20 Disember, 2010

Teka Teki Sudah Terjawab...

Assalamualaikum....


Ingat tak lagi dulu, pernah ibu membuat teka teki berkenaan bunga ini?





Kini telah ada pemenangnya saudari hikari dan hadiah telahpun dihantar pada minggu lepas. Harap tuan punya telahpun menerima hadiah yang tak seberapa itu tetapi ikhlas daripada si pengirimnya.  Pada awalnya ibu telah menetapkan bentuk hadiah yang akan diberikan, tetapi apabila pemenangnya adalah  `student'  maka hadiah bertukar kepada yang lebih sesuai dengan watak seorang student. Ok ke? :)




Direndam dalam sepuluh minit, kemudian ramas-ramaskan  supaya mengeluarkan air berwarna biru. Lepas itu ditapis dan disukat mengikut sukatan beras yang akan di tanak.  Basuhkan beras dan tanak seperti biasa menggunakan rice cooker. hehehe.  Bila nasi masak maka jadi macam gini ye....



Tu kira sudah masak 'molek' doh dan dalam masa yang sama perlu disediakan lain-lain bahan atau pasangan untuk   hidangan   ni. Antaranya   ialah  sambal  kelapa,  ulam-ulaman (sebarang jenis), taugeh, sambal budu, sambal lada, daging bakar atau ayam bakar dan tumis belacan.  Walaubagaimanapun ada lagi bahan yang dikira sebagai aksesori iaitu solok lada, kerepok keping, ikan goreng, telur masin dll  bahan  yang  dirasakan perlu.


Tapi ibu buat yang wajib sahaja  sebab malas tidak cukup masa hehehe



Sedia untuk dihidangkan......




Kalau tak mahu yang itu ambik yang ni....



Jemput makan kawan-kawan.


7 ulasan:

  1. salam ibusayang..sedapnya..nasi kerabu tu..dengan daging bakar lagi.lama dah tak makan..

    BalasPadam
  2. pertama kali sy tgk bunga utk colour nasi kerabu ni...
    nama bunganya pun sy tahu...
    oghe kelate ko?

    BalasPadam
  3. Salam Kak Erna,

    Jom kita makan ramai-ramai.

    BalasPadam
  4. Salam Fa10,

    Ibu bukan oghe Kelate...tapi oghe Ganu Kita. Makane kito khe samo jah....

    BalasPadam
  5. Salam Pak Man,

    Alhamdulillah...mmg sedap dan kena dgn selera.

    BalasPadam
  6. salam ibu..
    trima kasih2 byk2 utk hadiah tu.. ^_^
    moga ibu & family sentiasa dlm limpahan rahmat & kasih syg-Nya..ameen...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails