27 Julai, 2010

Mari Kenal Petai

Salam....





Petai  adalah sejenis ulam yang sangat sedap dan banyak khasiatnya. Di rumah petai ni selalu ada bekalan kerana menjadi kegemaran MIL. Selalunya dia menjadikan petai ini sebagai ulam pilihan utama selepas lain-lain ulaman yang ada.  Gambar  di atas tu sambal udang petai yang ibu masak hari minggu lepas.



Hari ni ibu nak kongsi cerita berkenaan khasiat petai yang ibu dapat dari tok wan ibu. Terima kasih ibu ucapkan kepada tok wan google kerana telah memberi  tips berkenaan khasiat petai ini. 'Terima kasih ya tok wan'. Tok wan kata antara khasiat terbaik yang ada pada petai ialah:


1.  Kandungan tryptophan boleh  memberikan  mood yang relax dan rasa lebih berbahagia selepas memakannya.

2.  Kandungan vitamin B6 boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

3.  Kandungan zat besi yang tinggi  menghalang anemia terjadi.

4.  Boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan menghalang stroke

5.  Kemampuan otak berfikir dengan cepat, sesuai untuk pelajar-pelajar

6.  Kandungan serat yang tinggi boleh mengatasi sembelit

7.  Boleh menahan mabuk dengan cara petai di blend + madu + susu => minum

8.  Boleh mengurangkan rasa panas badan disebabkan  banyak makan

9.  Boleh menghilangkan rasa mual di pagi hari

10. Kulit bahagian dalam petai di gosok pada tempat yang digigit nyamuk untuk menghilangkan rasa gatal

11.Boleh membantu menenangkan sistem saraf

12. Boleh menurunkan suhu badan terutama ibu yang sedang menanti kelahiran bayi menyebabkan suhu badan naik

13. Vitamin B6 dan B12 yang terkandung boleh menghentikan katagihan nikotin (untuk perokok)

14.Kandungan kalium yang tinggi boleh meredakan stress

15. Boleh mengurnagkan kadar stroke sehingga 40%

16. Perbandingan dengan Epal : 4x lebih banyak protein, 2x lebih banyak karbohidrat, 5x vitamin A dan zat besi dan 2x jumlah vitamin dan mineral lain

Oleh kerana itu, petai yang kaya dengan kalium merupakan ulam dengan nilai  pemakanan terbaik.
Allahua'alam.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

24 Julai, 2010

Kait Langsat


Lihat gambar dulu ya.....







Berbalik kepada kisah kait langsat ni, selesai kait ditimbang-timbang dapatlah dalam lima kilo setengah.  Cukuplah tu sebab ada lagi yang belum masak lagi. Mungkin hari Jumaat minggu depan, insyaAllah misi kait mengait langsat akan bersambung.  Ini dia gambar hasil kutipan langsat petang kelmarin.

 


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.


21 Julai, 2010

Terima Kasih Pengirim...

Salam....



Terima kasih kepada pengirimnya yang bersusah payah mengirimnya dari jauh. Selamat sampai di tangan ibu dalam keadaan sempurna. Ibu suka sangat pada hadiah ini. Alhamdulillah syukur. Syukran dan  thank you very much. Muuuaaahhhhh.......  Semoga pengirimnya sentiasa di permurahkan rezekinya. Hidup aman damai dan berbahagia di dunia dan akhirat. Mohon Allah SWT permudahkan segala urusan beliau dan keluarga di sana dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik pengirim. AMIN.

19 Julai, 2010

Jom Pergi Kebun Ibu


Salam.........


Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk buat ibu.  Apa tidaknya pagi-pagi lagi selepas solat  subuh ikut hubby ke kebun untuk kutip durian. Kalau dapat pergi awal dapatlah banyak sikit durian tu!.Lewat sikit aje pergi ...habis........habis.......di baham dek orang.  Kita sebagai tuan kebun terpaksa berebut dengan pendatang haram yang semakin berani menceroboh kebun orang. Sempat beberapa kali terserempak dengan bangla sedang mengutip durian kita. Selamber derk aje!! GERAM!!!!

Ini gambar isi durian,  sedap, lemak, best...


Ini gambar pokok durian kampung spesis katak. Isi putih kekuningan. lemak dan bersari. Pokok tinggi, lenguh tengkuk asyik mendongak . Nak ambil gambar pun susah. Nak pulak guna camera yang murah!!Tahun lepas dapat berbuah dalam seribu lima ratus  biji. Itu rekod yang hubby tulis. Setiap hari buah yang gugur hubby akan rekod untuk tahu berapa biji keseluruhan setiap tahun. Oang Cina sangat suka spesis ini dan sanggup tunggu di bawah pohon.


Seminggu sebelum durian mula gugur, hubby upah orang mesin rumput-rumput di bawah. Tak sempat hubby nak buat semua tu. Kebetulan tuan kebun sebelah sedang memesin rumput di kebunnya, maka hubby ambik peluang upah dia sekali. Ini hasilnya setelah siap di mesin.


Cantik kan!!


Ini gambar buah durian yang dikumpul hari tu, dapat dalam 45 biji pagi tu. Ini semua spesis katak. Maaf YB K*t*k, ibu bukan mengata dia. ini real punya spesis.


Tu tangan hubby suruh amik gambar Cik Manggis. Saja guna nama Cik Manggis untuk glamor. Maaf ya!!



Cik Manggis lagi- belum masak lagi



Ini pulak cik duku, jugak belum sampai masa nak di harvest lagi. Hubby kata dalam sebulan lagi. Mana pulak pergi gambar bangsal. Dua tiga kali upload asyik gagal aje. Rasa upload yang terakhir tadi dah berjaya. Hubby sedang bersihkan  bangsal boleh duduk berehat sambil makan durian. Tak apalah lain kali ibu tepek gambar bangsal yang banyak berjasa kepada rakyat jelata.


Ini gambar isi durian kuning. Ada durian isi putih jugak

Jomlah datang ke kebun boleh makan durian fresh!!!


Sekian dulu, nanti jumpa lagi....insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

11 Julai, 2010

World Cup 2010 Final

Salam...



Ini dia bola yang akan menentukan team manakah yang akan menjulang piala  World Cup 2010. Malam ini akan menjadi penentuan di mana segala impian akan menjadi kenyataan. Masing-masing team telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai gelaran juara. Ada team yang dianggap gah tetapi kecundang lebih awal. Apa yang boleh di kata cuma `bola ini bulat'. Dia boleh pergi ke arah mana sahaja yang dia suka setelah disepak dan diterajang.  



Ini dia team yang akan  beraksi  di perlawanan akhir pada malam ini. Sama-sama kita saksikan siaran live dari  Stadium Soccer City di Johannesburg. Ramai orang mengambil kesempatan menonton di screen gergasi tak kira di mana berada. Kawan-kawan ibu di Office (lelaki sahaja) telah menempah kedai di Batu Buruk Kuala Terengganu untuk menyaksikan secara beramai-ramai. Tengok tu sanggup bersengkang mata dan tinggalkan anak isteri di rumah demi World Cup 2010 Final.  Ibu, hubby dan anak-anak pulak menonton dari stadium di rumah aje. Nanti kenalah sediakan  kopi dengan jemput-jemput pisang buat keraskan mata.





Dalam suka-suka ini dia bakal keputusan yang akan diterima mengikut ramalan  hubby, anak-anak dan ibu.

Afiq - Spain menang dengan 1 -0  ( kalau kalah bersetuju belanja makan ahli keluarga dengan KFC + Pizza)

Amir - Spain menang dengan 3-1 (Kalau kalah bersetuju belanja makan ahli keluarga dengan western food)

Adli & Aizul  - Belanda menang dgn 2-1( kalau kalah sanggup kongsi belanja makan ahli keluarga dengan sushi )

Hubby - Belanda menang dengan 2 - 1 ( Kalau kalah bersetuju belanja makan ahli keluarga di mana-mana sahaja atas permintaan yang menang)

Dan

Ibu - Spain menang dengan 2 -0 (kalau kalah bersetuju belanja makan ahli keluarga di mana-mana sahaja atas permintaan yang menang - saje ikut hubby)

Aisyah - tak tengok bola....!  :) tak berpeluang


Walau apapun mana-mana team yang menang ibu tak kisahpun, cuma suka bermain teka teki aje. By pagi esok kita semua akan menerima siapa sahaja yang akan membawa pulang piala. Semoga ketemu lagi di World Cup 2014 di Brazil. InsyaAllah. (Macam wakil FIFA pulak)

Sekian dulu, nanti jumpa lagi..InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Jawapan Kepada Uji Minda

Salam....


