25 Jun, 2010

Birthday Adli

Salam....





Hari ni birthday Adli. Tak ada kek, ibu tak sempat buat. Ibu hanya masak-masak dan ajak ipar duai yang tinggal berdekatan datang untuk makan-makan. Masing-masing datang bersama keluarga.

Nasi minyak



Hari ini jugak hubby sanggup korbankan ayam kesayangan dia lagi. Dalam dua ekor ditumbangkan. Ini bermakna dalam tempoh 2 minggu sudah 4 ekor ayam kesayangan hubby telah di korbankan. Ibu masak nasi minyak, gulai ayam, acar nenas, sambal belacan dan ikan masin

Acar nenas



Selepas solat Jumaat semua berkumpul di tempat makan dan acara makan-makan dimulakan.



Gulai ayam







Sambal belacan





Ikan masin

Sebagai hidangan tambahan empat biji pizza di beli dari PH berdekatan. Ibu sempat sediakan triffle satu mangkuk dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Air pulak jus nenas yang menjadi kegemaran ibu.








Aksi Adli terbaik punya!

Hidangan desert

Triffle
Buah-buahan



Alhamdulillah Allah memanjangkan umur anakku, semoga Adli sentiasa di bawah rahmatNYA, dan mendapat keberkatan didunia dan akhirat.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


16 ulasan:

  1. GULPPP!!! Banyak nya makanannnnnnn.......ish ish ish....

    Selamat Hari Lahir untuk Mr Adli...semoga sentiasa dirahmati dan dipelihara olehNya, amin.

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir Adli...
    semoga mendapat yg terbaik daripada yang baik...

    BalasPadam
  3. Salam Fa,

    Terima kasih banyak2. Semoga Allah merahmati kita semua jua

    BalasPadam
  4. Salam SSI,

    Terima kasih. Thank you....

    BalasPadam
  5. Happy Birtday to adli..

    Sedpanyer triffle.. nak cikit...

    BalasPadam
  6. Salam Zar,

    Kalau nak, mehlah datang sini.

    BalasPadam
  7. Semoga hidup Adli sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Happy Birthday!

    BalasPadam
  8. Salam Neeza,

    Terima kasih banyak2.

    BalasPadam
  9. ibusayang..selamat ulang tahun untuk adli..semoga menjadi anak yang soleh..
    rajin ibu adli..masak nasi minyak lagi...
    nama anak akak yang no.2 pun adli jugak..

    BalasPadam
  10. Salam Ibu Sayang....
    Selamat Ulang Tahun buat anak teruna kesayangan Ibu. Semoga panjang umur, dirahmati Allah dan menjadi anak yang soleh....

    BalasPadam
  11. Salam Kak Erna,

    Kebetulan nama sama. Mekasih pada doa-doa itu.

    BalasPadam
  12. Salam Azi,

    Doa yang sama untuk kita semua. TQ

    BalasPadam
  13. Salam. Selamat ulang tahun buat Adli semoga sentiasa di rahmati Allah SWT.

    BalasPadam
  14. Salam Kak Zai,

    Terima kasih banyak2 atas doa.

    BalasPadam
  15. salam ibu

    alhamdulillah

    semoga menjadi anak yg soleh membahagiakan kedua ibu dan bapanya

    nasi minyak hehehe

    kat sini kalau jemputan keja kawin je baru dpt mkn nasi minyak, silap2 nasi jagung hehehe

    BalasPadam
  16. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah, TQ pada doa.

    Ibu masak nasi minyak simple aje, kalau majlis kahwin tu ada berbagai2 lauk pauknya.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails