20 Januari, 2011

Outing ke Kuala Terengganu......

Salam......

Lama sudah tidak bersiaran......sibuk dengan keroje opis  + + + mood yang tidak menentu....ceewwwahhh. Jam 5.30 petang baru sampai rumah, Lepas tu  main dengan periuk belanga, lepas tu main dengan kain baju yang bertimbun-timbun. Itu pasal lah tak sempat berblog. Sampai ada kawan-kawan tanya, eh...mana ibu ni... senyap sepi aje...Ada...ada.....ibu masih lagi diberi kesempatan untuk mengembuskan nafas  dan masih lagi berada di Chukai, Kemaman ini, Alhamdulillah and thank you Allah.


+++++++++++++++++++



Hari minggu lepas ajak hubby gi Kuala Terengganu. Lama dah tak ke sana...rindu nak gi Pasar Payang nak shopping baju batik.   Lepas solat jumaat terus bertolak ke Kuala Terengganu. Sebaik sampai terus  ambik hotel untuk menginap. Keesokkan harinya pagi-pagi lagi ke kedai kawan di Pasar Payang.....






Ini towkey kedai, muda lagi...nama RUSNANI.  masa ibu nak ambik gambar dia buat malu-malu pulak. Terus pejam mata. No. kedai PP50 - Muhibbah Setor. Nanti sape-sape yang nak pergi jangan lupa sebut nama ibu. Kawan baik tu... Alang-alang pergi tu ibu belasah 4 pasang sebab tak tau bila pulak boleh pergi. hehehe.



Lepas penat menyoping kita ke PH untuk minum sebelum check out. Kemudian terus balik dan singgah di Kijal untuk beli lemang. Kedai peberet. Kedai mak cik ni kira sedaplah lemang dia. Ada rasa lemak-lemak masin dan sesuai sangat dengan selera `ambe' ni. Agak-agak ibu dah 10 tahun dok makan lemang dia. Nombor kedai C13. Sekali lagi ibu bagi iklan pree. Sebut nama ibu bila ke situ ya...hehehe. Selalu ibu pergi ada je mak cik ni bagi pree. kalau tak sata dia baginya rendang  atau sambal daging. Apape pun TQ untuk mak cik. Berkat menjual lemang ni dapatlah mak cik ni menunaikan haji pada tahun 2008. Alhamdulillah.



 Gambar bawah ni ada rupa mak cik ni, baik orang nya dan berbudi pekerti tinggi. Senyum sokmo tak pernah marah-marah, agaknya itulah resepi kejayaan bisnes mak cik ni.

14 ulasan:

  1. sesekali shopping batik kan.. biar puas hati...

    BalasPadam
  2. Masa pergi Terengganu tempohari tak sempat nak pergi pasar Payang sebab nak cepat pergi kelantan.Lain kali kalau pergi nak cari kawan ibu sayang boleh dapat discount.

    BalasPadam
  3. salam ibu

    alang2 menyelok pekasam hehehe

    pelbagai pilihan kat sana , rambang mata buatkaum ibu, sib baik saya mmg dari dulu tak minat pakai baju batik hehe

    BalasPadam
  4. salam ibusayang..tak tau lah tahun ni ada keana ke tidak..kalau ada..memang tak tinggal pasar payang ni..beli keropok dan tapai bungkus daun getah..
    alhamdulillah..dah kembali bersiaran..

    BalasPadam
  5. amboiii..ibu main belasah sampai 4 helaii!!! hehehe

    BalasPadam
  6. rindu dengan lemang kijal.. Ma neeza kata, yang sedap kat depan petronas tu. Tapi masuk dalam sikit la..

    Ibu, kalau neeza pergi beli kain, mesti dia tak nak mengaku kenal ibu sebab dia takut semua orang gi situ nak mintak murah jeee.. hehee...

    BalasPadam
  7. salam ibu
    sya lamaaaaaaaaa... dah tak ke pasar payang, seronok ke sana, memacam ado...

    BalasPadam
  8. Salam Zar,

    Gitulah Zar, sebabnya nama je duk Trg jarang dapat gi Pasar Payang. Tu yg belasah sampai 4 psg...hehehe

    BalasPadam
  9. Wslm Pak Itam,

    Rambang mata jugak nak memilih, selalunya ibu suruh penjual tu yg pilihlan untuk ibu...hahaha

    BalasPadam
  10. Kak Zai,

    Boleh datang aje....tapi di Kelantan apa kurangnya batik2 pun banyak & cantik2 jugak.

    BalasPadam
  11. Salam Kak Erna,

    Oh...akak suka tapai daun getah, ibu selalu buat tu! senang je..nanti datang sini ibu hidangkan tapai kegemaran akak.

    BalasPadam
  12. Salam Fa,

    Itulah pasal, di KCP byk tp mahal sket....

    BalasPadam
  13. Salam Neeza,

    Betul tu...ibu pun suka lemang yg depan Petronas tu, tp dlm pkul 2.00 ptg dah habis...laku sangat w/pun harganya agak mahal sedikit dr lain2 gerai. Rasanya pun sedap & tahan lama.

    BalasPadam
  14. Wslm Sya,

    Jemput datang lagi ke Terengganu kita sama2 gi Pasar Payang.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails