Masih dalam mood raya lagi ni. Tetamu aka anak saudara yang bekerja di KL datang beraya di rumah. Nasib baik dia beritahu dulu, bolehlah ibu menyediakan mee kari kegemaran dia. Dia sebenarnya dalam perjalanan nak balik ke KL setelah bercuti raya di rumah mama dia di Dungun. Mintak Afiq pergi belikan sata dan otak-otak di tempat yang ter`pemes' di Kuala Kemaman. Isteri dia suka sangat tu sebab sata dan otak-otak dia menggunakan ikan fresh yang didatangkan dari laut di situ juga.
Selesai makan berehat, sembang-sembang sambil menonton TV yang tak tahu apa citer, lebih kurang jam 10.00 malam barulah bertolak balik ke KL. Jam 2.00 pagi terima sms `kami selamat sampai' . Alhamdulillah..
Keesokkan harinya mak ibu menghantar kiriman nasi dagang melalui kakak yang balik ke Kemaman. Alhamdulillah syukur, rezeki. Kebetulan hari ni ibu masak nasi minyak kerana meraikan birthday Aizul.
Semalam aka kelmarin majlis raya di opis ibu. Banyak juadah yang disediakan dan tetamupun ramai jugak. Semua orang yang lalu lalang dapat singgah makan. Majlis bermula jam 12.00 tengahari setelah Pak Ketua memotong table cake menandakan majlis bermula. Alhamdulillah habis semua makanan yang disediakan oleh pihak catering. Tepat jam 3.00 petang majlis ditutup.
Hari Khamis ni - 30 September 2010 akan di adakan satu lagi majlis hari raya bersama Anak-Anak Yatim Darul Falah Bukit Payung, Marang Terengganu. Majlis ni adalah anjuran Opis ibu bekerjasama dengan Terengganu fm. Katanya akan ada siaran melalui TV1. Waktu siaran Allahua'lam, tapi melalui radio terengganu `live' katanya. Jom kita joint beramai-ramai. Antara menu utamaya sate, mee hoon goreng, kek besar punya, nasi, tart telur dll. Kesemua hidangan di bawa bersama cateringnya sekali.
Teka teki tekuk masih berjalan, cubalah menjawabnya. Ramai yang dok baca tapi takut aka tidak berani untuk menjawab (sumber dari statistic hehehe) Cubalah lagi.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi..insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.
salam ibu
BalasPadamvavavava
meriah sungguh dgn juadah dan jamuan
saya masih belum raya ssekali lagi heheheheh
Salam Pak Itam,
BalasPadamBelum Raya??? Hari ni dah 19 Syawal...macam pelik je bunyi tu, hehehe
salam ibusayang..alahai..sedapnya nasi dagang..
BalasPadamSalam Kak Erna,
BalasPadamDatang le sini, boleh kita makan nasi dagang yg sedap ni.