Mula-mula ibu mintak maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan. Sungguh ni.....ibu  mintak maaf ya! hari tu ibu berjanji nak umumkan jawapannya pada hari Khamis lepas. Tiba-tiba keputusan tidak dapat di siarkan di atas sebab-sebab tertentu.


Ya Betul... Macam ni ceritanya .....


Balik je kerja hari Khamis tu, terus dapat emergency kes. Ini bukan kerja kat spital, ini cerita benar. Terpaksalah pergi ke Kuantan dengan tiba-tiba. Bila balik terus tidur sebab dah lewat malam sangat. Keesokan harinya pulak subuh-subuh lagi dah bukak lappy, internet pulak buat masalah. Tulah tak ada kerja cari kerja. Lain kali jangan berjanji lagi. Bila dah bermasalah cam gini kan dah susah....Maaf ye!

Maaf kan ibu....maaf kan ibu...


Berbalik kepada jawapan kepada persoalan Uji Minda tu:

Jawapannya ialah........

.


.


.


.


.


KAD PENGENALAN   aka   IC



Cuma Azi je yang cuba menjawab tetapi tidak confident dengan jawapan yang diberi. Perkataan `kot' yang diletakkan menunjukkan confident level tidak high. Maaf ya Cik Azi, setiap jawapan mesti dengan yakin. 


Sekian

07 Julai, 2010

Uji Minda

Salam......


Hari ini ibu nak menguji kepintaran minda semua pembaca. Kalau ada yang sudi tolonglah beri jawapan pada uji minda ini.  Soalan ini  telah membuatkan team ibu bukan kalah tapi tidak menang dalam acara tresure hunt semasa hari keluarga baru-baru ini.  Sebanyak 9 soalan telah berjaya di jawab cuma soalan ini sahaja gagal disebabkan mengejar  masa dan tidak mahu menerima  pendapat orang. Terlalu konfident dengan jawapan  sendiri maka padahlah  yang menimpa kita. Kadang-kadang sedih juga rasa bila kita dah berpenat kesana kemari mencari jawapan, last-last soalan terakhir gagal dijawab pulak. Kiranya ramai sangat yang menolong memberi jawapan yang tepat. Pihak pengurusan pun sanggup berikan hint tapi tak nak percaya jugak.Ini  soalannya:



SEKALI PANDANG TIADA HARGA
PENUH SAYANG AKU DIJAGA
AKU TIADA BUKANLAH WARGA
SILAP-SILAP MASUK PENJARA



Sila jawab ya...!

04 Julai, 2010

Hari-Hari Untuk Keluarga

Salam.....

Alhamdulillah, selesai sudah  Hari Keluarga yang di sambut kelmarin iaitu 3 Julai, 2010 di TER Terengganu. Berbaloi dengan kesibukan dan kepenatan yang diperolehi selama menguruskan segala persiapan. Segala gambar-gambar tidak dapat ditunjukkan di sini  kerana ibu sibuk menjadi juruacara games. Gambar-gambar yang adapun adalah dengan menggunakan kemera telefon bimbit ibu, So tak dapat banyak gambar yang sempat diambil. Gambar sepenuhnya berada di tangan unit media yang belum di edit untuk di simpan dan menjadi milik pihak pengurusan. Jom kita layan gambar yang ada..

 Berbagai gaya kanak-kanak semasa mewarna.
Games untuk kanak-kanak
Memancing, crazy golf, mini tresure hunt
Door Gift dan jamuan tengahari
Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari bertempat di Paddock Cafe. Kesemua yang hadir bergembira dengan hadiah misteri yang diterima semasa upacara lucky draw. Ada yang membawa balik basikal, microwave, dapur gas, mixer, blender, kettle dan macam-macam lagi. Bersyukur, ibu  mendapat dua hamper, sepasang baju batik sutera dan satu helai tuala mandi. Lebih kurang jam 3.00 petang kesemua berangkat pulang.

Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu

01 Julai, 2010

Sibuk & Busy

Salam....


Hari ni ibu nak maklumkan blog ibu ini bercuti beberapa hari disebabkan terlalu sibuk menguruskan hal-hal pejabat. Hujung minggu depan Office ibu ni nak mengadakan Family Day di TER Kuala Terengganu. Ibu telah dilantik untuk menjadi ketua dalam permainan, jadi banyaklah urusan perlu dibereskan sebelum tiba harinya.

Sekian harap maklum.
Related Posts with Thumbnails