23 September, 2010

Raya 2010 ~ Part 2

Salam.....



Cerita bersambung.....


Petangnya, di rumah mak di Dungun, menerima kunjungan tetamu bukan Islam yang datang beraya di rumah. Ishan Patel yang sama-sama bekerja dengan Ahmad Afiq. Dia  tidak dapat bercuti kerana kesemua yang lain sedang bercuti raya.  Ibu dapat menghidangkan satay ayam, nasi tomato, nasi dagang, buah-buahan selain kuih raya. Alhamdulillah kesemuanya dia makan, lapar katanya kerana semua kedai makan bertanda "di tutup". Kesian Ishan.   Patutlah bedal habis-habisan.


Keesokkan harinya  ibu membantu kakak menyediakan nasi minyak untuk hidangan hari raya kedua.  Siap selesai masak memasak, acara ziarah menziarahi bermula. Mula-mula ke rumah di sekitar rumah mak, iaitu di  kiri dan kanan. Sedara mara kesemuanya.  Lepas tu mula naik kereta berkonvoi beramai-ramai ke rumah sedara yang jauh-jauh sedikit. Dapatlah 3 buah rumah, Alhamdulillah. Lama sangat tak berjumpa dengan mereka-mereka tu.  Selesai solat zohor  menerima kunjungan tetamu jauh. Mereka semua juga sedara mara yang duk jauh nun di Kelate. Ada yang dari Machang, Tanah Merah dan Rantau Panjang. Malah ada jugak yang duk di Teluk Kalong Kemaman.  Lepas solat asar ziarah ibu bersambung lagi.
  





Aik!..nak gaduh ke?????? Sepatutnya raya-raya ni kena berbaik-baik dan sentiasa bermaaf-maafan. 


Hari raya ke empat si dara ada jamuan raya `alumuni' di sekolah Al Fallah Kemaman.. Adoiii!!!!  Nasib baik ada 'chef at home '. Ringan sedikit tugas ibu. Dua koli besar. Satu koli ibu godek, satu koli lagi hubby yang godek. Dok larat weii!!! Sib baik sempat, jamuan bermula jam 10.00 pagi. Selesai masak memasak proses  hantar dan hidang ke sekolah pulak. 



Tu dia !!!
OK tak????




Budak-budak sekolah sedang enak menjamu selera. Alhamdulillah abis licin.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


8 ulasan:

  1. dulukan masa anak fa sekolah kat Al Falah, kita pun buatlah spagetti untuk dia bawak...Pastu kan, ada cikgu tu mintak bawak balik, dengan bekas2 dengan senduk nya (dua2 Tupperware pulak tu) gone with the wind..huhuhu..nak mintak balik, segan la pulak...hehe

    BalasPadam
  2. Fa, sayangnya... tupperware yg sayang tu! Agak2 boleh cari lagi tak cikgu tu, kalau jumpa buat2 tanya..hehehe

    BalasPadam
  3. ibusayang,
    hehe..peristiwa berlaku 4 tahun lepas...hehe

    BalasPadam
  4. Fa, kalau gitu kira bagi hadiah je lah.

    hehehe

    BalasPadam
  5. salam ibu

    meriah sungguh hehehe

    kami tmphari dpt menjenguk ibu2 saudara sebelah emak yg semua dah uzur2 belaka

    sebelah ayah semua dah takda

    BalasPadam
  6. salam ibusayang..waa..banyaknya goreng mee..
    alhamdulillah..rezeki murid2..

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Kalau kita (yg muda ni- perasan lah pulak) tak ziarah org tua siapa lagi erk???

    Ziarah boleh dilakukan sepanjang tahun...ada masa lagi.

    BalasPadam
  8. Salam Kak Erna,

    Alhamdulillah, rezeki anak-anak kita jugak.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails