10 Februari, 2010

Doa "POWER" Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkan aku dengan kesabaran yang tiada terbatas


Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatanya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya


Sekiranya.....
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka...
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah....
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu...
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya....
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan...
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
Keluar dari terus terlena


Ya Allah....
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan....
Bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri....
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlan aku petunjuk ke arah rahmat Mu


Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu...


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMU
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMU
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku....
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Alamin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails