18 Jun, 2010

Gulai Ayam Kampung

Salam...





Dalam entri yang lepas, ibu dah umumkan hari ini jumaat bersamaan 18 Jun, 2010 hubby nak sembelihkan ayam kesayangan dia. Dia dah pesan awam-awal suruh ibu masakkan gulai kampung. Ayam yang hubby pelihara banyak sangat. Kadang-kadang tak larat nak bagi makan. Semua ayam-ayam ni kuat makan. Tu pun ada yang tengah mengeram telur. Tak lama lagi tu menetas dan bertambah banyaklah jumlah ayam-ayam ni.



Hari ini, pagi-pagi lagi hubby dah ke kebun di Binjai, ambik ayam dan hantar ke pasar. Sekarang ni senang je nak sembelih ayam. Bawak je ayam yang hidup-hidup tu dan di pasar ada orang yang sembelihkan dan cabut bulu ayam. Bila keluar dari mesin bersih putih. Kosnya terlalu murah iaitu RM1.00 bagi seekor. Murah kan!!! Sangat-sangat berbaloi....


Di sini ibu sertakan resepi gulai ayam yang ibu buat hari ini.


Resepi Gulai Ayam Kampung


1 ekor ayam kampung
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 tangkai lada kering
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1.2 inci kunyit hidup
3 sudu rempah gulai kampung
2 sudu besar kerisik
1/2 kilo santan
1/2 inci belacan
1/2 keping nisan kelapa
2 keping asam gelugur
Sedikit garam
2 biji ubi kentang
sedikit rempah menumis


Cara


Tumis rempah menumis kasar 4 beradik
Masukkan yang berwarna hitam yang telah di blendkan terlebih dahulu
Masukkan rempah gulai ayam kampung, belacan. Bila garing sedikit masukkan ayam.
Kemudian masukkan asam keping dan kerisik. Tambahkan air biar melebihi ayam.
Rebuslah ayam dengan periuk di tutup rapat.
Ayam kampung ni isi dia pejal sedikit jadi kena rebus agak lama jugak lebih kurang 1 jam.
Bila nampak isi ayam dah hampir empuk, masukkan santan dan garam
Last sekali masukkan ubi kentang.


Selamat mencuba.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

21 ulasan:

  1. ibusayang..ayam kampong..kami kat n9 ni..kalau dapat ayam kampong tu..tak sah kalau tak dibuat rendang atau pun masak lomak cili api..sedap betul kalau dapat buat masak cili api...ish..terliur pulak..tapi kat sini susah sikit nak dapat..kat pasar kata ayam kampong..tapi lembutnya macam ayam bandar..kena balik kampong..beli ngan mak cik2 yang masih ada bela ayam kt kampong..

    BalasPadam
  2. Sedapnya gulai ayam kampung,bila kak Zai teringin nak makan beli yang goreng aje itu pun mahal ya amat.

    BalasPadam
  3. Salam Kak Erna,

    Masak rendang pun sedop...masak cili api belum pernah rasa lagi. Lepas ni boleh try.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Zai,

    Ayam kampung ni bila dah sampai ke bandar nak-nak bandaraya pulak tu .... oh..saham dia pun naik sama. hihihi

    BalasPadam
  5. sedap tu...meleleh air liur.
    kt kampung mertua byk jg ayam ni, dulu2 ambo biasa igak wat gulai. tp skrang xleh lagi sbb time ambo balik semua lari masuk tido dlm semak...hahahaha
    dia cam pulak ambo ni...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama20 Jun, 2010

    Assalamualaikum. saya silent reader.

    Nak tanya kat mana beli mangkuk bunga ros 4 segi yg dlm macam tu. saya dah ada set ni tapi tak de mangkuk besar utk letak kuah.

    BalasPadam
  7. kak..
    sedap ayam kampung kan..
    buat sup pun sodap ;p

    BalasPadam
  8. Salam Sano,

    Lepas ni balik awal sikit,bawak tali panjang sikit leh wak igat ayam tu hihihi

    BalasPadam
  9. Salam Ibu....
    nampak sedap sangat gulai ibu tu....kalau makan dengan pulut kuning..emmmmm..Kalau nak tahu, anak-anak saya suka ayam kampung, tapiii....digoreng rempah...rumah emak mentua banyak ayam ni.

    BalasPadam
  10. To Anonymous,

    Selalu ibu beli corelle di Langkawi @ P.Kubur, Kelantan (duty free). Mangkuk tu maybe beli di P.Kubur, dah lupa tp di antara 2 tempat tu la...

    BalasPadam
  11. Salam SSI,

    Ibu pernah jugak buat sup..sedap

    BalasPadam
  12. Salam Azi,

    Kalau makan dgn pulut kuning kena buat rendanglah baru kowwww!!!!!

    BalasPadam
  13. Gulai ayam kampung........emmmmmm sedappppp.

    BalasPadam
  14. Salam Pak Man,

    Alhamdulillah....

    BalasPadam
  15. Hello Ibu sayang, I was at KL Mari's place nak chabut noticed your callsign...and buat U turn busybody disini.
    Noticed you in Trengganu....I have always loved Trengganu, not to mention apart from the beautiful beaches, Pulau Kapas....I love the nasi dagang....especially at the market tepi Sungei in town.

    Your ayam kampong looks absolutely delicious! Outstanding! I can practically get the lovely scent of the spices you used.
    Ada lagi ke?
    I think tiga pingan nasi boleh lichin kan, ha ha.
    Have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

    BalasPadam
  16. salam ibu

    di afrika ayam kg dipanggil ayam kudu,hari tu mrs terbeli psl tak tahu, nak buat rendang

    lps makan knp liat , baca kat pack, ayam kudu heheheheheh

    BalasPadam
  17. To Uncle Lee,

    Thank you. It was a big pleasure for that kind of praise for me. Unfortunately the marvelous `gulai' had all been eaten by my boys. Next time if you visit my house I will cook for you.InsyaAllah.

    BalasPadam
  18. Salam Pak Itam,

    Kudu tu nak dekat bunyi dia mcm BUDU. hihihi. Ayam kg ni kena masak lama sikit @ guna pressure cooker baru dia empuk.

    BalasPadam
  19. hhmmmm jadi pengin nih menu ayam nya hehe

    BalasPadam
  20. tq for sharing..
    http://abiumihannan.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails