01 September, 2010

Cerita Ceriti

Salam.....




Kita mulakan cerita dengan bubur lambuk. Semua orang kenal dan tahu tentang bubur lambuk ni.  Bila bulan Ramadhan aje banyak timbul bubur ni di sana sini. Sekarang ni dah bagus, ramai dermawan yang menghulur ke tabung masjid-masjid bagi menyediakan bubur ini untuk di agih-agihkan kepada orang ramai. Bahkan di Kuala Terengganu ni hotel-hotel pun ada mengagihkan bubur yang sama setiap jam 3.00 petang. Sesiapa yang lalu di hadapan hotel tersebut dihulurkan oleh pekerjanya.Alhamdulillah


Hari ahad lepas, opis ibu ada  gotong royong menyediakan bubur lambuk untuk di  agihkan kepada orang ramai juga. Penat bukan kemain lagi...tapi berbaloi sesangat. Tu gambar di atas, ibu punya kamerameng yang hampir collapse kerana kepanasan dan keletihan tahap gabannn. Akhirnya ramai yang dapat menikmati bubur lambuk selain dari staff sendiri.


++++++++


Cuti Nuzul Quran, Surau Taman Ixora Gong Limau telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk semua orang kampung dan juga jemaah tetap surau.  Sibuk jugak hubby dan ibu di sepanjang hari tu. Berkemas dan membersihkan kawasan dalam dan luar surau sehinggakan keesokan harinya. 

Makcik-makcik surau sedang menghidang makanan

Untuk Jemaah lelaki di dalam surau

Jemaah wanita di verandah surau

Ni masa tunggu beberapa saat lagi nak berbuka puasa...sabor...sabor....


++++++++


Semalam cuti umum kerana menyambut ulangtahun kemerdekaan untuk Malaysia. Hubby mengajak ibu menemaninya shopping baju yang akan di pakai di sepanjang 10 akhir Ramadhan ni. Selalunya hubby minat berjubah tapi kali ni  dia memilih baju melayu labuh ala-ala bunggali...

Gambar di hadapan kedai


Tu baju yang dia pilih. Ibu ambik kesempatan memilih tudung jugak. Banyak tapi tak berkonan kalernya. Kita suka yang malap-malap aje. Kena cari kedai lainlah. Balik rumah terus ibu basuhkan, sib baik hari panas melenting. Angkat aje terus di gosok dan dipakainya.hehehe.



Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah.
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

4 ulasan:

  1. ibu sayang..meriahnya..surau taman ibu..
    kat rumah akak ni..kedai runcit pun buat..bubur lambok untuk diagih agihkan..bertambah murah rezeki mereka kan..

    BalasPadam
  2. Salam kak Erna,

    Di bulan yang mulia ini kita doakan semoga penderma2 dipermurahkan rezekinya

    BalasPadam
  3. Macam2 aktiviti ibu sayang lakukan,alhamdulillah ramai yang rasa bubur lambok yang dimasak.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Zai,

    Alhamdulillah...rezeki untuk orang ramai.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails