15 Jun, 2010

Demam Bola....!!

Salam....


Apa khabar semua, lama sangat ibu rasa tak berupdate blog ini. Ini semua gara-gara line stremyx problem. Kebetulan celcom broadband anak bawak pergi ke Bangi seminggu. Di tempat kerja pulak sibuk memanjang. Setiap kali nak di adakan meeting, sibuklah kena buat report itu, report ini. Dahlah intro tu, ni... nak cerita pasal bola pulak.


Minggu lepas sampailah baju yang ditempah melalui internet. Ini semua baju-baju bola kegemaran anak-anak ibu. Saje ibu nak surprisekan kepada budak-budak ini yang minat sangat pada bola. Ibu hadiahkan baju-baju ini mengikut negara mana yang menjadi team pilihan mereka. Dapatlah seorang sehelai, termasuk untuk anak buah Muzzakir, Aiman dan Luqman yang sama-sama minat pada bola. Bersempena dengan musim bola ni sesuai sangatlah dipakai sambil menonton perlawanan.











Sejak ada world cup ni di TV, sunyi sepi rumah ni jadinya. Apa tidaknya, bila malam sanggup bersengkang mata semata-mata menonton perlawanan kegemaran. Esoknya selepas solat subuh mulalah qadho tidur sampai jam 11.00 pagi. Si hubby pulak bila pagi-pagi ni selalu ke kebun bagi makan peliharaan, siram mana patut, cabut rumput dan lain-lain. Eh...!! Lupa nak cerita, gambar ayam di atas tu, sebenarnya hubby kata nak sembelih dia hujung minggu ni. Sempat ibu ambil gambar dia buat kenangan. Nanti hujung minggu ni kita bergulai ayam kampunglah pulak.
Di rumah ada si dara yang sedang bercuti sekolah. Ibu memberi aktiviti kepada si dara supaya dia dapat mengisi waktu lapang dengan kerja-kerja berfaedah. Ibu menyuruh dia mengemas semula kabinet dapur dengan menyusun semula pinggan mangkuk dan mengalihkan mana-mana yang kurang digunakan. Ibu nampak si dara suka dengan kerja-kerja mengemas ni dan si ibu sangat berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah ditunjukkan oleh si dara. Terima kasih si dara ibu, nanti ibu bagi hadiah ya!! Ini gambar selepas berlaku penyusunan semula kabinet menteri. Eh..salah tu...penyusunan pinggan mangkuk dalam kabinet ibu.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.






6 ulasan:

  1. salam ibu


    makan bola, tidur bola, demam makan ubat hehehe bukan bola

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Betul tu!! Kalau demam kena makan ubat biar cepat sembuh.

    BalasPadam
  3. Salam Ibu....

    Ibu minat tak bola????...saya x sangat tapii.....hubby x tinggal le. Bertuah anak-anak ibu dapat emak macam ibu....dapat baju lagi..untuk saya, x ade ke?..he..he..

    BalasPadam
  4. kat UK ni my hubby lg la beria tgk world cup :) penyokong England :)

    BalasPadam
  5. Salam Mama Zharfan,

    Sini pun samalah, budak2 ni x tukar siaran tv dah.Asyik dgn bola...bola...Dia org sokong German & Argentina. Hubby Brazil. Ibu ikut je...

    BalasPadam
  6. Salam Azi,

    Ibu minat jugak bola tp x dpt tengok sgt byk kerja. Final nanti ibu tengoklah. hihihi

    Baju tu dah byk habis tinggal saiz yg x bersesuaian je..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails