03 Februari, 2010

Resepi Paprik Ayam

Salam....


Kali ini ibu nak bagi resepi paprik ayam yang selalu dimasak di rumah. Resepi ini ringkas dan mudah je!!

Gambar tak ada. Nak cari dalam tenet line pulak slow hari ini. So Veli-veli coli ma.


BAHAN-BAHAN:

500 gm ayam (dipotong kecil dan goreng)
150 gm sos tomato
150 gm sos cili
100 gm sos tomyam
3 batang serai (hiris)
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 labu bawang besar (mayang)
7 tangkai cili padi
50 gm kacang panjang
50 gm jagung muda (belah dua)
50 gm tomato
100 gm bunga kobis
Daun ketumbar
Garam


CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tomyam dan tumis sehingga pecah minyak.

2. Masukkan serai, daun limau purut, cili merah, cili hijau, bawang besar, cili padi dan air limau nipis dan kacau rata.

3. Masukkan pula ayam, kacang panjang, jagung muda, tomato, bunga kobis dan gaul lagi.

4. Masukkan garam dan masukkan daun ketumbar, gaul rata. Angkat dan hidangkan.



Selamat Mencuba



Sekian dulu, nanti jumpa lagi.....InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails