25 Mac, 2010

Aisyah - Bakal Sang Murabbi ~ {Part 2}

Salam.....


Cerita bersambung....


Balik ke hotel dapat rehat sekejap dan solat Jamak Qasar Maghrib dan Isyak. Lepas itu turun lagi pusing-pusing bandar Bangi. Banyak jugak kedai-kedai yang tutup perniagaan, mungkin malam minggu agaknya. Ibu cuba mencari Jus Rani yang ramai bloggers dok kata ada kat sini. Kut-kutlah jumpa jus tu boleh hangkut sepeti wak balik ke kemaman. Rindu....masa kat Mekah tu hari-hari ibu minum jus mangga tu wak penyejuk anak tekak.





Pusing punya pusing bukan Kedai Jus Rani yang jumpa tapi Old Town White Coffee yang menjadi mangsa terjahan kedua hari ini. Minggir dulu....minggir dulu....kita pekena kopi panas ya!!!. Walaupun perut masing-masing dah penuh dengan satay kata suami ibu kita makan roti bakar dahlah....tak payah makan heavy2. Jadi orderlah Mocha White Coffee, Oldtown White Coffee dan kaya + butter satu set seorang. Sambil nunggu tu boleh bukak fb tapi tertinggal pulak laptop kat hotel. Jeles lah tu bila nengok orang lain semua duk bukak laptop. Tapi di hotel pun ada menyediakan perkhidmatan wi-fi jugak.




Sabor Menunggu Kopi datang




Sang Murabbi - Buat-buat malu lak


Ni ibu punya Mocha White Coffee



Robi Bakar + Butter - best!!!

Lepas habis minum-minum tu balik semula ke hotel. Adli bukak TV ada perlawanan bola dan satu channel lagi ada konsert AF8. Mula-mula tu tengok TV.....lama-lama TV tengok kita pulak sebab semuanya dah pengsan dan zzzzzzzzzz. Tak sador diri sehinggalah terkezut pada keesokan subuhnya. Dah bersiap-siap diri keluar untuk mencari mangsa terjahan seterusnya. Cari punya cari jatuh cintanlah pulak dengan Restoran Nasi Ulam. Restoran agak besar juga cantik (not bad) dan ada banyak sarapan pilihan. Selain nasi ulam, ada laksam, nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak, lontong, kuih-muih etc. Rasa-rasanya kesemuanya adalah makanan Terengganu dan kelantan . Yes the right choice !!! Masing-masing pekena nasi ulam sepinggan seorang, suami ibu ambik laksam. Boleh tahan sedap... dan dengar-dengar tokey dia "kechek Kelate." Patut lah makanan kegemaran kita je yang ada.


The Nasi Ulam



Adli berurusan di kaunter bayaran




Pemandangan dari dalam kedai



Selesai sarapan misi terjahan diteruskan. Kali ini pilihan misi ke Putrajaya. Bukan untuk makan-makan lagi tapi sesi meround-round aje. Dari Bangi ke Putrajaya hanya ambik masa lima menet je melalui Kampung ABA (Abu Bakar Baginda) - kalau silap tolong betulkan ibu. Sampai di Putrajaya jalan mula macet. Kete melambak dok park di tepi jalan. Oh rupanya ada pertunjukan belon udara panas. Dari jauh dah nampak belon tu di udara. Cantik dan berbagai-bagai warna. Bukan belon je ada , heli pun boleh naik. Berapa bayor tu tak taulah...ataupun mungkin free...tapi sayang ini cuma Cerita Tanpa Gambar kerana begitu "teruja" dan terlupa nak amik gambornya. Ibu tak naikpun sebab cari parking tak dapat lagipun dah sampai masa nak gi hantar Sang Murabbi pulak. Tapi kata suami ibu kesian kat belon tu takut tak dapat naik-naik!!! (almaklumlah ibu kan "slim river"). Balik ke hotel berkemas-kemas dan terus check out ngam-ngam pukul 12.00. Singgah ke kedai dulu beli bekalan Sang Murabbi dan terus drop di asrama Siti Khadijah. Ibu pun terus balik ke Kemaman dan singgah solat dan berehat jap di Stesyen Petronas Karak. Lebih kurang pukul 5.30 petang selamat landing di rumah. Alhamdulillah. Begitulah al kisahnya disemasa menghantar Sang Murabbi.
Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu


3 ulasan:

  1. Salam

    Untung anak2 belajar kat luar daerah ibu dia boleh ambil kesempatan gi jalan2, makan2, dan macam2..

    Ibu Sayang ada mention slim river,rasa familiar.

    BalasPadam
  2. salam ibu.salam ziarah....seronok baca blog ibu..rajin ibu tulis dan ada idea..saya ni pun baru juga menulis..tapi bila nak tulis tu..ada aje yang rasa tak kena..yang senganya cerita pasal masak2 je la...
    dah sampi satay hj samuri ye..saya selalu juga pi kesana...

    BalasPadam
  3. To Zai:

    Alhamdulillah budak2 ni semua dah besar. 3 dah kerja n 2 masih belajar. Nak kata gi jalan2 tu tak selalu sangatlah,kadang2 je!!!

    "Slim river" tu lwn Batu Gajah (Body ibulah tu) hi..hi..hi


    To Erna:

    Salam kembali. Ibu baru je dalam blog ni. Masih bertatih lagi.Kalau Erna ada ide boleh kongsi. Satay Hj Samuri tu dah 2-3 kali sampai. Alhamdulillah.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails