22 September, 2010

Selamat Hari Lahir

Salam....


Hari ini dalam sejarah....76 tahun yang lalu iaitu 22 September, 1934 lahirlah seorang baby girl ke dunia ini. Oleh kerana baby girl ini putih melepak kulitnya, maka dinamakan sebagai Teh @ Puteh.


Hari ini   genap umur bondaku 76 tahun. Alhamdulillah dengan izinNYA bonda  sihat walafiat walaupun kadang-kadang ada sakit lulut sedikit. Sehingga kini   bondaku telah dijemput untuk menunaikan Fardhu Haji sebanyak Empat kali. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala. Kali pertama bersama aruwah ayahanda, kali kedua bersama besan (ibu mertuaku), kali ketiga bersama kawan-kawan surau dan kali terakhir bersama anak perempuan dia iaitu kakak ibu sendiri.


Bonda seorang yang cekal dan tabah, maklumkah kami ada sembilan orang adik beradik kesemuanya. Bonda tidak pernah jemu menyediakan hidangan untuk kami yang ramai ni. Kadang-kadang kesian tengok bonda bertungkus lumus membesarkan kami.Dalam solat bonda tak pernah jemu mendoakan kesejahteraan kami semua. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada bondaku tersayang. Siapalah ibu tanpa bonda...


"Selamat Hari Lahir mak, semoga mak sentiasa dipanjangkan umur, dipermurahkan rezeki, sentiasa mendapat kesihatan terbaik, dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. 


Ya Allah Ya Tuhanku ku berkatilah hidup mak sampai bila-bila. Ampunkan segala dosa-dosanya.


Mak.... kami sayang mak....
Ampunkan dosa-dosa anakmu



Hajjah Teh binti Salim - in person


8 ulasan:

  1. Selamat hari lahir buat mak ibu sayang semoga dipanjangkan umur dan beroleh kesihatan yang baik.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Zai,

    Amin. Terima kasih atas doa.

    BalasPadam
  3. semoga Puan Hajjah Teh akan senantiasa sihat di dalam menjalani amal ibadat dan tugasan harian..amin.

    BalasPadam
  4. salam ibusayang..semoga bonda mu hajjah Teh..dianugerahkan kesihatan yang baik..

    BalasPadam
  5. Salam Fa,

    Amin, Terima kasih atas doa.

    BalasPadam
  6. Salam Kak Erna,

    Amin. Terima kasih atas doa.

    BalasPadam
  7. salam ibu

    alhamdulillah

    moga terus diberikan kesihatan meneruskan hari2 tuanya dan diberi keberkatan di dunia dan akhirat

    insyallah

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Amin. Amin Ya Robbal Alamin.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails