16 Ogos, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Salam.....


Apa khabar semua kawan-kawan? Dah agak lama juga ibu menyepi.....tiba-tiba terasa rindu pada kawan-kawan semua. Puasa-puasa ni banyak  aktiviti yang terpaksa  diskip.  Terasa masa tu cepat sangat berlalu. Sehinggakan nak buka blog sendiri pun tak cukup masa, apa lagi kalau nak blogwalking. Maaf ya kawan-kawan. Kawan-kawan rindu  ibu tak?  Ibu sentiasa rindu pada kawan-kawan semua. Kali ni ibu nak tunjukkan gambar-gambar semalam semasa opis ibu buat majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini.... Jom kita tengok gambar...


 Ni napkin yang kena  pakai, leceh betul kita ni bukannya jenis yang kuat ikut peraturan di meja makan

Sebelum semua masuk ibu sempat curi-curi masuk untuk ambil gambar....hihihi. Tak apa kan curi-curi masuk bukan curi-curi makan.
Decoration yang simple. Nak tanya ada sesiapa yang hilang kain batik sarung, boleh claim di sini.

Boring mendengar ceramah


Hidangan yang menyelerakan.

 Selesai mendengar ceramah dari ustaz, masing-masing pun berebutlah bagai nak rak untuk memenuhkan pinggan masing-masing. Perangai budak-budak tu masih ada lagi dalam diri, kadang-kadang hairan juga tengok perangai orang berpuasa. Walhal lauk-pauk tu dah pasti cukup untuk semua.  Jam 7.21 maka azan berkumandanglah tanda masuknya waktu  berbuka puasa bagi seluruh kawasan dan yang sewaktu  dengannya.  Ustaz membacakan doa dan mulalah makan. Ramai yang ambil kesempatan untuk minum air setegak dan makan tiga biji kurma terus bersolat,  kemudian barulah makan. Kalau makan dulu nanti takut tak sempat solat maghrib.  Selesai semua lebih kurang jam 7. 50 pm balik ke rumah.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.





8 ulasan:

  1. ibusayang...bulan puasa ni..memang masa rasa cepat berlalu..
    kadang tu..buka tenet guna talipon je untuk BW dan tinggal komen..kaau nak harap dah balik kerumah..memang rasa tak cukup masa...
    memang rasa rindu nak baca celotah diblog ni..tapi masing2 faham kan...

    BalasPadam
  2. Salam Kak Erna,

    Apa yg akak katakan tu betul semuanya. Tambahan pulak mood utk berblog di bulan puasa ni merurun kerana tubuh pun manyak letih maa...

    BalasPadam
  3. dah budaya org kita suka berebut.. hehe.
    kat sini org x berebut, naik bas pun beratur

    BalasPadam
  4. Mereka berebut sebab .....free. Kalau kena bayar tak berebut lah. Heeeheeeeheeee.......

    BalasPadam
  5. Wah...ibu sayang makan besar,bestnya.
    Teringat kak Zai masa dulu kami mesti makan besar kat Hotel tapi sekarang tak pergi sebab hubby kata tak seronok kalau anak tak ada semua.

    BalasPadam
  6. Salam Fa10,

    Terkadang tu rasa malu gak, sebabnya pihak hotel dah sediakan cukup untuk semua. Tapi bila berebut dah jadi budaya susah lah nak ubah. Omputih memang akur dengan peraturan.

    BalasPadam
  7. Salam Pak Man,

    hehehe betul tu. pandai lah Pak Man ni!

    BalasPadam
  8. Salam Kak Zai,

    Tu lah kadang2 rasa x suka gak nak pergi. Anak & hubby kat rumah makan apalah..tapi opis ni selalu x nak ajak family ( nak jimat koslah tu) Ni 26/8 ada sekali lagi berbuka di hotel lain pulak. Family tetap x di ajak. Betul2 nak jimat kos...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails