Ibu mulakan dengan gambar sayur KOK LOK. Di sini orang memanggil dia dengan nama gitu. Kena sebut betul-betul sebab dia bukan kolot yang sama erti dengan TIDAK IKUT PERKEMBANGAN ZAMAN. Tak tau lah pulak ibu dari mana asal usulnya. Resepi istimewa ni tak pernah pulak ibu terjumpa tersiar dalam mana-mana buku @ majalah. Menjadi resepi turun temurun dari orang-orang tua-tua dahulu. Sayur lebih umphh... kalau adanya kulit rambai. Tapi di sini ibu tidak masukkan kerana tiada kulit rambai pada masa itu. hehehe
Nak menyediakannya sangat-sangat mudah. Cuma campurkan segala sayur mayur yang perlu di celur dahulu iaitu rebung, kacang panjang dan kulit setor. Manakala sayur lain ialah petai, anak jagung, ikan panggang yang di blend, sotong , bawang besar yang dipotong bulat dan lada merah dihiris panjang-panjang. Masukkan kesemuanya dalam satu periuk dan di tambah santan segar. Masaklah sampai mendidih. Jangan lupa masukkan garam. Itu aje, mudahkan. Nanti bolehlah buat lauk berbuka puasa.
Selamat mencuba.
salam ibu sayang..selamat menyambut bulan ramadhan.terima kasih resepi sayur tu..boleh tukar2 selera untuk bersahur nanti..
BalasPadamWsslm Kak Erna,
BalasPadamSalam Ramadhan kembali. Nanti try lauk ni, insyaAllah
Kali kedua kak Zai dengar kulit rambai boleh dibuat gulai,nama aje orang kampung banyak benda yang tak tahu hehehe....
BalasPadamSelamat menyambut bulan puasa buat ibu sayang sekeluarga.
Salam Kak Zai,
BalasPadamYa lah kak kalau di campur dgn kulit rambai lagi sedap. Celur dulu kemudian ramas utk buang air masam kulit. Boleh try.
Selamat menyambut bulan puasa kembali untuk Kak Zai sekeluarga