17 Februari, 2011

Alhamdulillah....selesai sudah!

Salam....


Cuti CNY yang lepas, atas urusan anak no. 1, rombongan Cik Kiah Ke Batu Gajah, Perak. Walaupun jauh perjalanan tetapi segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.  Perjalanan ok, perbincanganpun ok. Syukur pada mu Ya Robb.Selepas ini bermulalah tugas berat si ibu  huhuhu al maklumlah menantu pertama. 



Sessi perbincangan hangat sedang berlangsung




Selepas kata dipersetujui, janji diikat,  maka upacara menyarungkan cincin di dikotakan. Dalam malu-malu si ibu menyarungkan cincin ke jari bakal menantu. Pelik kan!....sepatutnya menantu yang malu-malu. Dalam kes ini  kedua-dua yang malu. hahaha.



Please ignore jari jemari ibu yang kementot itew!


Walaupun bawa barang iringan tak banyak tapi  berbalas jugak. Selepas selesai upacara,  rombongan Cik Kiah dihidangkan dengan makan tengahari yang enak sekali walaupun masa tu baru jam 11.30 pagi. Selepas itu rombongan Cik Kiah berehat di Kg. Gajah sementara menunggu kaum Adam menunaikan solat Jumaat. Lebih kurang jam 2.50 petang terus perjalanan ke Kemaman, dan berhenti berehat dan minum petang di R&R Rawang. 





+++++++++++++++++++++++++++++




Hari sabtu lepas, ibu ke Permatang Badak Kuantan memenuhi jemputan kahwin rakan sekerja, Haffis. Masa ibu sampai  Haffis sedang  bersanding di pentas pelaminan bersama-sama Cikgu Zulaikha yang cukup cantik dan berseri-seri wajah kedua-dua mempelai.  Tahniah diucapkan kepada pengantin, semoga kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa dan sentiasa  dilimpahi rahmat Allah. Amin








Lirik lagu ini untuk Pengantin; Haffis dan Zulaikha:

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure

A day that brings the two of you
Close toghether
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make you love
Last forever
Let's raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say,say,say
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

6 ulasan:

  1. tahniah kak fae.. xlama lagi nk dapat menantu : )

    BalasPadam
  2. Tahniah,bila agaknya majlis besar akan berlangsung.

    BalasPadam
  3. as salam

    tahniah ibusayang..bakal menjadi mak mertua..
    semoga selamat semuanya ..insyaallah..

    BalasPadam
  4. Tahniah, tak lama lagi dapat menantu.......

    BalasPadam
  5. Salam Ibu...
    Tahniah ibu...dah nak jadi Ibu Mentua orang ni...lepas ni sure Ibu tak tidur lena ...sibuk membuat persiapan..menantu pertama katakan..semoga semuanya dipermudahkan olehNya...

    BalasPadam
  6. tahniah..
    bersiap sedia majlis yang besar tu.
    moga dipermudahkan urusan, semua berjalan ngan lancar..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails