25 Januari, 2011

Urusan Anak-Anak

Salam.....


Semalam ibu dan hubby pergi ke Bangi untuk menemani anak. Dia ada hal di ILSAS Bangi. Bertolak dari Kemaman selepas solat maghrib. Berhenti di R & R Temerloh untuk solat Isyak dan perjalanan diteruskan  ke Bangi. Alhamdulillah dalam pukul 12.00 malam dah dapat check in hotel. Keesokan paginya selepas mengambil sarapan terus ke ILSAS kerana pendaftaran bermula jam 10.00 pagi.






Dalam masa Adli berurusan dengan pejabat pentadbiran, ibu jalan-jalan di sekitar ILSAS. Kawasannya  luas dan bersambung dengan UNITEN. Banyak pokok-pokok disana sini dan sejuk mata memandang, nyaman sekali. Sangat sesuai sebagai tempat berkursus untuk memantopkan  staf.






Habis minggu ni busy puloklah ibu. Apa taknya masa Cuti Raya Cina ni rombongan Cik Kiah ke Batu Gajah Perak untuk anak nombor satu. InsyaAllah kalau ada jodoh berbesan  dengan orang Perak. Ni nak kena belajor cakap Perak - tak tau macam mana ni. Fa tolong bukak kelas Bahasa Perak, special request dari ambe ni...please...please...  memang tak tau sungguh-sungguh. Esokkan dengar orang cakap meloponglah ambe ni. Yang paling risau  kalau-kalau pihak di sana menolak pinangan ni pun ambe tak kan faham- faham... hihihi.


20 Februari ni pulak ibu kena hadir kursus di Taiping Golf Resort. Di Perak lagi..Ini bukan kursus main golf ya..... Untuk pengetahuan semua,  kursus ni bertajuk Kepimpinan & Penyeliaan Berkesan. Bukan senang nak menyelia kerja-kerja orang bawahan. Mereka juga insan macam kita.  Kadang-kadang mereka didatangi masalah juga. Apa yang penting komunikasi antara kita mesti secara berhemah. Kalau perlu pujuk memujuk  apa salahnya. Tiket belum ambik lagi. Nak suruh hubby hantar, kesian kat dia pulak sebab jauh tu. Dari Kemaman kalau ikut jalan KL mahu dalam 8 atau 9 jam perjalanan. Sebelum pergi  kursus kena settle semua kerja yang ditinggalkan baru senang hati..  


 Oklah barang iringan belum siap sepenuhnya lagi. Ibu kena stoplah dulu. Nak sambung kerja ni. Jumpa lagi nanti. InsyaAllah.
 

23 Januari, 2011

Assalamualaikum.....anybody home????

Salam.....




Pagi tadi, ibu ke Ambank Cawangan Kemaman, ada urusan sket.  Sampai di bank dalam pukul 11.00 pagi.   Kaunter dibuka tapi mana pergi staf bertugas. Hari ni hari Ahad, di Kemaman memang hari bekerja. Intai sana intai sini mencari staf bank. ..mana pergi semua ni. Hairan....hairan...Ada sesiapa tahu mana dia orang pergi.



20 Januari, 2011

Outing ke Kuala Terengganu......

Salam......

Lama sudah tidak bersiaran......sibuk dengan keroje opis  + + + mood yang tidak menentu....ceewwwahhh. Jam 5.30 petang baru sampai rumah, Lepas tu  main dengan periuk belanga, lepas tu main dengan kain baju yang bertimbun-timbun. Itu pasal lah tak sempat berblog. Sampai ada kawan-kawan tanya, eh...mana ibu ni... senyap sepi aje...Ada...ada.....ibu masih lagi diberi kesempatan untuk mengembuskan nafas  dan masih lagi berada di Chukai, Kemaman ini, Alhamdulillah and thank you Allah.


+++++++++++++++++++



Hari minggu lepas ajak hubby gi Kuala Terengganu. Lama dah tak ke sana...rindu nak gi Pasar Payang nak shopping baju batik.   Lepas solat jumaat terus bertolak ke Kuala Terengganu. Sebaik sampai terus  ambik hotel untuk menginap. Keesokkan harinya pagi-pagi lagi ke kedai kawan di Pasar Payang.....






Ini towkey kedai, muda lagi...nama RUSNANI.  masa ibu nak ambik gambar dia buat malu-malu pulak. Terus pejam mata. No. kedai PP50 - Muhibbah Setor. Nanti sape-sape yang nak pergi jangan lupa sebut nama ibu. Kawan baik tu... Alang-alang pergi tu ibu belasah 4 pasang sebab tak tau bila pulak boleh pergi. hehehe.



Lepas penat menyoping kita ke PH untuk minum sebelum check out. Kemudian terus balik dan singgah di Kijal untuk beli lemang. Kedai peberet. Kedai mak cik ni kira sedaplah lemang dia. Ada rasa lemak-lemak masin dan sesuai sangat dengan selera `ambe' ni. Agak-agak ibu dah 10 tahun dok makan lemang dia. Nombor kedai C13. Sekali lagi ibu bagi iklan pree. Sebut nama ibu bila ke situ ya...hehehe. Selalu ibu pergi ada je mak cik ni bagi pree. kalau tak sata dia baginya rendang  atau sambal daging. Apape pun TQ untuk mak cik. Berkat menjual lemang ni dapatlah mak cik ni menunaikan haji pada tahun 2008. Alhamdulillah.



 Gambar bawah ni ada rupa mak cik ni, baik orang nya dan berbudi pekerti tinggi. Senyum sokmo tak pernah marah-marah, agaknya itulah resepi kejayaan bisnes mak cik ni.

05 Januari, 2011

Mood Merundum

Salam.....



N3 pertama dalam tahun 2011
TERUK kan??????
Bila mood berblog merundum....
Satu n3 pun tak boleh keluar
Mula-mula tu sibuk dengan masak memasak
Al-maklumlah anak-anak ada di rumah
Pandai je diorang mereka-reka  makanan
Ibu jugak yang letih tetapi berbaloi

Lepas tu hujan turun mencurah-curah
Kain baju mula menimbun
Sampai  tak sempat kemas
Terpaksa kerah anak-anak
Alhamdulillah diorang rajin tolong


Last week pergi Bangi hantar Aisyah
Hajat nak ke I-City tapi melencong ke Nilai 3
hihihi
Banyak barang jualan
Semuanya cantik dan berkenan
Tak adalah memborong mana.....
cuma cuci mata aje
Sebab  tak muat kereta


Masa berlalu begitu saje...
Tiba-tiba baru tersedar hari ni  adalah hari
Kelima dalam kalendar baru
Masih belum terlambat nak wish

Semoga azam tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas
Tingkatkan amal ibadat kita semua
Sentiasa berbuat yang terbaik untuk diri kita
Semoga Allah merahmati kita semua
Semoga Allah meredhoi kita semua
Semoga Allah mengasihi kita semua
SELAMAT TAHUN BARU 2011


Terima kasih kerana sudi membaca celoteh ibu. Ibu sayang anda semua.
Muuuaaaahhhhh......
Related Posts with Thumbnails