banyak2,hantar kak Zai sikit hehehe...

    Terliur tengok lauk pauk yang begitu banyak.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Zai,

    InsyaAllah minggu depan start buat kuih raya sebab anak perempuan mula bercuti, senang sikit kerja bila ada pembantu. Nak cikit..boleh...kak Zai kena dtg beraya di Kemaman bawak sekali menantu omputih...hehehe

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails