25 Januari, 2011

Urusan Anak-Anak

Salam.....


Semalam ibu dan hubby pergi ke Bangi untuk menemani anak. Dia ada hal di ILSAS Bangi. Bertolak dari Kemaman selepas solat maghrib. Berhenti di R & R Temerloh untuk solat Isyak dan perjalanan diteruskan  ke Bangi. Alhamdulillah dalam pukul 12.00 malam dah dapat check in hotel. Keesokan paginya selepas mengambil sarapan terus ke ILSAS kerana pendaftaran bermula jam 10.00 pagi.






Dalam masa Adli berurusan dengan pejabat pentadbiran, ibu jalan-jalan di sekitar ILSAS. Kawasannya  luas dan bersambung dengan UNITEN. Banyak pokok-pokok disana sini dan sejuk mata memandang, nyaman sekali. Sangat sesuai sebagai tempat berkursus untuk memantopkan  staf.






Habis minggu ni busy puloklah ibu. Apa taknya masa Cuti Raya Cina ni rombongan Cik Kiah ke Batu Gajah Perak untuk anak nombor satu. InsyaAllah kalau ada jodoh berbesan  dengan orang Perak. Ni nak kena belajor cakap Perak - tak tau macam mana ni. Fa tolong bukak kelas Bahasa Perak, special request dari ambe ni...please...please...  memang tak tau sungguh-sungguh. Esokkan dengar orang cakap meloponglah ambe ni. Yang paling risau  kalau-kalau pihak di sana menolak pinangan ni pun ambe tak kan faham- faham... hihihi.


20 Februari ni pulak ibu kena hadir kursus di Taiping Golf Resort. Di Perak lagi..Ini bukan kursus main golf ya..... Untuk pengetahuan semua,  kursus ni bertajuk Kepimpinan & Penyeliaan Berkesan. Bukan senang nak menyelia kerja-kerja orang bawahan. Mereka juga insan macam kita.  Kadang-kadang mereka didatangi masalah juga. Apa yang penting komunikasi antara kita mesti secara berhemah. Kalau perlu pujuk memujuk  apa salahnya. Tiket belum ambik lagi. Nak suruh hubby hantar, kesian kat dia pulak sebab jauh tu. Dari Kemaman kalau ikut jalan KL mahu dalam 8 atau 9 jam perjalanan. Sebelum pergi  kursus kena settle semua kerja yang ditinggalkan baru senang hati..  


 Oklah barang iringan belum siap sepenuhnya lagi. Ibu kena stoplah dulu. Nak sambung kerja ni. Jumpa lagi nanti. InsyaAllah.
 

10 ulasan:

  1. Ibu...
    Seronoknyer dah nak dapat menantu...mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

    BalasPadam
  2. Salam Azi,

    Harap-harap gitulah insyaAllah. Amin....

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..
    moga sampai hajat dan dipermudahkan urusan..

    BalasPadam
  4. salam ibu sayang..
    kita ni..tak kan habis dengan urusan anak2 kan..
    tapi .kita tetap redho dan bahagia menguruskan anak2..

    BalasPadam
  5. ibusayang, kalau depa letak hantaran mahal sangat cakap gini je...

    ater, apa ke heinya mahei bebenorrrrr..tumpo ler.... **ekekekeeke*

    tak pun, cakap jer slang Tengganu ite..biar dia terkuzat...hehehee

    BalasPadam
  6. Salam Sal,

    Moga Allah permudahkan urusan & perjalanan ibu. Amin.

    BalasPadam
  7. Wlskm Kak Erna,

    yolah kak....urusan anak-anak takkan habis tp suka melayan karenah anak-anak ni.

    BalasPadam
  8. Salam Fa,

    Ibu dah pikir abis2...ibu nak cakap trg kita, biar sama2 melopong...hahaha

    BalasPadam
  9. Salam Ibu Sayang

    Nak berbesan dengan orang Perak,rasanya tak ada masaalah sebab bukan semua yang ada slang hanya daerah tertentu saja.Kak Zai pun orang Perak tapi bersempadan dengan selangor.

    Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.

    BalasPadam
  10. Salam Kak Zai,

    InsyaAllah harap Allah permudahkan segala urusan. Amin.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails