01 Ogos, 2010

Jom Makan Duku...

Salam

Petang Jumaat lepas, misi untuk  memetik duku di kebun berjaya di lakukan seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Selalunya hari-hari biasa bekerja ibu tak sempat ke kebun. Hubby  boleh dikatakan setiap hari dia menjengah kesana.  Kerja-kerja memetik duku ni kena bergotong royong atau di buat beramai-ramai, barulah `best'. Jadi sesuailah di lakukan di hujung minggu tambahan hari minggu Adli dan Afiq ada balik ke rumah, jadi bolehlah dia menolong hubby untuk kerja-kerja di kebun. Amir???. Macam mana dengan Amir? ooo...ooo....dia balik kerja lewat. Kadang-kadang kesian tengok dia bila sampai rumah terus baring di kerusi kepenatan.  

Di ringkaskan  cerita, ini gambar-gambar di sepanjang aktiviti memetik duku. Buah duku ni `very sensitive', kena petik satu....satu....satu..... Pantang datuk nenek kalau di ragut macam lembu meragut rumput, kerana buah dia mudah pecah dan merekah. Bila dah pecah buah dia menjadi `mashem' dan tak sedap di makan. Tambahan pulak buah dia tak masak sekaligus. Kalau hari hujan atau kalau di petik di pagi hari, buah dia akan meletup...tup...tup...(maknanya pecah jugaklah tu..). Waktu yang sesuai adalah selepas zohor atau menghala ke petang sedikit. Masa ini buah dia dah `liut' ataupun lembik sedikit. That's why lah kerja-kerja  memetik duku ni lambat... perlahan..... dan.... lemah lembut.... macam anak dara kampung bila berjalan melenggang lenggok..

Jomlah kita layanz gambar-gambar yang kurang menarik ni:-



Alhamdulillah, dalam masa setengah jam tu dapatlah dalam 10 kilo. Lepas tu guruh di langit mula menyanyi menandakan hari nak hujan. Kita pun cepat-cepat balik ke rumah sebab hubby nak bersiap ke surau dan bawa duku untuk jemaah . Cuti hujung  minggu hadapan mungkin ke Bangi untuk berjumpa dengan si dara sebelum bermulanya puasa ramadhan. (insyaAllah)  


Sekian dulu, nanti jumpa lagi...insyaAllah
Terima ksih kerana mengunjungi rumah ibu.


9 ulasan:

  1. salam ibu sayang..duku ni kita panggil juga duku langsat kan..tengok pada rupa buahnya yang bulat tu.dan warna dia.
    duku langsat memang sedap dan manis.kalau beli kat sini mau lapan ringgit sekilo nya..

    BalasPadam
  2. Salam Kak Erna,

    RM8.00 sekilo..mahalnya.Di sini 3 kilo RM5.00.Buah manis & sedap. Kalau makan banyak lemah seluruh badan.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama02 Ogos, 2010

    Saya suka duku terengganu ni, org belah pantai barat panggil duku langsat.
    tahun depan saya balik nak pulun makan buah2 kayu... skrg ni pulun makan ceri la dulu

    BalasPadam
  4. Salam Fa10,

    oh..tahun depan Fa10 balik Machang ke? Bolehlah jumpa untuk rapat-rapatkan lagi. Org luar mmg panggil duku langsat, tp kita panggil duku ori. Tak pernah lagi makan cherry segar ni, selalunya cherry yg dah di awet untuk buat hiasan kuih raya.heheh

    BalasPadam
  5. gulp!!! telan air liur je lah neeza tengok duku2 kat kebun ibu ni... kat sini pernah neeza nampak jual kat kedai oriental.. mahalnya lah.. 1/2 kilo dalam 25 Riyal kot.. tapi time tu nak makan punya pasal, beli je lah.. sekarang lama dah tak nampak..

    BalasPadam
  6. Salam Neeza,

    Lama x dengar citer pekabar Neeza sekelorga?
    Kesian Neeza, teringin pd duku, tengok gambar jelah..hehehe..gurau je tu!

    BalasPadam
  7. Menggoda betul buah yang dalam bakul tu,kalaulah kak Zai ada kat pokok tu maunya manjat sama kot geram buahnya lebat.

    BalasPadam
  8. Salam Kak Zai,

    Alhamdulillah, buah duku `menjadi' sangat tahun lepas x menjadi mana. Lepas keesokan hari buah semakin manis. Jomlah kita sama2 panjat Kak Zai

    BalasPadam
  9. Tumpang tanya.. Pernah makan tak duku yang buahnya kenyal² macam jelly tu? Orang panggil apa ye?

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails