Ibu mulakan bicara dengan salam aidilfitri, maaf zahir dan batin Dalam sibuk-sibuk ibu menguruskan kerja harian sempat jugak akhirnya ibu memasukkan gambar-gambar sekitar hari raya pertama.
Oleh kerana ibu mertua tinggal di rumah (buat masa ini) jadi adik beradik di sebelah hubby bersepakat untuk berkumpul di rumah ibu selepas selesai solat Aidilfitri. Maka si ibu terkocoh kacahlah menyiapkan juadah dengan dibantu oleh si dara Aisyah. Dalam kesibukan yang tidak terhingga banyak gambar yang tidak dapat di snap- Mujur ada si anak yang sudi mengambil alih tugas ibu, itu pun sedikit sahaja - ikut mood. Apa-apapun jom kita tengok gambar-gambar ni......
Ini semua gambar sehari sebelum raya, sempat buat kuih 3 jenis dan kek 2 biji. Mana nak sempat nak rebus ketupat lagi, nak buat tapai lagi, tu pun sib baik rendang dah terkeluar dari senarai.
Ini sebahagian juadah di pagi raya. Nasi minyak gulai ayam kampung, lontong and the gang dan sate and the gang
Saat paling meriah, semua sanak saudara berkumpul di rumah. Sebelum menikmati juadah bermaaf-maafan kita semua. Perasaan memilukan pun ada, maklumkah jarang bersua lagi satu paling pilu takut-takut kita dah tak sempat lagi berkumpul sebegini di Syawal akan datang. Mintak-mintak Allah panjangkan usia kita semua, supaya kita bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal 1432
Ini semua pemberian dari kawan-kawan.Terima kasih banyak-banyak. Ang Pau pun ada tau...oppsss kuih muih pun ada juga
Gambar kenangan si cilik yang comel-comel belaka. Suka ibu dok tengok anak buah yang comel lote ni...emmm gerammmm!
Dah-dah tu nak bersiap ni...lepas solat Jumaat nak bertolak ke kampung ibu pulak. Ibu ku sedang menanti. Yeah...yeay....balik kampung....ooo....balik kampung.....hati girang....
Dah-dah tu nak bersiap ni...lepas solat Jumaat nak bertolak ke kampung ibu pulak. Ibu ku sedang menanti. Yeah...yeay....balik kampung....ooo....balik kampung.....hati girang....
Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
salam ibu
BalasPadammeriah nampaknya dgn juadah dan kunjungan tetamu
Salam Pak Itam,
BalasPadamAlhamdulillah...meriah sekali.
Alhamdulillah......semua keluarga datang berkumpul nampaknya.
BalasPadamSelamat Hari Raya.
Meriah sungguh rumah ibu sayang,seronok kan kalau keluarga berkumpul dapat makan sama2 lepas tu berborak....
BalasPadam