28 Februari, 2010

Bunga Melur Merah

Salam........






Pernah lihat tak bunga ni????


Ini lah bunga Melur Merah. Warna cantik....mudah berbunga... lebat tu!!!...bau harum, terutama bila waktu malam. Pokoknya rendang je...sesuai di jadikan lanskap kediaman teres dan boleh menjadi terapi dengan aromanya yang mempesonakan. Bunganya sangat mengkagumkan ciptaan Allah S.W.T




Nak tau citer....



Kan rumah ibu 'under renovation' sikit. So, masa upacara cabut menyabut dan tukar menukar atap tu...tiba-tiba terjelupok lah ia menjelma....



Selama ni elok je dia bermastautin di situ (atas atap)....tapi ibu tak tau pun, sebab tak pernah nampak. Baru hari ini ibu terperasan. Kesian kat dia. Tuan dia kata, dia beli pokok tu di Pasar minggu pagi Jumaat (Padang Astaka) beberapa tahun yang lalu. Patutlah tuan dia beria benar nak buat pegola kat situ nak menggantikan atap yang sedia ada. Barulah tuan dia sentiasa nampak dia nanti. Dapatlah menikmati bau dari jarak dekat.

Ada beberapa cara untuk kita menggunakan bunga ini:



Cara Pertama/ Ambik beberapa kuntum atau secekak atau sebanyak mana nak (bunga yang hampir nak berkembang) ..... kemudian letak dalam sejadah dan juga Mukena (Kain Telekung). Tutup sekejap...dan bila sampai masa nak solat, elok je bau dia. Barulah kuussyyyuuukkk solat tuh!!!!

Cara Kedua/ Ambik semangkuk bunga tu, kemudian letakkan mangkuk tu atas meja atau mana-mana yang di rasakan sesuai dalam rumah kita. Ruang tamu dan bilik selalunya menjadi pilihan utama. Barulah harum rumah kita ya....



Kalau nak menikmati bunga ni dari jarak dekat, silalah berkunjung ke rumah ibu...

Rasa-rasanya di taman perumahan ni, rumah ibu je yang ada pokok ni...Cess cakap besarlah pulakkk.



Tu! bunga tengah merimbun




Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah

Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails