05 April, 2010

Gulai Telur Itik

Salam......



Petang semalam masa ibu otw balik dari office, tiba-tiba anak tekak ni macam request something. Mula-mula tu malas nak layang, tapi bila di fikir balik baik juga ambil ide tu. Jadi bu pun menyinggahlah ke kedai untuk menyoping apa yang patut.



Sampai je rumah terus sinsing lengan , kupas bawang, potong cili padi dan ambik lesung ajak bertumbuk. Basuh luar telur, ketuk serai. Kemudian ambil periuk, panaskan api bla...bla...bla... dan akhirnya......terhasillah ini.........




Kalau nak makan Gulai Telur Itik versi ibu bolehlah cuba resepi dibawah ya...



Bahan:


6 biji telur itik
1/2 kilo santan kelapa segar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa


Cara:

1. Blendkan semua bahan tulisan kuning. Masukkan dalam periuk bersama-sama santan.
2. Ketuk serai, asam gelugur, garam dan gula dimasukkan sekali ke dalam periuk.
3. Panaskan api dan letak periuk tadi. Sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Bila santan mendidih, pecahkan telur satu per satu ke dalam periuk tersebut.
5. Biarkan telur itu masak sendiri tanpa mengacau santan.
6. Bila agak-agak telur itu dah mengeras bolehlah padamkan api dan dihidangkan bersama-sama nasi putih.


Selamat mencuba.




Sekian dulu, nanti jumpa lagi...InsyaAllah
Terima kasih kerana mengunjungi rumah ibu.

5 ulasan:

  1. Lagi umph... kalau di campur dengan belimbing buluh bukan mak mertua aje yang lalu tak nampak malahan bolih jadi juling.(Makan tutup mata sebab terlalu sodap).

    BalasPadam
  2. To Kak Zai:

    Betul tu, kalau ada belimbing buluh memang lagi sedap (ada rasa lemak + masam). Bukan setakat mak mertua lalu aje, anak mak mertua duduk sebelahpun boleh tak nampak (sebab tutup mata 2-2 belah)hi..hi..hi..

    BalasPadam
  3. ibu sayang..meleleh air lior akak la..tengok gulai telor itik ni..akak selalu juga masak gulai telor itik..tapi telor itik masin..
    tak cantik bulatnya..ibu buat ni..cantik betul la..tak pecah pun...

    BalasPadam
  4. Kak Erna..ibu guna telur itik segar x pernah pulak guna yang masin. Sini telur segar mudah dapat. Order je dengan rakan sepejabat (mak dia bela itik). Lagi satu yang bulat tu kadang2 je jadinya.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas resipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails