27 Ogos, 2010

Majlis Berbuka Puasa Lagi...&.. Lagi...

Salam....

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Hari ni cuti Nuzul Quran. Tapi di Terengganu ni tak dapat apa-apa sebab hari Jumaat sememangnya cuti hujung minggu. Seperti yang dikata dalam n3 dulu-dulu, alhamdulillah selamat sudah upacara majlis berbuka puasa untuk semua kakitangan yang berlangsung pada malam semalam. Kali ini kehadiran boleh dikatakan 90%. Yang tidak dapat hadir hanyalah yang ada anak kecil @ baby yang tidak boleh ditinggalkan. Pengisian lebih seronok dari yang dulu tu. Ustaz penceramah dijemput dari UIA iaitu Dr Zulkifli bin Muda yang berasal dari Losong Kuala Terengganu


Kali ini hidangan disediakan dalam bentuk buffet dan lauk pauknya begitu banyak sekali. Tapi ....tapi....keadaannya  saling tak berubah macam dulu-dulu juga. Masing-masing mengambil lauk pauk bagai nak rakkk.Langsung tak hingat saudara kita di Palestine or anak-anak di rumah anak yatim hatta anak sendiri  yang ditinggalkan di rumah (kerana datang berbuka di hotel). Mari kita tengok pinggan ni . Ada sesiapa yang nampak nasinya.MasyaAllah penuh dengan lauk. INI BUKAN PINGGAN IBU YA!.Ini pinggan kepunyaan kak Sarah.  Harap maaf.







Jomlah kita tengok lauk pauk yang dihidangkan. Sebelum tu maafkan ibu ya pic kurenggg  menarik kerana menggunakan handphone cap ayam kepunyaan ibu. hehehe








Sekarang mari kita tengok wajah-wajah yang menyerikan majlis...
Macam mana boleh masuk pic ni....sedap syiokkk!



BERITA BAIK...BERITA BAIK..... Oven ibu yang rosak tu dah dikembalikan. Alhamdulillah...Syukur. Lepas ni boleh mengukislah pulok!


Petang ni ada satu lagi majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Surau Taman Ixora. Ibu tak pergi kot sebab mak mertua yang duk kat rumah tak nak pergi. Jadi hubby dengan anak-anak lelaki sahaja yang akan pergi. Kenalah ibu menjaga mak mertua yang bukan sakit tapi agak nyanyuk  pelupa sedikit. Sabor jelah menantu ya!


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah.
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

24 Ogos, 2010

Hu hu hu....Sob sob sob.....

Salam.....





Tiba-tiba.......

   ^


   ^


   ^


   ^


   ^


   ^


   ^



Tuan Doktor  sedang melakukan ujian untuk mengenal pasti punca kesakitan yang dialami.  Banyak jugak alatan yang dibawa semasa ujian dijalankan. Walau bagaimanapun masih belum boleh di diagnoskan lagi. Sehinggakan Tuan Doktor terpaksa membuka segala urat perut dan melakukan operation besar-besaran.



Habis segala baju atas dan baju belakang dibuka oleh Tuan Doktor. Namun begitu masih gagal mendiagnoskan apa penyakitnya. Dan akhirnya barangan kesayangan ibu telah diusung keluar untuk dihantar ke hospital.  Hu..hu..hu...sob..sob..sob... sedih, barangan kesayangan ibu dah sakit dan tak tau bila lagi boleh tolong kerja-kerja  ibu di dapur.


Hai cam mana nak beraya ni....kek & sekut selalunya bikin sendiri. Nak mintak hubby gantikan yang baru, kesian pulak rasanya.   Tak ada ke cara mudah untuk mengatasinya. Semalam hubby ada jugak tanya, ibu hanya kata dalam jangkamasa terdekat tak kan ribu riban  melayang lagi. Atau tak ada ke dermawan-dermawan di luar sana yang sanggup  menderma barangan kesayangan ibu ini atau seumpamanya untuk ibu guna sementara menjelang raya.  Tolong kami.. bantulah kami...   atau nak biarkan ibu beraya dengan   kuih  cap M*din. Ish!...Gelilah anak tekak,  tak tertelan karang. 


Untuk menghiburkan hati ibu yang sedih ni, ibu dedicated this song to me....myself....ibu...&...I


KENANGAN TERINDAH......by samsons

Aku yang lemah tanpamu..
Aku yang rentan karena..
Cinta yang telah hilang darimu..
Yany mampu menyanjungiku..

Selama mata terbuka..
Sampai jantung tak berdetak..
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangkanmu..

Darimu..
Kutemukan hidupku
Bagi ku
Kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kau kujadikan kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun tak kan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidup
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah...


Alamak....tak ada kesinambungan langsung  lagu  dengan cerita ni...   
ADA AKU KISAH..!! he he he...


Sekian dulu, nanti jumpa lagi....insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

21 Ogos, 2010

Majlis Berbuka Puasa Lagi.....

Salam....

Apa khabar semua??? Kali ni ibu nak cerita pasal majlis berbuka puasa lagi, Asyik-asyik berbuka puasa aje macam tak ada cerita lain. Dah  ada jemputan, kita kenalah hadir tolak karang macam menolak rezeki pulak. Kali ni majlis berbuka puasa di rumah Kak Nor iaitu adik ipar ibu. Aik...macam mana adik ipar boleh jadi Kak Nor pulak......maklang kerteh tau cerita ini! (walaupun adik ipar tapi umur dia lebih tua dari ibu - hehehe).


Rumak Kak Nor di Geliga Che Akob. Tetamunya hanyalah adik beradik termasuklah ipar duai, anak buah dan cucu-cucu ibu mertua ku.  Kira-kira majlis berbuka puasa anak beranak ajelah. Memacam lauk yang dapat dihidangkan, tapi yang paling best gulai ayam kampung lah. Nak tau kenapa? Sebab nya ayam tu kita punya - ayam yang hubby dok bela di kebun di Binjai. Lain-lain lauk ada asam pedas, ikan bakar dan lain-lain. Cerita kalau tak ada gambar pasti tak sah kan....jom kita lihat apa yang ibu dapat tepek kat sini.


Jom kita close up  lauk menjadi pilihan ibu. hehehe


Jangan mare Kak Nor, walaupun banyak lauk yang dihidangkan, ibu cuma memilih asam pedas ni le! Agak power jugaklah sebab kuahnya pekat dan `good taste'. (ambe suke tu!)


Baby Intan antara cucu ibu mertua ku yang termuda. Baik budaknya. Sempat jugak ibu cubit-cubit pipinya...em...gerammmmm! Selesai makan-makan kita semua bersolat maghrib, isyak dan berterawih bersama-sama di ruang tamu. Aizat Jamali menjadi imam dalam solat kita merupakan cucu menantu ibu mertuaku. Aizat berumur 23 tahun dan merupakan seorang tahfiz. Lupa pulak nak close up si Aizat.


Ada moreh pulak lepas tu...lotih mak cik dok makan aje keje nya. Tak sempat nak ambil gambar dah letih sesangat. Nak tau moreh apa?  Mee hoon goreng + kerepok + air cendol + netbat. Burp!!! Alhamdulillah.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi ...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu



16 Ogos, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Salam.....


Apa khabar semua kawan-kawan? Dah agak lama juga ibu menyepi.....tiba-tiba terasa rindu pada kawan-kawan semua. Puasa-puasa ni banyak  aktiviti yang terpaksa  diskip.  Terasa masa tu cepat sangat berlalu. Sehinggakan nak buka blog sendiri pun tak cukup masa, apa lagi kalau nak blogwalking. Maaf ya kawan-kawan. Kawan-kawan rindu  ibu tak?  Ibu sentiasa rindu pada kawan-kawan semua. Kali ni ibu nak tunjukkan gambar-gambar semalam semasa opis ibu buat majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini.... Jom kita tengok gambar...


 Ni napkin yang kena  pakai, leceh betul kita ni bukannya jenis yang kuat ikut peraturan di meja makan

Sebelum semua masuk ibu sempat curi-curi masuk untuk ambil gambar....hihihi. Tak apa kan curi-curi masuk bukan curi-curi makan.
Decoration yang simple. Nak tanya ada sesiapa yang hilang kain batik sarung, boleh claim di sini.

Boring mendengar ceramah


Hidangan yang menyelerakan.

 Selesai mendengar ceramah dari ustaz, masing-masing pun berebutlah bagai nak rak untuk memenuhkan pinggan masing-masing. Perangai budak-budak tu masih ada lagi dalam diri, kadang-kadang hairan juga tengok perangai orang berpuasa. Walhal lauk-pauk tu dah pasti cukup untuk semua.  Jam 7.21 maka azan berkumandanglah tanda masuknya waktu  berbuka puasa bagi seluruh kawasan dan yang sewaktu  dengannya.  Ustaz membacakan doa dan mulalah makan. Ramai yang ambil kesempatan untuk minum air setegak dan makan tiga biji kurma terus bersolat,  kemudian barulah makan. Kalau makan dulu nanti takut tak sempat solat maghrib.  Selesai semua lebih kurang jam 7. 50 pm balik ke rumah.


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.





10 Ogos, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam....



 Bermula malam ini kita akan menjejaki bulan RAMADHAN Al Mubarak, InsyaAllah. Seperti yang kita semua ketahui bermula malam ini semua umat Islam di fardhukan untuk menjalani ibadah puasa selama satu bulan. Di kesempatan ini ibu ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Bagi pihak ibu, suami  dan anak-anak mohon maaf banyak-banyak jika ada terkasar bahasa dan tersalah penggunaan perkataan yang mana telah menguris hati semua. Mohon halal makan dan minum jika ada. Mohon halal dalam berbicara selama ini.


Sama-sama lah kita semua mengimarahkan bulan yang pernuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini. Perbanyakkan amal ibadah dan selalu lah berbuat baik. Bertutur pada perkara yang baik-baik . Banyak bersedekah, jaga tingkah laku, gandakan amalan-amalan,baca  dan katam Quran, solat wajib dan terawih, sambil berebut-rebut untuk  mengambil ganjaran pahala yang disediakan di sepanjang bulan yang berkat ini.  


Peringatan ini untuk diri ibu juga. Mohon maaf sekali lagi. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah



09 Ogos, 2010

Sayur Kok Lok

Salam...





Ibu mulakan dengan gambar sayur KOK LOK. Di sini orang memanggil dia dengan nama gitu. Kena  sebut betul-betul sebab dia  bukan  kolot yang sama erti dengan TIDAK IKUT PERKEMBANGAN ZAMAN. Tak tau lah pulak ibu dari mana asal usulnya. Resepi istimewa ni tak pernah pulak ibu terjumpa tersiar dalam mana-mana buku @ majalah. Menjadi resepi turun temurun dari orang-orang  tua-tua dahulu. Sayur lebih umphh... kalau adanya kulit rambai. Tapi di sini ibu tidak masukkan kerana tiada kulit rambai pada masa itu. hehehe  


Nak menyediakannya sangat-sangat mudah. Cuma campurkan segala sayur mayur  yang perlu di celur dahulu iaitu rebung,  kacang panjang dan kulit setor. Manakala sayur lain ialah petai, anak jagung, ikan panggang yang di blend, sotong , bawang besar yang dipotong bulat dan lada merah dihiris panjang-panjang. Masukkan  kesemuanya dalam satu periuk dan di tambah santan segar. Masaklah sampai mendidih. Jangan lupa masukkan garam. Itu aje, mudahkan. Nanti bolehlah buat lauk berbuka puasa. 


Selamat mencuba.    

04 Ogos, 2010

Birthday Boy

Salam...

Hari ini Rabu bersamaan 4 Ogos, 2010 merupakan hari ulangtahun  kelahiran anakanda tersayang. Siapa ya?? Kalau brani boleh teka. Di sini ibu tunjukkan ` hint' yang boleh memberikan 70% adalah jawapan sebenar.  




 
hehehe......Dah tau jawapannya @  masih kabur?? Oh..marah...gambar kecik ya. OK..OK fine. Ibu  tunjukkan gambar yang  BESAR PUNYA. Kali ni lebih jelas lagi dan boleh memberikan jawapan 100%.



Inilah jawapannya. Anakanda AHMAD AFIQ BIN CHE AZAM.

`HAPPY BIRTHDAY MY DEAR'     


 
Doa dari ibu dan ayah khas untuk Anakanda






YA RAHMAN....YA RAHIM

PANJANGKAN LAH USIA ANAKANDA AHMAD AFIQ AGAR TERUS DAPAT MENJALANKAN IBADAH KEPADAMU.
AGAR DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ORANG TUA DAN ADIK BERADIK YANG TERCINTA.
LIMPAHKAN LAH RAHMAT DAN KEBERKATAN MU ATAS KELAHIRAN INI.
ERATKAN HUBUNGAN ANAKANDA AHMAD AFIQ DENGAN KASIH SAYANG YANG TULUS AGAR KAMI SENTIAS BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN YANG DI TEMPUHI. LAPANGKAN KEHIDUPAN ANAKANDA AHMAD AFIQ DENGAN REZEKI YANG HALAL LAGI BERKAT.
BERIKANLAH KESIHATAN YANG TERBAIK BUAT ANAKANDA AHMAD AFIQ AGAR DAPAT TERUS MENEMPUH KEHIDUPAN SEBAGAI HAMBAMU.
KURNIAKAN LAH INSAN TERISTIMEWA SEBAGAI PELENGKAP HIDUPNYA

AMIN...YA ROBBAL A'LAMIN



 Satu antara tiga di atas adalah Ahmad Afiq, cubalah teka. 



Jawapannya nanti pada n3 celebrate birthday boy,  bila tuan punya diri balik berkursus di Bangi (InsyaAllah)


Sekian dulu, nanti jumpa lagi....insyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

01 Ogos, 2010

Jom Makan Duku...

Salam

Petang Jumaat lepas, misi untuk  memetik duku di kebun berjaya di lakukan seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Selalunya hari-hari biasa bekerja ibu tak sempat ke kebun. Hubby  boleh dikatakan setiap hari dia menjengah kesana.  Kerja-kerja memetik duku ni kena bergotong royong atau di buat beramai-ramai, barulah `best'. Jadi sesuailah di lakukan di hujung minggu tambahan hari minggu Adli dan Afiq ada balik ke rumah, jadi bolehlah dia menolong hubby untuk kerja-kerja di kebun. Amir???. Macam mana dengan Amir? ooo...ooo....dia balik kerja lewat. Kadang-kadang kesian tengok dia bila sampai rumah terus baring di kerusi kepenatan.  

Di ringkaskan  cerita, ini gambar-gambar di sepanjang aktiviti memetik duku. Buah duku ni `very sensitive', kena petik satu....satu....satu..... Pantang datuk nenek kalau di ragut macam lembu meragut rumput, kerana buah dia mudah pecah dan merekah. Bila dah pecah buah dia menjadi `mashem' dan tak sedap di makan. Tambahan pulak buah dia tak masak sekaligus. Kalau hari hujan atau kalau di petik di pagi hari, buah dia akan meletup...tup...tup...(maknanya pecah jugaklah tu..). Waktu yang sesuai adalah selepas zohor atau menghala ke petang sedikit. Masa ini buah dia dah `liut' ataupun lembik sedikit. That's why lah kerja-kerja  memetik duku ni lambat... perlahan..... dan.... lemah lembut.... macam anak dara kampung bila berjalan melenggang lenggok..

Jomlah kita layanz gambar-gambar yang kurang menarik ni:-



Alhamdulillah, dalam masa setengah jam tu dapatlah dalam 10 kilo. Lepas tu guruh di langit mula menyanyi menandakan hari nak hujan. Kita pun cepat-cepat balik ke rumah sebab hubby nak bersiap ke surau dan bawa duku untuk jemaah . Cuti hujung  minggu hadapan mungkin ke Bangi untuk berjumpa dengan si dara sebelum bermulanya puasa ramadhan. (insyaAllah)  


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima ksih kerana mengunjungi rumah ibu.


Related Posts with Thumbnails